
PENGKALAN BERANGAN (Sinar Harian)- Kerajaan Negeri mengharapkan ibu bapa memantau penggunaan e-Book di rumah bagi mengelakkan anak menyalahgunakan kemudahan itu.
Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam negeri, Yahya Khatib Mohamad berkata, pemantauan itu penting kerana e-Book boleh mendapat capaian Internet yang dibimbangi digunakan untuk tujuan salah.
Menurutnya, kerajaan tidak dapat menghalang dan memantaunya kerana kemudahan Internet serta ‘broadband’ di rumah boleh disalahgunakan kanak-kanak untuk memuat turun permainan dan bahan tidak sepatutnya seperti bahan lucah.
“Kerajaan menyediakan kemudahan ini untuk kebaikan pembelajaran anak namun pada masa sama, kami mengharapkan ibu bapa dapat mengawal penggunaan e-book ini supaya mereka tidak menggunakannya ke arah negatif.
“Kemudahan komunikasi ini memang kami tidak boleh halang. Jika di sekolah, kami ada kawalan tetapi apabila di rumah, peranan ibu bapa sangat penting bagi memastikan objektif penggunaan e-Book bagi memudahkan pembelajaran tercapai,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Majlis Penyerahan e-Book peringkat Parlimen Marang di Sekolah Kebangsaan (SK) Pengkalan Berangan, di sini, semalam.
Pada majlis itu, seramai 62 murid SK Pengkalan Berangan menerima e-Book masing-masing.
Turut menerima kemudahan itu adalah 141 murid SK Bukit Sawa, 115 murid SK Merchang dan 87 murid SK Wakaf Tapai.
Menurut Yahya, kerajaan membelanjakan hampir RM450,000 bagi pemberian e-Book untuk empat buah sekolah terbabit dan dijangkakan 1,600 murid lagi di Dewan Undangan Negeri Alor Limbat, Bukit Payong serta Rhu Rendang akan menerima e-Book masing-masing.
Artikel berkaitan sebelum ini:
- No e-books if you download music
- E-book: Terengganu sedia RM60 juta
- Terengganu Sedia Jadi Pembekal E-book Di Seluruh Negara
- Agihan e-Book selesai penghujung Jun
- Anak Terengganu Tidak Akan Buta Komputer – Ahmad Said
- Murid Tahun Lima belajar guna e-book mulai tahun depan
- End of a burden with new e-Books – https://alamakademik.wordpress.com/2009/05/27/end-of-a-burden-with-new-e-books/
- Terengganu Cipta Sejarah Lancar E-book – https://alamakademik.wordpress.com/2009/05/26/terengganu-cipta-sejarah-lancar-e-book/
- Program E-book Dilancar Di Terengganu – https://alamakademik.wordpress.com/2009/01/12/program-e-book-dilancar-di-terengganu/
- 15,000 komputer riba, e-book diagih ke sekolah – https://alamakademik.wordpress.com/2009/05/08/15000-komputer-riba-e-book-diagih-ke-sekolah/
Leave a Reply