Feeds:
Posts
Comments

Archive for July 15th, 2009


Inilah pasar raya di Jalan Sultan Zainal Abidin di Kuala Terengganu yang kerugian RM37,000 selepas duit dan jam dicuri ‘patung misteri, Ahad lalu.

Pencuri pasar raya dipercayai menjadi ‘patung’ seperti gambar atas sebelum mencuri jam dan duit.


KUALA TERENGGANU (Kosmo)- Seorang pencuri dipercayai sanggup menjadi patung tiga jam bagi mengelak dikesan oleh pengawal keselamatan sebuah pasar raya di Jalan Sultan Zainal Abidin di sini.

Taktik tersebut berhasil apabila kehadirannya di bahagian pakaian lelaki di tingkat dua tidak disedari sehinggalah pasar raya itu ditutup pada pukul 11 malam Ahad lalu.

Suspek kemudian dikatakan ‘bermaharajalela’ dalam pasar raya itu sebelum mencuri wang dan jam tangan yang kesemua bernilai RM37,000 dari sebuah kedai di situ.

Pencuri itu dipercayai berada di dalam premis sepanjang malam dan hanya keluar dengan selamba apabila pintu pasar raya dibuka keesokan harinya.

Seorang pembantu jualan pasar raya yang mahu dikenali sebagai Aida, 25, berkata, dia menyedari ada satu ‘patung’ pelik yang kelihatan seperti manusia pada pukul 9.30 malam hari kejadian.

“Ketika itu saya dan seorang lagi pembantu jualan merasa was-was sama ada itu benar-benar patung atau manusia.

“Kami kemudian menghampiri dan memerhatikan patung yang bertubuh kurus itu beberapa minit tapi ia tak bergerak-gerak,” katanya ketika ditemui Kosmo! di sini semalam.

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU (The Star): The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) is close to concluding its investigations into the roof collapse incident at the Sultan Mizan Zainal Abidin Stadium in Gong Badak here in June.

Its Intelligence Division director Datuk Mohd Jamidan Abdullah said the probe was 90% completed, adding that the outcome would be known very soon.

He said several individuals including the contractors, were summoned to facilitate investigations.

“We are at the conclusion stage (of the probe) and all crucial aspects and elements of the investigation have been covered,” he said after attending the closing of a seminar on integrity for local authorities at a hotel here yesterday.

Last year’s Malaysia Games (Sukma) was held at the stadium which was opened a month before Terengganu hosted the Games.

Yesterday, Yang di-Pertuan Agong Sultan Mizan Zainal Abidin visited the stadium to assess the damage. The King was accompanied by Mentri Besar Datuk Ahmad Said and state Public Works Departments director Rosly Zainal.

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU 14 Julai (Utusan)- Pembinaan Hotel Wakaf bernilai RM39 juta di sini, yang tertangguh lebih setahun lalu akan dibangunkan semula selewat-lewatnya akhir tahun ini.

Projek pembinaan hotel tersebut akan diteruskan dengan bantuan pengurusan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan Jabatan Wakaf, Zakat dan Haji.

Ketua Pegawai Eksekutif MAIDAM, Wan Harujan Sulaiman berkata, projek pembinaan hotel itu kini berada di peringkat akhir pemerosesan tender Jabatan Kerja Raya (JKR) dan dijangka dapat dilaksanakan pembinaannya secepat mungkin.

Katanya, projek yang mendapat pembiayaan sepenuhnya daripada Kerajaan Pusat itu akan dibina di kawasan seluas 0.3 hektar di tengah-tengah pusat bandar.

“Ia tertangguh kerana masalah reka bentuk. Pelaksanaannya dijangka dimulakan tahun ini juga,” katanya kepada pemberita selepas majlis kesyukuran MAIDAM atas pencapaian mendapat tiga bintang dalam Pengauditan Akaun MAIDAM Bagi Pengurusan dan Penyata Kewangan Tahun 2008 di sini hari ini.

Hadir sama Yang Dipertua MAIDAM, Mazlan Hashim dan Pegawai Daerah Kuala Terengganu, Datuk Mohd. Alim Muda.

Mengulas lanjut, Wan Harujan berkata, Hotel Wakaf yang bertaraf tiga bintang dengan 180 bilik itu mampu menjadi model sebagai penubuhan hotel-hotel wakaf di tempat lain.

Katanya, selain memenuhi fardu kifayah umat Islam musafir, ia juga membantu kerajaan negeri dalam menampung keperluan hotel di Terengganu.

Hotel Wakaf dijangka menjadi tumpuan kerana kedudukannya yang strategik di tengah-tengah bandar dan berdekatan Masjid Sultan Zainal Abidin (Masjid Putih) serta Pasar Kedai Payang.

Selain itu, katanya, MAIDAM menyiapkan lima unit ruang niaga di tengah-tengah pusat bandar yang dikhususkan untuk peniaga emas dikenali sebagai Pusat Emas (Gold Centre) yang akan memulakan operasi perniagaan September ini.

Terdahulu, Mazlan dalam ucapannya berkata, pihaknya bangga kerana MAIDAM buat pertama kali mendapat tempat pertama dalam pengurusan pengauditan.

Katanya, ini kejayaan besar dan semua kakitangan diharap meningkatkan prestasi dalam semua bidang secara berterusan bagi memastikan mencapai MAIDAM kecemerlangan.

Read Full Post »