Feeds:
Posts
Comments

Archive for July 14th, 2009

KUALA TERENGGANU, 14 Julai (Bernama) — Universiti Malaysia Terengganu (UMT) menerima 2,017 pelajar baru bagi sesi pengambilan Julai ini, yang paling ramai sejak institut pendidikan itu dinaiktaraf sebagai universiti 1 Feb 2007.

Naib Canselor UMT Prof Dr Aziz Deraman berkata sebelum ini, pengambilan pelajar ialah kira-kira 1,600 orang.

“Pada kebiasaannya, kita menerima tidak sampai 2,000 pelajar baru. Peningkatan pengambilan ini menunjukkan ramai pelajar berminat mengikuti pengajian di sini,” katanya selepas majlis Anugerah Graduan Cemerlang UMT 2009 Selasa.

Aziz berkata pada akhir tahun ini, UMT akan menerima 50 pelajar dari China berbanding 24 orang tahun lepas.

“Selain itu, pelajar dari Indonesia, Perancis, Yaman, Thailand, Arab Saudi, Vietnam dan India turut mengikuti pengajian di UMT,” katanya.

Pada majlis itu, seramai 32 pelajar cemerlang menerima sijil penghargaan masing-masing daripada Pengerusi Lembaga Pengarah UMT Tan Sri Dr Ahmad Zaharudin Idris.

— BERNAMA

Advertisement

Read Full Post »

BESUT (Sinar Harian)– Seorang lelaki maut apabila motosikal ditunggang dirempuh sebuah trak tentera dalam kejadian berhampiran Stadium Mini Kampung Raja, Kampung Paya Rawa, di sini, semalam.

Mangsa, Tengku Husain T Seman, 55, dari Perumahan Awam Kampung Raja, meninggal dunia di tempat kejadian berikutan kecederaan parah pada bahagian kepala.

Ketua Polis Daerah, Superintendan Kamarudin Mohd Zakaria berkata, dalam kejadian jam 9 pagi itu, Tengku Husain menunggang motosikal dari rumahnya untuk ke tempat kerja di Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Ittifakiah Jertih.

“Mangsa yang bekerja sebagai pembantu am di sekolah itu dikatakan terus keluar dari simpang jalan untuk memasuki jalan utama menghala ke arah Kampung Raja sebelum dirempuh trak tentera yang datang dari Kampung Raja menuju ke Kem Sri Tembila.

“Mangsa diseret sejauh beberapa meter bersama motosikalnya,” katanya.

Menurut Kamarudin, semua 12 anggota tentera yang menaiki trak, termasuk pemandu tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sementara itu, beberapa saksi memaklumkan, sebelum kejadian, beberapa pekerja Majlis Daerah Besut yang sibuk memuatkan sampah ke dalam lori di kawasan berhampiran melarang mangsa melintas jalan kerana menye�dari sebuah trak datang dari arah bertentangan.

Bagaimanapun mangsa dipercayai tidak menyedari amaran itu dan terus keluar dari simpang untuk ke jalan utama dan terus dirempuh trak.

Akibat kemalangan, jalan raya sesak seketika, sementara cebisan daging mangsa bertaburan di atas jalan raya dan motosikal dinaiki rosak teruk.

Mayat mangsa dihantar ke Hospital Besut untuk pemeriksaan dan punca kematian akibat kecederaan parah bahagian kepala serta anggota badan lain

Read Full Post »

Pengurusan ambil tindakan sejak pertengahan bulan lalu
KUALA TERENGGANU (Berita Harian): Tiga pelajar perempuan Tingkatan Dua sebuah sekolah menengah di Dungun dekat sini, yang bertindak menampar, menumbuk muka dan menyepak seorang pelajar perempuan Tingkatan Satu di sebuah surau di Kampung Ketengah Jaya, bulan lalu, sudah dikenakan tindakan gantung sekolah.

Tindakan itu diambil pengurusan sekolah sejak pertengahan bulan lalu selepas menjalankan siasatan berdasarkan maklumat kejadian itu yang disebarkan melalui internet dan telefon bimbit.

Bagaimanapun, pengurusan sekolah terbabit tidak melaporkan kejadian itu kepada pihak polis.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Fauzi Abduri, yang mengesahkannya semalam, berkata polis menjalankan siasatan berhubung kejadian itu selepas mangsa membuat laporan polis, kelmarin.

“Polis akan mengambil keterangan lima pelajar perempuan terbabit. Tiga daripada mereka ialah pelajar Tingkatan Dua, yang didakwa dalang kejadian itu.

“Dua lagi pelajar termasuk seorang yang menjadi mangsa,” katanya kepada pemberita di sini, semalam.

Akhbar semalam melaporkan seorang pelajar Tingkatan Satu sebuah sekolah menengah di daerah Dungun, membuat laporan polis selepas adegan dia dibelasah rakan karib dalam satu kejadian bulan lalu disebar secara meluas melalui internet dan telefon bimbit.

Mangsa berusia 13 tahun itu membuat laporan polis kerana malu apabila adegan bergusti dirakam tiga pelajar perempuan lain terus disebarkan melalui telefon bimbit, walaupun kejadian terbabit berlaku pertengahan bulan lalu.

Mohd Fauzi berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana bergaduh sehingga mendatangkan kecederaan.

“Polis tidak menolak kemungkinan punca kejadian itu kerana cemburu berikutan mangsa popular di kalangan guru. Mangsa juga seorang pelajar cerdas dan sering mendapat pujian guru, selain dilantik sebagai ketua kelas,” katanya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd Rahman, berkata Jabatan Pelajaran diarah mengemukakan laporan lengkap berhubung kejadian itu bagi membolehkan tindakan lanjut diambil.

***************************************

Posting berkaitan sebelum ini:

Read Full Post »

JKR, kontraktor buat pemeriksaan pastikan bangunan selamat

KUALA TERENGGANU: Orang ramai di bandar ini yang mahu memanfaatkan cuti hujung minggu bersama keluarga di Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) kecewa kerana kompleks yang baru berusia setahun itu terpaksa ditutup baru-baru ini.

Sehubungan itu, pengunjung ke kompleks itu yang tidak mengetahui arahan penutupan itu, mahu kerajaan merumus penyelesaian jangka panjang bagi memastikan semua bangunan awam di negeri ini selamat terutama selepas sebahagian bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) runtuh pada 2 Jun lalu.

Kakitangan swasta, Mohd Noor Faiz, 18, berkata walaupun terpaksa pulang dengan hampa, mereka lega kerana penutupan itu dapat mengelak orang ramai daripada berhadapan dengan bencana yang mungkin boleh berlaku pada bila-bila masa, terutama apabila Jabatan Kerja Raya (JKR) mendapati ia tidak selamat digunakan.

“Kami kecewa kerana nampaknya masih banyak bangunan milik kerajaan negeri yang baru dibina beberapa tahun lalu perlu diperiksa dengan teliti bagi mengelakkan sebarang kejadian buruk berlaku,” katanya.

Kerani akaun, Che Rosnita Abdul Wahab, 19, berkata penutupan pusat akuatik itu walaupun sementara adalah sesuatu yang dikesali kerana ia antara lokasi tumpuan di bandar raya ini untuk orang ramai beriadah bersama keluarga kerana memang tidak ada tempat lain seumpamanya di negeri ini.

Peniaga, Norhayati Hassan Mahmud, 50, pula berkata, penutupan pusat akuatik itu walaupun hanya sementara adalah satu kerugian kepada rakyat kerana ia dibina untuk rakyat dan seharusnya pembinaannya dilaksanakan dengan teliti bagi mengelak pembaziran.

Sementara itu, Datuk Bandar Kuala Terengganu, Datuk Mat Razali Kassim, berkata MBKT sebagai pengurus pusat itu akur dengan arahan JKR Pusat untuk menutup sementara bagi memberi laluan kepada pasukan penyiasat membuat pemantauan dan penilaian.

“Setakat ini masih belum ada tempoh muktamad sehingga bila ia akan ditutup. MBKT tidak terbabit dalam penyelenggaraan pusat berkenaan kerana ia masih di bawah tanggungjawab kontraktor utama dan JKR,” katanya ketika dihubungi.

Katanya, lebih baik pusat itu ditutup sementara bagi membolehkan sebarang kelemahan dan kekurangan dapat diperbaiki terlebih dulu bagi menjamin keselamatan dan keselesaan pengguna.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Yahya Khatib Mohamad, berkata kerajaan negeri sememangnya sudah maklum dengan keadaan di pusat akuatik itu.

“Kita sudah menerima laporan dan membuat tindakan susulan dengan mengarahkan kontraktor membuat pembaikan kerana stadium (SSZMA) dan kompleks akuatik ini adalah milik kerajaan negeri dan tiada kena mengena dengan Kerajaan Pusat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas lawatan Menteri Kerjaraya, Datuk Shaziman Abu Mansor, ke pusat itu baru-baru ini dan mengarahkan penutupan sementara bagi memberi laluan pasukan penyiasat daripada JKR Pusat membuat penilaian.

Bagaimanapun, Yahya Khatib berkata, kerajaan negeri menyambut baik lawatan Shaziman yang mewakili kerajaan pusat dan berharap kedua-dua pihak dapat terus bekerjasama untuk pelbagai projek lain di negeri ini.

Read Full Post »

Pengakap habiskan masa dua minggu buat pelbagai aktiviti kemasyarakatan

PERMAISURI (Berita Harian): Jika sebelum ini aktiviti kemasyarakatan yang dilaksanakan pasukan pengakap lebih tertumpu kepada khidmat masyarakat di kawasan luar bandar atau golongan memerlukan, sekumpulan sembilan Pengakap Kelana iaitu lapan dari Singapura dan seorang dari Malaysia pula memilih Kampung Mangkuk yang terletak di kawasan ‘Setiu Wetland’ untuk melaksanakan misi kemasyarakatan memupuk kesedaran mencintai alam sekitar.

Berkampung hampir dua minggu bermula 20 Jun sehingga 4 Julai lalu, mereka memilih Kampung Mangkuk kerana ia cukup kaya dengan khazanah alam semula jadi terutama khazanah hutan paya bakau serta lokasinya yang menarik.

Pengerusi Pengakap Kelana Wilayah Persekutuan, Arvind Danopalan, 20, berkata pemilihan Kampung Mangkuk sebagai lokasi untuk mereka melaksanakan kerja komuniti adalah sebagai satu daripada syarat yang perlu sebelum boleh dinobatkan penerima anugerah terulung Pengakap Dunia iaitu ‘Scouts of the World Award’.

“Saya adalah peserta tunggal dari Malaysia yang terbabit dalam aktiviti ini dan antara faktor mengapa Kampung Mangkuk dipilih adalah kerana lokasinya yang kaya dengan khazanah semula jadi, keadaan masyarakat setempat yang bersesuaian untuk kami melaksanakan kerja kemasyarakatan serta lokasinya yang sangat menarik.

“Dalam masa sama, ini adalah sebahagian daripada usaha untuk memperkenalkan Malaysia dan Terengganu khususnya kepada rakan pengakap yang lain,” katanya.

Arvind berkata, program yang dilaksanakan itu adalah sebahagian daripada khidmat sukarela yang perlu dipenuhi bagi memastikan semua bahagian yang ditetapkan untuk mendapatkan anugerah ulung itu dan pasukannya cukup berkeyakinan usaha dan kerja yang dilaksanakan sepanjang berada di Kampung Mangkuk membolehkan mereka menerima anugerah berkenaan.

Bagi Oliver Lim, 20, dari Rover Scouts, Singapura, pengalaman berada di Kampung Mangkuk selama dua minggu adalah pengalaman sangat berharga kerana dalam tempoh itu banyak pengalaman baru ditimba selain berpeluang melakukan pelbagai kerja amal dan sukarela.

“Di sini kami melakukan pelbagai kerja termasuk membaiki rumah penduduk kampung yang rosak, mengadakan kelas tambahan khusus untuk anak penduduk kampung terutama bagi memperkukuhkan penguasaan bahasa Inggeris, menanam dan menyemai anak bakau sebagai sebahagian daripada usaha mengatasi masalah hakisan yang semakin membimbangkan serta menyertai program memulihara penyu yang dilaksanakan bersama WWF (Tabung Hidupan Liar Dunia).

“Semua aktiviti sangat menyeronokkan dan saya berharap usaha yang dijalankan ini akan membantu kami mendapatkan anugerah ‘Scouts of the World’,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Komuniti WWF Setiu, River Foo, berkata program yang dilaksanakan itu adalah sebahagian daripada usaha dan inisiatif kumpulan pengakap berkenaan untuk memastikan setiap kerja yang dilakukan berbaloi dan mampu menarik perhatian pihak berkenaan untuk dinilai dan diberikan pengiktirafan.

Katanya, WWF membantu dalam menyediakan bahan dan bantuan yang diperlukan terutama dalam membantu usaha memberi kesedaran kepentingan memulihara khazanah alam semula jadi yang terdapat di kawasan mereka supaya dapat terus dikekalkan.

“Usaha yang paling mendapat perhatian adalah kerjasama dan semangat yang ditunjukkan kumpulan pengakap berkenaan untuk menanam lebih 1,000 anak bakau di kawasan muara berhampiran bagi membantu warga kampung mengatasi masalah hakisan yang semakin membimbangkan.

“Kehadiran mereka yang secara sukarela membantu usaha yang sebelum ini sudah dilaksanakan penduduk setempat sangat dihargai warga kampung dan mendapat maklum balas yang cukup mengagumkan,” katanya.

Katanya, apa yang diharapkan usaha itu akan dapat dikembangkan dan diteruskan serta dipromosikan dengan lebih baik sebaik mereka pulang ke kawasan masing-masing selepas tamat program.

“Kami berharap, program ini dapat dihebahkan supaya lebih ramai sukarelawan menyumbang bakti dengan membantu memupuk kesedaran memulihara alam sekitar yang tidak hanya terhad kepada pemuliharaan hutan paya bakau,” katanya.

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU (NST): A 14-year-old student was beaten up by 12 schoolmates after she was accused of flirting with the boyfriend of one of her assailants.

According to a source who spoke on the condition of anonymity, the victim was in the toilet when she was confronted by a Form Two student and her friends last Tuesday.

The victim was allegedly slapped and punched by the the girl which resulted in the others joining in the attack.

The assault was stopped by two teachers who heard the commotion.

The victim was then told to lodge a report at the Batu Rakit police station.

Read Full Post »

SETIU 13 Julai (Utusan Malaysia) – Keunikan alam semula jadi di kawasan pantai di daerah ini mendorong sebuah syarikat swasta membina sebuah hotel bernilai RM122 juta di Pantai Merang di sini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Za’abar Mohd. Adib berkata, hotel yang menyediakan 190 bilik itu akan dikendalikan oleh Desa Perantau Sdn. Bhd.

Menurut beliau, hotel berkenaan akan dibina di atas tanah seluas dua hektar yang disewa daripada Yayasan Diraja Sultan Mizan.

Katanya, pembinaan hotel itu berhampiran dengan Terengganu International Equestrian Park (TIEP) Lembah Bidong di sini, dijangka siap dalam tempoh 30 bulan lagi.

”Pembinaan hotel ini dijangka dapat mempertingkatkan sosial ekonomi masyarakat setempat.

”Hotel ini juga akan memberi peluang pekerjaan kepada 200 penduduk tempatan dalam pelbagai bidang perhotelan sekali gus dapat menjana industri pelancongan di negeri ini,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Hotel Eksklusif di Pantai Merang di sini baru-baru ini.

Terdahulu, Za’abar menyaksikan majlis menandatangani memorandum persefahaman (MoU) antara Yayasan Diraja Sultan Mizan yang wakili oleh Ahli Lembaga Pemegang Amanahnya, Datuk Mohd. Fadzli Yusof dengan Desa Perantau Sdn. Bhd. diwakili oleh Pengarah Urusannya, Zainab Yusof.

Za’abar berkata, kerajaan negeri akan memperbanyakkan lagi produk-produk pelancongan terutama sukan lasak seperti kuda lasak dan Piala Monsun.

”Terengganu mempunyai pelbagai produk pelancongan yang mampu menarik pelancong terutamanya pelancong asing ke negeri ini setiap tahun.

”Ini dapat meningkatkan pendapatan sampingan masyarakat setempat selain mempromosi negeri ini di luar negara,” ujarnya.

Beliau berkata, kerajaan negeri menjangka peningkatan kedatangan pelancong tahun ini kepada empat juta orang berbanding 3.53 juta pada tahun lepas.

”Kedatangan pelancong asing ke negeri ini meningkat dari semasa ke semasa kerana mereka tertarik dengan kegiatan pelancongan yang dianjurkan oleh kerajaan,” katanya.

Read Full Post »

from Nature Lover: http://sirdirahaza.blogspot.com/2009/07/in-memory-of-nadrah-maria-hertogh.html

Nadrah Maarof or Maria Bertha Hertogh passed away at the age of 72 due to leukemia.

She was adopted by one Malay Lady by the name of Aminah Mohd from Kg Banggol, Chukai, Kemaman. It was the village where my grandmother raised her children and where my mother and my aunties grew up.

In Banggol she spent her childhood days as an active girl doing what other girls were doing. She went to Quran reading classes, was active in sports.

What surprised me most was the fact that she was very close to my aunties, arwah Mak Cik Som and Mak De Hitam. I have seen her pictures with both of them when I was still in school.

The sad thing about Nadrah was that she was forced to change her faith. There was very little that we could do that time for we were being ruled by the colonials.

Her parents’ greatest mistake was to bring her to Singapore. Many said that things would have been different if she stayed in Kemaman.

We did not have power then.

Her adopted parents’ attempt to keep her by marrying her off also did not help her case.

We knew how she had suffered being forced to leave her legally wedded husband and change her faith from being a Muslim to a Christian.

May she rest in peace.

*******************************

Posting berkaitan:


Read Full Post »