Feeds:
Posts
Comments

Archive for July 3rd, 2009

Gambar fail dua ekor ikan Arapaima Gigas yang berasal dari Amazon terdapat di Aquaria, Kuala Lumpur Convention Centre.


SETIU 2 Julai – Kerajaan Terengganu menawarkan ganjaran RM10,000 kepada pemancing yang berjaya menangkap ikan naga atau nama saintifiknya, Arapaima Gigas yang dipercayai hidup di Tasik Kenyir.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, tawaran itu dibuat kerana kerajaan negeri khuatir kehadiran ikan naga akan menyebabkan spesies ikan kecil lain di Tasik Kenyir pupus.

”Ikan naga merupakan spesies ikan besar dikatakan berasal dari Sungai Amazon dan menjadikan ikan lain di dalam tasik sebagai makanan.

”Adalah dikhuatiri ikan ini akan membiak di Tasik Kenyir yang dibangunkan sebagai destinasi pelancongan utama di Terengganu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas menziarahi keluarga Madziah Mohd. Lada iaitu balu kepada Allahyarham Aladi Hassan, anggota bomba yang mati lemas semasa operasi mencari dan menyelamat di Tasik Kenyir baru-baru ini, di kuarters guru Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Buluh di sini hari ini.

Ahmad berharap Arapaima Gigas itu dapat ditangkap hidup-hidup kerana kerajaan negeri bercadang menghantarnya ke Mini Zoo dan Taman Rekreasi di Bukit Takal, Kemaman.

Beliau memberitahu, walaupun Arapaima Gigas merupakan spesies ikan yang besar, tetapi ia tidak menyerang manusia.

Katanya, ikan Arapaima Gigas hanya menjadikan ikan- ikan lain di dalam tasik sebagai makanan.

Arapaima Gigas boleh membesar sehingga 4.5 meter panjang dan mencapai berat sehingga melebihi 200 kilogram,” katanya.

Beliau berkata, setakat ini kerajaan negeri tidak mengetahui berapa jumlah sebenar ikan itu di dalam Tasik Kenyir.

”Ikan toman juga adalah pemangsa tetapi ia tidak akan membesar seperti Arapaima Gigas,” katanya lagi.

Mengenai prosedur tangkapan Arapaima Gigas, Ahmad memberitahu, Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) melalui penguatkuasa Kenyir Rangers akan memantau usaha menangkap ikan tersebut.

Jelasnya, kaedah menangkap Arapaima Gigas terhad kepada penggunaan joran serta kekili dan setiap peserta mesti mengambil permit serta mematuhi peraturan yang ditetapkan.

”Segala urusan memancing termasuk menyewa bot adalah di bawah tanggungan sendiri dan setiap peserta diwajibkan mendaftar dengan Ketengah bagi tujuan keselamatan,” katanya.

***************************************

Posting berkaitan sebelum ini:

Advertisement

Read Full Post »

DUNGUN: Nelayan di Rantau Abang di sini bersyukur dengan daya usaha proaktif kerajaan negeri yang melaksanakan kerja pembersihan tukun di perairan itu kerana ia sudah pasti memberi manfaat kepada mereka yang mana akan menambah pendapatan mereka pada masa depan.

Di kalangan nelayan, mereka mengakui penggunaan tukun tiruan banyak membantu menambah hasil tangkapan mereka kerana koloni ikan menjadikannya sebagai lubuk. Sejak tukun tiruan diperkenalkan lebih sedekad lalu, nelayan mengakui hasil tangkapan mereka meningkat.

Bagaimanapun, sejak kebelakangan ini keadaan mula berubah apabila hasil tangkapan sudah tidak sebanyak dulu dan perkara ini dikaitkan dengan fenomena persekitaran tukun yang tidak menggalakkan. Antaranya, keadaan tukun yang dikatakan sesak dengan bahan buangan dan terdedah dengan objek yang menakutkan ikan termasuk tinggalan pukat yang tersangkut.

Menyedari keadaan itu, kerajaan negeri dengan kerjasama Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Terengganu (MTPNT) dan Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampung (JKKK) Rantau Abang menganjurkan program membersihkan dan menyelamatkan tiga kawasan tukun di perairan Rantau Abang, baru-baru ini.

Tindakan membersih tukun bertujuan memastikan kawasan itu mampu menarik lebih banyak ikan dan membolehkan nelayan memperoleh hasil tangkapan yang lebih baik.

Seramai 20 penyelam termasuk penduduk Kampung Rantau Abang menyertai program sehari itu dan berjaya memotong pukat nelayan yang tersangkut pada tukun di kawasan berkenaan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Za’abar Mohd Adib, berkata objektif program itu adalah menjalankan kerja pembersihan tukun di perairan Rantau Abang supaya mampu menarik lebih banyak ikan ke kawasan berkenaan.

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU 2 Julai – Baru dua bulan melaporkan diri di Ibu Pejabat Polis (IPD) Kuala Terengganu, dua anggota polis maut selepas motosikal yang mereka naiki terbabit dalam kemalangan dengan treler membawa muatan besi di Jalan Sultan Mohamad, Gong Kapas di sini hari ini.

Konstabel Mohd. Akmal Akram Ismail, 20, dan rakannya, Konstabel Nor Syazana Abdul Razak, 22, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dalam kejadian pukul 2.35 petang itu.

Mohd. Akmal berasal dari Peramu Jaya, Pekan, Pahang manakala Nor Syazana dari Kampung Selarong, Pengkalan Hulu, Perak. Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini untuk bedah siasat.

Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik Negeri, Supritendan Alias Hashim memberitahu, kemalangan berlaku ketika Mohd. Akmal yang menunggang motosikal itu dalam perjalanan menghantar Nor Syazana untuk bertugas di IPD Kuala Terengganu.

Sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, motosikal yang dinaiki mangsa dipercayai bergesel dengan lori treler terbabit, menyebabkan mangsa terjatuh ke jalan sebelum dirempuh tayar treler itu.

“Bagaimanapun, kita belum dapat mengesahkan bagaimana kemalangan itu berlaku. Polis meminta sesiapa yang melihat kejadian itu supaya tampil memberi maklumat bagi membantu siasatan,” ujarnya kepada pemberita di pekarangan Rumah Mayat HSNZ di sini.

Menurutnya, berikutan kemalangan itu, treler terbabit yang sebelum itu cuba melarikan diri berjaya ditahan di Kelulut, Marang tidak lama selepas kejadian untuk siasatan lanjut.

Beliau berkata, Mohd. Akmal baru melaporkan diri di IPD Kuala Terengganu pada 3 Mei lalu selepas setahun menamatkan latihan asas di Pusat Latihan Polis di Kuching, Sarawak.

Nor Syazana pula melapor diri di balai yang sama pada 1 April lalu sejurus selesai tamat latihan di Pusat Latihan Polis di Jempol, Negeri Sembilan.

Dalam pada itu, seorang saksi, Hisyamudin Mohd. Nawi, 35, ketika ditemui memberitahu, dia mengetahui kejadian itu setelah terdengar bunyi perlanggaran sebelum mendapati dua mangsa sudah terbaring di atas jalan raya.

“Saya bergegas ke tempat kejadian dan mendapati dua mangsa meninggal dunia,” ujarnya.

Read Full Post »

Ada dijual di Alam Akademik Sdn. Bhd.

Ulasan penulis (Ustaz Rosli Mokhtar)

Harga: RM 23.00kerajaanislamspepanyol

Tebal: 224 mukasurat

Penerbit: Casa Publication

MUQADDIMAH

Sejarah adalah satu subjek yang amat perlu dipelajari oleh semua orang, tidak kira apa bidang pengkhususan mereka. Ini kerana pengetahuan sejarah banyak memberi panduan dan pengajaran kepada seseorang individu.

Sedar dengan kepentingan ini, saya cuba menyajikan salah satu sejarah peradaban unggul iaitu tamaddun Islam di Spanyol. Tamadun Islam di benua Eropah itu adalah penghubung antara kemajuan umat Islam dan kemajuan Eropah moden.


Sebenarnya keinginan untuk melahirkan buku ini tersemai semenjak saya menuntut di bumi Morocco lagi. Keinginan itu makin memuncak bila saya sempat menghabiskan cuti musim panas di negara Spanyol dan negara-negara Eopah lain. Melihat masjid Cordoba yang sudah di tukar kepada gereja membuatkan saya terpanggil untuk meriwayatkan pengalaman satu bangsa yang pernah menerajui dunia tetapi akhirnya tersungkur rebah. Mula timbul persoalan mengapa terjadinya peristiwa ngeri kejatuhan itu? Apakah ini satu hukum alam yang telah tertulis buat setiap bangsa? Apakah bangsa kita juga akan melalui liku-liku yang sama?


Buku ini diharap dapat menjawab beberapa persoalan yang diajukan walaupun bukan secara langsung. Mudah-mudahan sorotan ringkas tamaddun selama 800 tahun ini bukan sekadar sebuah cerita yang dikenang tetapi satu pengajaran yang berguna buat kita.

Saya mengambil peluang disini untuk menyapaikan setinggi-tinggi penghargaan kepada Akh Kamal dan beberapa individu yang tidak saya kenali kerana menyumbang bagi menerbitkan buku ini.


Saya berdoa semoga buku susulan yang memperincikan peristiwa-peristiwa penting yang tidak sempat di paparkan disini akan menyusul dengan segera.


Akhir sekali saya panjatkan kepada Allah Rabbul Jalil agar usaha yang sedikit ini diterima sebagai amal soleh yang menjadi dahan tempat berpaut pada hari dimana harta dan kuasa sudah tidak berguna.


Amin ya Rabbal alamin.


Read Full Post »

KUALA TERENGGANU: Tiga kursus baru yang ditawarkan Universiti Darul Iman (UDM) iaitu Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan; Dietetik; Sains Produksi dan Kesihatan Haiwan pada sesi pengambilan tahun ini menyaksikan pertambahan dua kali ganda kemasukan pelajar baru yang meningkat kepada 1,500 orang, berbanding tahun sebelumnya.

Naib Canselor UDM, Datuk Prof Dr Alias Daud, berkata pihaknya berbangga dengan sambutan diterima daripada pelajar yang berminat menyambung pengajian di UDM dan yakin ia didorong oleh faktor prestij universiti berkenaan selain statusnya sebagai universiti yang komprehensif.

“Secara dasarnya, kita memang berbangga dengan sambutan diberikan pelajar kepada kita. Minat pelajar untuk menyambung pengajian di UDM semakin meningkat walaupun kita baru berusia tiga tahun selepas mengambil alih daripada Kolej Agama Sultan Mizan Zainal Abidin (Kusza).

“Apa yang kita harapkan, di usia yang masih muda dan dengan kekangan sumber manusia serta prasarana yang terhad, kita dapat memberikan perkhidmatan terbaik kepada semua pelajar dan memastikan mereka mencapai kejayaan cemerlang dalam pengajian,” katanya selepas program ‘Cintai Pantai Kita’ sempena Minggu Mesra Siswa di Pantai Batu Burok, kelmarin.

Prof Dr Alias berkata, pelajar yang terpilih memasuki UDM tahun ini juga adalah daripada kalangan yang terbaik dan yakin dengan graf kelayakan kemasukan pelajar ke UDM mampu membolehkan universiti itu mengekalkan pencapaian cemerlang dalam pencapaian sektor akademiknya.

“Walaupun pemilihan pelajar untuk menyambung pengajian di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dibuat oleh Unit Pengurusan Universiti (UPU), kita dapati pelajar yang terpilih masuk ke UDM semuanya mencatatkan keputusan peperiksaan yang cemerlang.

“Jadi, saya yakin, UDM mampu mengekalkan prestasi cemerlangnya sebagai salah satu universiti berprestij dan dikagumi dalam bidang perubatan, sains, pertanian dan kajian,” katanya.

Read Full Post »