
LANGKAP – Penduduk Felda Chalok Barat di sini, meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) segera menggantikan penanda jarak yang mengelirukan terletak lebih kurang 50 meter dari pintu gerbang ke Felda Chalok Barat.
Menurut mereka, jarak sebenarnya adalah lebih kurang 500 meter sahaja dan bukannya sejauh tiga kilometer seperti yang ditunjukkan pada penanda batu berkenaan.
Penduduk mendakwa, mereka sudah banyak kali membuat aduan mengenai kekeliruan jarak pada penanda itu. Namun, sudah lebih lima bulan berlalu, pihak yang berkenaan masih tidak mengambil tindakan.
”Ini menimbulkan kekeliruan terutama bagi pelawat baru pertama kali datang ke sini, jarak sejauh tiga kilometer itu boleh menyebabkan pelawat atau ‘orang luar’ yang baru tiba di sini sesat.
”Perkara itu tidak mustahil berlaku terutama pada waktu malam, kerana biasanya pengguna jalan raya hanya berpandukan petunjuk itu sebagai rujukan,” kata seorang penduduk yang ingin dikenali sebagai Aminuddin.
Sehubungan itu, Ami-nuddin dan penduduk meminta supaya pihak berkuasa memberi perhatian seterusnya menukarkan semula jarak yang meragukan itu kepada jarak sebenar.
”Cara terbaik mengata-sinya ialah dengan menukarkan semula jarak itu, bagi kami adalah mustahil sejauh itu kerana penanda tersebut sudah pun memasuki kawasan Felda,” katanya.