Feeds:
Posts
Comments

Archive for July 16th, 2009

PENCARI madu memanjat pokok pulai basung bagi mengambil madu lebah pada demontrasi pengambilan madu lebah tualang di hutan simpan Merchang, Marang, baru-baru ini.


MARANG 15 Julai (Utusan Malaysia)- Khasiat madu lebah untuk tujuan rawatan perubatan, sememangnya sudah diketahui umum.

Oleh itu, tidak hairanlah mengapa madu lebah sering kali dikaitkan dalam setiap rawatan kesihatan dan kecantikan memandangkan ia dipercayai wujud sejak ratusan tahun dahulu.

Hari ini, madu lebah dianggap sebagai salah satu komoditi penting dalam industri penjagaan kesihatan yang meliputi setiap lapisan masyarakat di setiap peringkat umur.

Malah, dalam al-Quran sendiri turut menyatakan kelebihan madu seperti firman Allah dalam surah Al-Nahl ayat 68 dan 69:

Maksudnya: Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan.

Ekoran dari itu, Yayasan Di-Raja Sultan Mizan (YDSM) kini mengorak langkah mengembangkan produk berasaskan madu lebah khususnya madu lebah tualang di Terengganu yang dilihat berpotensi menjdi pengeluar madu lebah terbaik negara.

Ahli Lembaga Pemegang Amanah YDSM, Datuk Profesor Dr. Makhdzir Mardan berkata, pihaknya mengambil langkah tersebut sebagai usaha membantu dan melihat kegiatan tradisional penduduk tempatan dinilai tambah, selain memelihara serta mengekalkan hutan simpan negeri.

Untuk tujuan itu, katanya, YDSM akan memainkan peranan meningkatkan keselamatan pencari madu lebah dan meningkatkan mutu dengan cara pemprosesan yang lebih bersih serta terkawal.

Katanya, dengan berbuat demikian adalah diyakini ia mampu memajukan industri lebah bagi meningkatkan pendapatan penduduk.

”Terengganu sangat unik dan mempunyai hutan yang kaya dengan nilai komersial, di Marang contohnya, madu lebah tualang yang dihasilkan amat bermutu tinggi, hasil daripada pokok akasia dan gelam yang terdapat di Hutan Gelam di Hutan Simpan Merchang.

”Sebab itu, YDSM menubuhkan Koperasi Pemungut Madu Lebah Terengganu (Kopemat) Berhad sejak Mei lalu bagi memastikan lebih 120 pemungut madu lebah tualang di kawasan ini dapat menjalankan kegiatan mencari madu lebah dengan lebih sistematik dan terkawal,” katanya.

Beliau menyatakan demikian selepas melihat demonstrasi memungut madu lebah di Pusat Pengambilan Madu Lebah Tualang di Hutan Simpan Merchang di Marang, kelmarin.

Yang Di Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin yang juga Pengerusi YDSM berkenan berangkat pada program itu. Turut bersama Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

Mengulas lanjut, Makhdzir berkata, Kopemat berperanan menjalankan aktiviti dan menyelaras kegiatan ahlinya melalui pembiayaan serta kerjasama dengan YDSM bagi meningkatkan ekonomi masyarakat tempatan.

Usaha yang dirintis YDSM adalah seiring dengan kedudukan perubatan herba dan alternatif yang kini menjadi kaedah rawatan dan penyembuhan yang semakin dapat diterima dalam dunia moden.

Dengan pelbagai kajian saintifik tentang manfaat sesuatu herba atau sumber tradisional, ia menambahkan lagi keyakinan orang ramai tentang penggunaannya.

Madu lebah adalah antara sumber alternatif yang mempunyai seribu satu khasiat istimewa.

Malah ia diberikan pelbagai gelaran termasuklah, ‘minuman daripada segala minuman dan ubat daripada segala ubat’.

Hakikatnya, madu mempunyai sejarah yang panjang bersama evolusi kehidupan manusia.

Sekiranya diimbas sejarah silam dan asal-usul madu lebah, ia telah dikenali sejak zaman Firaun yang memerintah Mesir 300 tahun Sebelum Masihi.

Kemasyhuran khasiat madu lebah turut tersebar luas sehinggalah ke zaman tamadun Parsi, Greek dan juga Rom.

Malah, sejarah Islam sendiri ada menceritakan kegunaan madu lebah dalam perubatan amatlah masyhur.

Ini bertepatan dengan firman Allah dalam ayat 68 hingga 69 surah an-Nahl bahawa madu itu adalah syifa (penawar) kepada manusia.

Rasulullah juga ada berpesan agar seseorang itu berubat dengan madu dan al-Quran.

Baginda bersabda: Ambillah atau pergunakanlah olehmu sekalian akan dua ubat penyembuh iaitu madu dan al-Quran. (Hadis riwayat Ibnu Majah)

Dalam dunia moden hari ini pelbagai kajian dan konvensyen terbaru diadakan untuk meneliti secara lebih mendalam mengenai khasiat di sebalik cairan kental manis yang dihasilkan lebah ini.

Dalam hal ini, Dr. Susan Percival dari Jabatan Nutrisi Manusia dan Sains Makanan, Universiti Florida, Amerika Syarikat (AS), pernah menyebut dalam beberapa siri tulisannya madu lebah mengandungi pelbagai kandungan mineral dan vitamin seperti B6, tiamina, miacin, ribotlorina dan asid pontohenic.

Ia juga mengandungi zat-zat seperti kalsium, zat besi, kuprum, magnesium, manganese, fosforus, potasium, sodium dan zink.

Madu turut mengandungi vitamin B1, B2, C, B6 dan B3. Komposisinya berubah-ubah sesuai dengan kualiti madu bunga dan serbuk sari yang diperoleh lebah.

Madu berperanan sebagai antioksida dalam badan manusia yang mampu menghapuskan bahan-bahan radikal yang menjadi penyebab utama kepada penyakit-penyakit kronik.

Dalam satu kajian lain, pakar mikrobiologi Amerika, Richard F. Stier mendapati komposisi unik kandungan madu lebah juga boleh menjadi agen antimikrob untuk merawat kulit yang cedera akibat kebakaran atau luka.

Ia juga mampu mengelakkan jangkitan berpunca daripada bakteria.

Fakta ilmiah ini turut diakui para ilmuwan yang bersidang pada Persidangan Apikultur Sedunia (World Apiculture Conference) pada 20 hingga 26 September 1993 di China.

Berikut adalah manfaat lain madu :

n Membersih dan membuang segala kotoran yang ada dalam darah.

n Boleh mengendurkan urat-urat yang tegang, tekanan dan kemurungan.

n Boleh menghentikan kesakitan sendi.

n Baik untuk sistem pernafasan.

n Perut dapat menyerap madu dengan mudah dan segera tanpa diproses di dalamnya lebih dahulu.

n Boleh membunuh kuman dan virus dalam darah.

n Membaik-pulih dalaman wanita dan memelihara kesihatan kaum lelaki ataupun menambah keharmonian rumah tangga.

n Berupaya menghilangkan gatal-gatal pada kulit serta merta dan menghilangkan parut luka dengan segera.

n Menjana pertumbuhan otak.

n Mencantik, menghalus, melembab dan mengawal keanjalan kulit.

n Digunakan sebagai ubat sakit perut.

n Menghilangkan kahak.

n Memutih dan menguatkan gigi.

Madu mengandungi pelbagai kandungan mineral dan vitamin yang baik untuk kesihatan.

Sementara itu di kalangan penduduk di negeri Terengganu, madu Tualang sememangnya sudah terkenal dan diakui khasiatnya berbanding madu hutan lain.

Advertisement

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU (NST): Apathy about cleanliness and high food prices could damage the tourism industry, which is one of Terengganu’s main sources of income.

Menteri Besar Datuk Ahmad Said said cleanliness in the state capital was “unsatisfactory” and placed the blame squarely on residents and hawkers.

The local council cleaned up the streets in the daytime, and by evening the streets were again strewn with rubbish, he said.

On top of that, hawkers charged premium prices for their food and did not maintain hygiene.

“People come here expecting clean and inexpensive food.

“They will feel cheated if our food prices remain high and our food is not covered properly,” he said after welcoming 42 passengers on board Firefly’s inaugural direct flight from Singapore on Tuesday evening at the Sultan Mahmud Airport.

Firefly managing director Eddie Leong said the response to the new route had been encouraging and, if interest continued to grow, the airline might increase the frequency of flights.

At present there are three flights a week to and from Singapore.

He said Firefly was looking to promote other tourist destinations in the state such as Tasik Kenyir.

Most Singaporeans visit the islands off Terengganu.

Ahmad said half of the foreign tourists who visited the state were from Singapore.

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU (The Star): The level of cleanliness in the city here is still far from satisfactory and a lot more needs to be done to make it a tourism hub, said Mentri Besar Datuk Ahmad Said.

“It stinks!” he said when commenting on the level of cleanliness in the city.

Ahmad said the local residents’ lackadaisical attitude when it comes to keeping their surroundings clean made the situation worse.

“A high level of hygiene is crucial, especially if the city is to become a tourism hub and generate income for the state,” Ahmad said after welcoming 42 passengers on FireFly’s inaugural direct flight from Singapore at the Sultan Mahmud Airport here yesterday.

Ahmad added that the apathy over hygiene was apparent among hawkers and to some extent restaurant operators.

He also chided food operators for charging exorbitant prices.

“Efforts by the state government to turn the city into a major tourist attraction will be negated if food prices remain high,” he said.

Earlier, Firefly Sdn Bhd managing director Eddie Leong told reporters that the budget airline had received overwhelming support for its Singapore-Kuala Terengganu route with more than 60% bookings.

“This is a very good sign despite the sluggish world economy and the influenza A (H1N1) scare.

“We are also confident that the demand will continue to go up,” said Leong.

There are currently three flights a week to and from Singapore.

Leong added that Firefly was also looking at promoting intriguing destinations in Terengganu, including Tasik Kenyir, besides the popular islands in the state.

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU 15 Julai (Bernama) – Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said kecewa dengan sikap penduduk di bandar raya itu yang masih tidak menjaga kebersihan sehingga boleh menjejaskan sektor pelancongan negeri.

Beliau berkata, perkara itu perlu diberikan perhatian serius kerana setiap tahun kedatangan pelancong ke Terengganu termasuk di bandar raya itu, sentiasa meningkat.

“Peniaga restoran, pasar minggu, pasar malam dan pemandu didapati masih mengabaikan kebersihan dengan membuang sampah di merata-rata sedangkan aspek itu perlu diberikan perhatian yang serius,” katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas menyambut ketibaan penerbangan pertama Firefly dari Singapura ke sini, yang membawa bersama 50 penumpang di Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM), petang semalam.

Sementara itu, Ahmad berharap kedatangan pelancong ke Terengganu akan meningkat terutama dari Singapura selepas Firefly kini mengadakan penerbangannya ke sini.

Beliau berkata, penerbangan terus dari Singapura itu merupakan penerbangan antarabangsa yang pertama ke Terengganu dan ia mampu melonjakkan industri pelancongan negeri.

Penerbangan dua hala Firefly Singapura-Terengganu itu mengambil masa sejam 20 minit dengan tambang serendah RM88 bagi perjalanan sehala.

Beliau berkata, kerajaan Terengganu memberi subsidi untuk syarikat penerbangan itu termasuk cukai penumpang, pendaratan dan pakir selama tiga tahun dalam usaha menggalakkan lebih banyak penerbangan antarabangsa terus ke LTSM.

“Dengan pengecualian cukai itu, kerajaan Terengganu terpaksa menanggung kos sehingga RM3 juta bagi tempoh tiga tahun,” katanya.

Untuk rekod, lebih 3.5 juta pelancong, yang sebahagian besarnya dari Singapura, China dan Eropah melawat Terengganu tahun lepas.

Sementara itu, Pengarah Urusan Firefly, Eddy Leong berkata sambutan terhadap penerbangan terus itu ke Terengganu sangat menggalakkan apabila pihaknya menerima tempahan tiket sehingga 60 peratus walaupun dalam keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu ketika ini. – BERNAMA

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU 15 Julai (Utusan Malaysia)- Menteri Besar, Datuk Ahmad Said hari ini menafikan spekulasi kononnya akan berlaku rombakan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco).

“Saya tidak pernah merancang untuk merombak kedudukan Exco sedia ada malah berpuas hati dengan prestasi yang mereka tunjukkan.

“Bagaimana kita hendak rombak Exco yang baru pegang jawatan dua tahun, kita tidak boleh menilai prestasi mereka berdasarkan tempoh ini,” katanya selepas mempengerusi mesyuarat Exco di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Beliau mengulas khabar angin akan berlaku rombakan Exco negeri ekoran terdapat anggotanya yang gagal melaksanakan tugas dengan baik.

Ahmad berkata, prestasi ahli-ahli Exco akan dinilai selepas satu penggal melaksanakan tugas masing-masing.

“Kita tidak boleh menilainya sekarang kerana tahun pertama adalah tahun bulan madu, tahun kedua adalah tahun perancangan. Jadi tidak adil kita menilai dalam tempoh ini,” ujarnya.

Ahmad berkata, beliau memberi peluang selama satu penggal untuk melaksanakan tugas sebelum melihat sejauh mana prestasi ahli Exco terbabit.

Read Full Post »