Tujuh pesalah juvana bolos dari asrama pemulihan akhlak – Empat ditahan, tiga masih bebas
KUALA TERENGGANU (Kosmo) – Tindakan seorang pembantu Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) di Asrama Rusila, Marang memindahkan pelatih ke sebuah lokap kecil membawa padah apabila tujuh daripada mereka berjaya melarikan diri kelmarin.
Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah II Negeri, Supritendan K. Manoharan berkata, kesemua pelatih pusat pemulihan akhlak berusia antara 15 hingga 17 tahun itu melepaskan kira-kira pukul 1.15 pagi.
Bagaimanapun, empat daripada pesalah juvana itu berjaya ditahan semula ketika bersembunyi di kawasan Kampung Mak Kemas, Bukit Payung antara pukul 8.50 pagi hingga 12.40 tengah hari.
“Sebelum kejadian pembantu JKM berusia 28 tahun itu mahu memindahkan seorang pelatih yang didakwa dipukul pelatih lain dari sebuah lokap besar ke lokap kecil.
“Ketika dia membuka pinta lokap, tiba-tiba pelatih dari lokap kecil itu merempuh dan memukul pembantu itu dan seorang pengawal keselamatan,” katanya ketika ditemui dipejabatnya semalam.
Leave a Reply