Puasa dijangka 22 Ogos – Raya 20 September
June 20, 2009 by alamakademik
Umat Islam di negara ini dijangka mula berpuasa pada 22 Ogos ini dan akan menyambut Aidilfitri pada Ahad 20 September.
Berita lanjut di sini: https://alamakademik.wordpress.com/2009/06/05/puasa-dijangka-22-ogos-aidilfitri-20-sept/
*************************************************
[peringatan Nisfu Shaaban pada maghrib Rabu 5hb Ogos – kerana 15 Shaaban jatuh pada pada Khamis 6hb Ogos 2009]
DOA NISFU SHAABAN (klik pada imej di bawah:

SELAMAT MENYAMBUT BULAN SHAABAN
Doa bulan Rejab/Shaaban (Maksudnya:)
“Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Syaaban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepada-Nya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hamba-Mu dan aku dalam genggaman-Mu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepada-Mu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu daripada kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya Allah.”
Like this:
Like Loading...
Related
Posted in Berita | Tagged aidil fitri, bulan rajab, doa, doa nisfu shaaban, doa rejab, nisfu shaaban, puasa, raya, syaaban, tarikh | 1 Comment
dear brother or sister(?),
I suggest that if you write about “date” (calender) you’d better also give the year ( for example, 6hb Ogos – kerana 15 Shaaban pada 7hb Ogos-2009.
Best wishes
budiantoro
Jakarta, Indonesia