![]() |
SEBAHAGIAN 150 pelajar dari tiga buah sekolah di Dewan Undangan Negeri Bukit Payong tekun mendengar penerangan mengenai strategi karangan menggunakan bahan berita ketika bengkel ADaP di SMK Sultan Mansor, kelmarin.
|
MARANG 25 Jun (Utusan Malaysia)- Sebanyak 150 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di tiga buah sekolah menengah di Dewan Undangan Negeri Bukit Payong diberi pendedahan strategi menulis karangan menggunakan bahan berita melalui Bengkel Akhbar Dalam Pembelajaran (ADaP) anjuran Utusan Malaysia.
Ia juga untuk mendedahkan cara pembelajaran terkini melalui sisipan pendidikan keluaran Utusan Malaysia seperti Tutor, e-lab dan majalah sains dan teknologi, Estidotmy.
Bengkel itu sememangnya dinantikan oleh pelajar-pelajar kerana ia membantu mereka terutama dalam menghadapi peperiksaan SPM yang bakal tiba tidak lama lagi.
Bengkel selama sehari itu dikendalikan oleh Pengurus dan Pengarang Unit Pendidikan Utusan Malaysia, Wahid Hashim di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Mansor di sini semalam.
Seorang pelajar SMK Sultan Mansor, Muhammad Zulfadhli Abd. Ghani, 17, berkata, bengkel itu amat membantu dalam menulis karangan berkualiti dengan menggunakan informasi daripada berita-berita di dalam akhbar.
”Bengkel ini juga memberi saya panduan untuk membina ayat dan menggunakan ungkapan menarik dalam karangan saya,” katanya.
Seorang pelajar SMK Seri Payong, Anis Amira Amiluddin, 17, pula berkata, ia merupakan kali kedua dia mengikuti bengkel ADaP itu.
Katanya, bengkel itu sangat menarik untuk diikuti kerana ia banyak membantunya menulis karangan dengan lebih fokus.
”Teknik-teknik yang dikemukakan sangat jelas terutama penggunaan akhbar sebagai bahan dan maklumat dalam karangan.
”Ia sangat membantu saya kerana berdasarkan soalan ramalan, keratan akhbar sering digunakan dalam soalan-soalan peperiksaan,” katanya.
Pengetua SMK Sultan Mansor, Sayed Masri Sayed Ibrahim berkata, beliau sentiasa menggalakkan pelajarnya terutama mereka yang bakal menghadapi peperiksaan utama untuk membaca akhbar terutama Utusan Malaysia.
”Ini kerana akhbar bukan sahaja memberikan pengetahuan semasa tetapi juga mempunyai bahan yang dapat membantu dalam pelajaran.
”Saya melihat sisipan pendidikan Utusan Malaysia banyak membantu memberi panduan dalam menjawab soalan selain membantu meningkatkan pelajaran dan pengetahuan,” katanya.
saya dari brunei mahu bertanya,bagaimana memohon semua soalan berserta jawapan nya sekali untuk mata pelajaran ugama,science,mathematic bagi pelajat tahun 1 dan 2,dan mata pelajaran mathematic,biology,chemistry,physic bagi pelajar tahun 4 dan 5.Jika bolih saya mahu semua soalan berserta jawapan nya sekali bagi semua pelajaran ini yang sudah dan akan di dikeluarkan melalui utusan malaysia.Bagaimana cara nya yang paling baik untuk saya dapat menerima nya.terima kasih