Feeds:
Posts
Comments

Archive for July 18th, 2009

dipetik dari: http://hardyw3b.wordpress.com/2009/07/18/beli-buku-di-alam-akademik/
18 07 2009

turky

Assalamualaikum wbt

Terima kasih kepada Abg Karim dari Alam Akademik kerana bawak balik buku ini, dah lama kepingin untuk baca buku nih, cuma dekat kedai buku sekitar Kuala Terengganu jarang ada atau stoknya terhad.

Bila aku mengetahui Alam Akademik juga ada blog di wordpress, jadi aku ambil peluang untuk bertanya terus tentang buku ini pada tuan kedai ( Abg Karim ) dan terus order buku tersebut melalui laman blog beliau. Memula tu abg Karim ingat buku tu masih ada dalam stok di kedai beliau, rupanya dah abis, so semalam beliau hantar SMS kat aku menyatakan bahawa beliau dah bawak balik stok baru.

Pada zaman persekolahan dahulu, kedai buku tertua di negeri Terengganu ini sememangnya menjadi tumpuan aku dan rakan-rakan sekelas, buku akademik, komik alam pewira dan sebagainya semuanya di beli di kedai buku Alam Akademik.

Kepada anak-anak negeri Terengganu sekalian, anda boleh request buku-buku yang tiada dalam pasaran negeri Terengganu melalui Kedai Buku Alam Akademik. Insya Allah, aku percaya Abang Karim akan bantu kita untuk dapatkan buku tersebut.

Alam Akademik Sdn Bhd

No 12 Jalan Bandar 20100 Kuala Terengganu

Tel : 09 6221110 / 09 6227223

Read Full Post »

Mohd. Ariffin Daud menunjukkan dua buah tukil yang selalu digunakan untuk menahan belut di kawasan bendang di Kampung Paman, Kemaman.


KEMAMAN 17 Julai – Demi sesuap nasi Mohd. Ariffin Daud, 40, dari Kampung Paman di sini tetap tabah melakukan pekerjaan menangkap belut meskipun kadang-kala ia sering dianggap jijik oleh sesetengah orang.

Beliau melakukannya kerana menyedari ia adalah pekerjaan halal selain mampu menambah pendapatan sekeluarga.

Menyedari hakikat itulah, setiap petang pukul 6.30 Mohd. Ariffin dengan beberapa batang tukil (sejenis alat tangkapan belut) meredah rumput ditepi bendang yang terletak tidak berapa jauh dari rumahnya untuk menahan belut.

Pada kebiasaannya beliau akan menahan sehingga 40-50 tukil di beberapa petak bendang dan juga tali air.

”Ini dilakukan kerana pada kebiasaannya belut keluar pada waktu malam untuk mencari makan.

”Tukil yang ditahan akan dilumur dengan ikan yang dibakar dan cara sedemikian mampu memikat belut berkenaan masuk ke dalam tukil yang ditahan.

”Tukil diperbuat daripada paip PVC yang berukuran lilitan 3 inci serta panjangnya 3 kaki,” katanya kepada Utusan Malaysia di Kampung Paman di sini baru-baru ini.

Untuk menangkap belut, Mohd. Ariffin yang lebih dikenali ‘Pak Pin’ di kalangan penduduk setempat berkata, tukil akan diletak pada petak sawah dengan mencondong tukil berkenaan.

Pada bahagian bawah tukil pula akan ditutup dengan plastik manakala bahagian lain akan ditebuk lubang kecil bagi membolehkan belut memasuki tukil.

”Belut kemudian akan meloloskan diri lantaran badannya yang licin apabila terhidu aroma ikan bakar didalam tukil berkenaan,” katanya.

Mohd. Ariffin berkata, tukil yang ditahan pada pukul 6.30 petang akan diangkat pada keesokan harinya mulai pukul 7.00 pagi.

Adalah menjadi perkara biasa setiap kali tukil diangkat beliau akan memperolehi belut seberat antara 10 dan 15 kilogram, adakalanya menjangkau hingga 25 kilogram.

”Pada kebiasaannya belut lebih suka bermain ditanah berpaya atau tali air yang berlumpur yang mengandungi rumput kering di dasarnya.

”Kawasan itu juga menjadi tempat permainan ikan kecil dan besar dan sekali gus menjadi makanan belut,” katanya.

Mohd. Ariffin menambah, selepas ditangkap beliau akan menjual belut di beberapa restoran dan kedai makan berhampiran.

”Setiap kilo belut saya jual dengan harga RM15.00. Setakat ini mereka berpuas hati dengan harga yang ditawarkan,” katanya.

Katanya, bagi menampung tempahan pelanggan yang semakin meningkat saya terpaksa bekerja lebih serta menambah lebih 50 buah tukir lagi.

”Alhamdulillah, setakat ini saya masih mampu untuk memenuhi permintaan pelanggan. Ini kerana dengan keadaan bendang yang begitu luas ini, spesies belut masih banyak di kawasan ini,” tambahnya.

Mohd. Ariffin menambah jika terdapat permintaan meningkat, pekerjaan menangkap belut dibantu oleh anak-anaknya.

Katanya, pembabitan anak-anak diperlukan kerana menyedari ia tidak mampu dilakukan secara keseorangan.

” Saya sebenarnya sering melatih serta menunjuk tempat tempat yang menjadi tempat belut bermain kepada anak-anak,” katanya.

Menurut Mohd. Ariffin kini anak-anaknya sudah mahir dengan tempat belut apatah lagi belut suka bermain dibendang dan tanah paya.

Mengenai khasiat belut, beliau berkata, ia boleh dijadikan sup, dagingnya manis serta berkhasiat.

Selain itu belut juga boleh membantu melancarkan perjalanan darah, mati pucuk dan juga mereka yang dihinggapi penyakit angin ahmar.

”Sesetengah penduduk di negeri ini melumatkan daging belut untuk dicampur dengan kuah laksa Terengganu.

”Ini kerana ianya begitu sesuai berbanding dengan ikan kerana kemanisannya,” katanya.

Bapa kepada 9 orang anak yang berusia antara 4 bulan hingga 20 tahun ini begitu yakin menahan tukir di bendang lebih baik daripada memelihara belut di kolam.

Ini kerana dia tidak perlu menghabiskan wang yang banyak untuk membeli makanan belut sekiranya belut dijadikan ternakan.

”Ada ketikanya selepas memperolehi belut pelanggan akan sampai untuk mengambil tempahan mereka atau atau membelinya,” katanya lagi.

Tambahnya lagi, beliau mempelajari cara menangkap belut daripada rakan rakannya ketika sama-sama tinggal di Kelantan.

Katanya, ia terjadi berikutan di negeri tersebut ramai penggemar belut manakala sebahagian lagi menjadikannya sebagai pekerjaan dalam kehidupan seharian.

Read Full Post »

Nuisance of swiftlets

MACC raises hopes of residents

KUALA TERENGGANU: The move by the Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) to monitor swiftlets’ nesting operations in the country could not have come at a better time for Ong Pok Kok.

Known among local residents as the lone crusader against the nuisance of swiftlets, the 56-year-old coffeeshop owner said he was about to admit defeat in his long battle against thousands of swiftlets hovering near his shophouse in Jalan Tok Lam.

He almost accepted it was a losing battle until he read the news report in Wednesday’s New Straits Times about MACC’s commitment to remove the elements of corruption from the industry.

“There is a glimmer of hope now for someone like me who has not only been fighting a losing battle and but currently fast running out of ammunition to try stopping ‘swiftlet motels’ from operating right in the centre of the town.

“But the pledge from MACC director of intelligence Datuk Mohd Jamidan Abdullah to keep a close eye on the bird nest industry, has given me, and perhaps other people too, a sense that we are not alone any more in our fight.”

Mohd Jamidan, when closing the east coast region seminar on Integrity in Managing Environmental Issues for Local Authorities here on Tuesday, said the elements of corruption could not be ruled out from the lucrative bird nest industry.

He said irregularities were found in the practice of bird- nesting operations, especially in urban areas, and it was also not uncommon for those who were supposed to enforce the law to ‘close one eye’ on the illegal aspects of the operation.

According to Ong, for more than five years he had tried to convince the local authorities, health department, environment department, police and veterinary services department of the nuisance caused by the swiftlets.

“All I could see was more ‘bird motels’ being set up near here even after the main stream media highlighted the constant bird-call noise from loudspeakers, the stench and bird droppings.

“Of course, there was talk from some politicians from time to time about relocating the bird nesting operations away from the city limit but so far, it has been one empty promise after another.

“MACC has cited the lack of laws, rules and regulations for the industry as a deterrent for them to do a proper job but I am hoping that their involvement will at least make it tougher for new bird-nesting premises to be set up.”

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU (The Star): A housewife was caught in a compromising position with her lover by her husband when he stormed into a hotel room in Merang, Setiu, with his friends on Thursday.

However, the lover, a senior state government official, managed to bolt off half-naked from the room before the enraged husband and his friends could assault him.

In his haste to get away, he left his handphone behind.

The husband, a manager with a communications service provider, found video recordings and pictures of the pair having sex on the handphone.

He lodged a police report, claiming that he feared for his safety and that of his children.

At the district police headquarters, the 33-year-old man said he suspected that his wife was cheating on him when she began to behave strangely over the past two months.

“She would hide the SMSes she received in the wee hours of the morning and was very secretive about telephone calls from a friend saved as ‘Aisah’ in her list of contacts,” he said

He added that the calls usually came in between 10pm and 11pm each night.

The husband said his 27-year-old wife had also been neglecting her children, aged between two and seven during that period.

He said he decided to spy on his wife by informing her that he had to travel to Kuala Lumpur for work and left the house at 8am.

However, he doubled back and hid in a secluded area near his home where he observed his wife getting into a car driven by a man in his 40s an hour later.

While tracking the car to the hotel, the man contacted his friends for help.

“By the time they arrived, my wife and her lover were already in the room.

“The senior official managed to shove us aside and flee,” he said.

He also claimed that moments later four men, believed to be linked to the official, turned up at the hotel to threaten them.

“I scolded my wife because her lover was only sexually attracted to her whereas we, her family, truly loved her.

“Anyway, I am not going to forgive her for betraying my love,” he said.

OCPD Asst Comm Zamri Shamsuddin said police would investigate the report.

Read Full Post »

DUNGUN: Tiga beranak termasuk bayi berusia dua bulan terbunuh apabila kereta yang dinaiki mereka bertembung dengan sebuah lori tangki di Kilometer 95, Jalan Kuala Terengganu-Kuantan, di Kampung Tebing Tembah, awal pagi semalam.

Mangsa yang terbunuh ialah Mohd Suhaimi Sely, 22, dari Paka, Dungun, isterinya, Khairiyah Omar, 21, dan anak mereka, Aishah Natasha, dua bulan.

Ketua Polis Daerah Dungun, Superintendan Dahlan Mohd Noor, berkata kemalangan itu berlaku kira-kira jam 6.40 pagi apabila sebuah lori tangki dari Dungun dalam perjalanan ke Gebeng, Kuantan dipercayai terbabas ke kanan jalan ketika melalui selekoh.

Katanya, lori tangki yang dipandu Abdul Aziz Che Min, 57, dari Kampung Molek, di sini, gagal dikawal sebelum bertembung dengan kereta Proton Iswara dinaiki tiga beranak terbabit dalam perjalanan untuk bercuti di kampung Mohd Suhaimi di Kampung Tawang, Bachok, Kelantan.

Dahlan berkata akibat kemalangan itu, bahagian depan kenderaan dinaiki tiga beranak terbabit remuk dan anggota Bomba dan Penyelamat mengambil masa kira-kira setengah jam untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit.

Katanya, Mohd Suhaimi yang bekerja di sebuah syarikat swasta di Paka dan isterinya, Khairiyah berasal dari Kampung Cacar Baru, Paka, mati di tempat kejadian.

Dahlan berkata, anak pasangan suami isteri itu yang ditemui dalam dakapan ibunya ketika kejadian, meninggal dunia dalam perjalanan ke Pusat Kesihatan Paka.

Ketiga-tiga mangsa dibawa ke Hospital Dungun untuk bedah siasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan kerana memandu secara cuai hingga menyebabkan kematian.

Read Full Post »