Feeds:
Posts
Comments

Archive for June, 2009

Dipetik dari The Star – Khamis 30, 2009

Peringatan untuk umat Islam.

***************************

‘Floating mat’ a sign to people

KUALA TERENGGANU: The Terengganu chief imam has attributed the unusual occurrences at the Crystal Mosque here as a sign of the people distancing themselves from the religion.

Ustaz Azizi Saidi Abdul Aziz described claims that a visitor had seen and photographed prayer mats floating in the mosque as “hardly phenomenal” and people should stop thinking that it was due to genies or ghosts.

Mystifying: This ‘floating mat’ phenomenon occurred at the Crystal Mosque in Kuala Terengganu. The imam says such occurrences have been reported in Saudi Arabia.

“Such mystifying occurrences have been reported in Saudi Arabia,” he said yesterday.

A woman from Negri Sembilan who visited the mosque had photographed the phenomenon with a mobile phone camera early this month, triggering fear among locals.

Azizi Saidi said the phenomenon could be linked to the lackadaisical attitude of Muslims in the state in performing congregational prayers.

“There is nothing to panic. This is a call to Muslims not to overlook their obligation towards performing prayers together.

“There are umpteen mosques in Terengganu but there is a lack of mosque-goers.

“Some of our mosques lack people even during Friday prayers,” he added.

He said the occurrence was not “bizarre” but should be seen as a miracle that could be considered a sign from the Al-Mighty.

****************************

Followup news:

Woman who shot ‘floating mat’ pic soughthttps://alamakademik.wordpress.com/2009/07/02/woman-who-shot-%E2%80%98floating-mat%E2%80%99-pic-sought/

Advertisement

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU (The Star) : A 28-year-old woman who fell in love with a “cyber Casanova” lost RM19,000 after being duped into parting with her savings to help him start a business.

The woman had never met the stranger, purportedly from Ireland, and only corresponded with him via e-mail.

She had believed that the cyber love affair was genuine after he asked for her hand in marriage and pressed her to part with a sum amounting to thousands of ringgit, said to be for capital to set-up a textile business in Malaysia.

State commercial crime chief Supt Azmi Adam said the man had told the woman that he planned to have the business in the country to secure her future after they got married.

“The woman received an e-mail from the man on June 23 asking her to deposit the money into a bank account,” he said yesterday, adding the money was said to be for Customs clearance to enable textile materials to be brought into Malaysia.

Later, the man asked for more money, claiming that he had to pay a penalty of an equivalent of £7,000 (RM40,869) to the Irish authorities due to flaws in export documentation.

“The woman continued to deposit more money into the bank account, believing that the man really loved her and the business deal was genuine,” Supt Azmi said.

However, when the man keep pressing for more money, she realised it was a scam and lodged a police report at Jertih in Besut yesterday.

Supt Azmi said police traced the e-mail address and discovered that it originated from Nigeria. The woman had deposited the money into a local bank account.

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU (The Star): The Terengganu chief imam has attributed the unusual occurrences at the Crystal Mosque here as a sign of the people distancing themselves from the religion.

Ustaz Azizi Saidi Abdul Aziz described claims that a visitor had seen and photographed prayer mats floating in the mosque as “hardly phenomenal” and people should stop thinking that it was due to genies or ghosts.

Mystifying: This ‘floating mat’ phenomenon occurred at the Crystal Mosque in Kuala Terengganu. The imam says such occurrences have been reported in Saudi Arabia.

“Such mystifying occurrences have been reported in Saudi Arabia,” he said yesterday.

A woman from Negri Sembilan who visited the mosque had photographed the phenomenon with a mobile phone camera early this month, triggering fear among locals.

Azizi Saidi said the phenomenon could be linked to the lackadaisical attitude of Muslims in the state in performing congregational prayers.

“There is nothing to panic. This is a call to Muslims not to overlook their obligation towards performing prayers together.

“There are umpteen mosques in Terengganu but there is a lack of mosque-goers.

“Some of our mosques lack people even during Friday prayers,” he added.

He said the occurrence was not “bizarre” but should be seen as a miracle that could be considered a sign from the Al-Mighty.

****************************

Followup news:

Woman who shot ‘floating mat’ pic soughthttps://alamakademik.wordpress.com/2009/07/02/woman-who-shot-%E2%80%98floating-mat%E2%80%99-pic-sought/

Read Full Post »

CHUKAI (Berita Harian): Kerajaan Terengganu akan membuka ladang sawit seluas 20,000 hektar yang akan diagihkan kepada keluarga miskin tegar dan ibu tunggal di negeri ini bagi memberi peluang kepada mereka membina penghidupan baru dan keluar daripada belenggu kemiskinan.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berkata menerusi penyertaan dalam ladang sawit itu, 6,000 keluarga miskin tegar dan ibu tunggal yang sudah dikenal pasti akan dapat menikmati hidup yang lebih baik dengan berbekalkan pendapatan purata sekitar RM750 sebulan.

Katanya, sehingga kini seluas 8,000 hektar ladang sawit sudah diusahakan, termasuk 5,600 hektar di daerah Dungun yang sedang dalam proses penanaman.

“Kerajaan negeri mengenal pasti kawasan seluas 2,400 hektar di daerah Setiu untuk dijadikan ladang sawit rakyat dan tanah berkenaan kini dalam proses ditebus guna,” katanya selepas merasmikan majlis pecah tanah projek Felcra Bhd, Lubuk Dalam 4, Mukim Kijal di sini, kelmarin.

Menerusi projek itu, kerajaan negeri yang bekerjasama dengan Felcra, akan membuka ladang sawit rakyat seluas 648 hektar yang mana sejumlah 300 peserta terdiri daripada golongan miskin tegar dan ibu tunggal dijangka akan mendapat manfaat daripadanya.

“Felcra akan membuka dan mengusahakan ladang kelapa sawit ini termasuk menebus guna tanah, membina tali air dan beberapa kerja berkaitan dengan kos sebanyak RM11.5 juta dan seramai 300 golongan ini akan menjadi peserta.

“Lebih 80 peratus kawasan tanah yang diluluskan ini adalah kawasan berpaya dan Felcra akan menanggung kos ditebus guna termasuk membina tali air dan sistem perparitan. Kika jangka hasil sawitnya dijangka lebih baik berbanding kawasan ladang berbukit,” katanya.

Beliau berkata, pendapatan daripada ladang itu akan diagihkan secara sama rata kepada semua peserta selepas ditolak kos pengurusan.

“Selepas tiga tahun, setiap peserta ladang ini yang yang terdiri daripada golongan miskin tegar dan ibu tunggal dijangka memperoleh pendapatan bulanan sekitar RM750 sebulan bagi menyara keluarga,” katanya.

Read Full Post »

SETIU 29 Jun (Utusan Malaysia)- Kerajaan Terengganu akan menambah peruntukan sebanyak RM60 juta lagi untuk pelaksanaan e-book di sekolah-sekolah di negeri itu tahun depan.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, penambahan tersebut terpaksa dilakukan berikutan langkah kerajaan mengagihkan kepada murid tahun empat dan lima tahun depan.

Katanya, setakat ini, seramai 7,000 daripada 23,191 murid tahun lima telah menerima e-book.

”Bakinya akan dilakukan secara berperingkat sehingga bulan depan,” katanya selepas majlis penyerahan e-book kepada 614 murid dan guru dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jadi di Sekolah Kebangsaan (SK) Apal di sini hari ini.

Daripada jumlah tersebut, seramai 70 murid SK Apal, manakala SK Kerandang (105), SK Jabi (84), SK Renek (59), SK Tempinis (73) dan SK Anak Ikan (39).

Ini diikuti sebanyak SK Tok Dor (12), SK Kampung Baru Tok Dor (21), SK Bukit Tempurung (49) dan SK Bukit Jeruk (36), SK Oh (24), SK Felda Selasih (25) dan SK Kuala Kubang (17).

Mengulas lanjut, Ahmad berkata, kerajaan negeri juga akan memastikan semua murid memilikinya.

Program e-book yang dilancarkan oleh Menteri Besar pada 26 Mei lalu membabitkan murid tahun lima, manakala pengagihan bagi murid tahun empat, tiga, dua dan satu akan dilakukan tahun depan.

Dengan pelancaran e-book itu, ia menjadikan Terengganu kini menyertai Portugal dan Venezuela iaitu negara di dunia yang menyediakan kemudahan itu kepada murid bagi menggantikan sepenuhnya penggunaan buku teks di sekolah.

Pelaksanaan e-book dengan akses internet kepada setiap murid sekolah rendah adalah usaha kerajaan negeri untuk meningkatkan pencapaian pendidikan bagi menyediakan tenaga kerja dalam era k-ekonomi.

Program e-book ini sudah pasti akan menjadi tumpuan bukan sahaja di negeri lain, namun turut menjadi perhatian negara lain.

Sebanyak 25,000 unit e-book yang dilengkapi perisian buku-buku teks sekolah rendah serta perisian tambahan termasuk al-Quran, doa dan amalan solat.

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU 29 Jun (Utusan Malaysia)- Badan Perhubungan UMNO negeri diminta menjelaskan kedudukan UMNO Cawangan Tasik Tok Lebai dalam kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Jabi yang mengadakan mesyuarat cawangan itu sebanyak dua kali.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Ramlan Ali berkata, keadaan itu telah menimbulkan tanda tanya selain rasa tidak puas hati dalam kalangan ahli kerana mesyuarat pertama yang diadakan pada 18 Mei lalu didakwa tidak sah.

Katanya, pada mesyuarat pertama yang dihadiri sendiri oleh beliau itu, selain wakil Pemuda, Wanita dan Puteri Bahagian Setiu, kecuali wakil UMNO bahagian itu.

Menurutnya, mengikut perkara 13.5 Peraturan Persidangan Perhimpunan Agung, persidangan perwakilan bahagian dan mesyuarat cawangan boleh diadakan dan sah jika pemerhati yang dilantik oleh badan perhubungan atau bahagian tidak dapat hadir.

“Mengapa pula mesyuarat pertama didakwa tidak sah tanpa kehadiran wakil UMNO bahagian sedangkan peraturan telah jelas sebagaimana dalam Perlembagaan UMNO,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

DUN Jabi mempunyai 32 cawangan UMNO memulakan mesyuarat pada 18 Mei lalu dan berakhir hari ini berdasarkan jadual mesyuarat yang diedarkan oleh Penyelaras UMNO DUN tersebut.

UMNO Bahagian Setiu menerusi suratnya yang bertarikh 24 April lalu mengeluarkan notis mesyuarat cawangan bagi DUN Jabi bermula pada 23 Mei hingga 31 Mei dengan ahli jawatankuasa UMNO bahagian itu bersama ADUN Jabi sebagai penyelaras mesyuarat.

Katanya, ia seharusnya diatasi oleh Badan Perhubungan UMNO negeri agar ahli tidak merasa keliru dengan pihak tertentu yang cuba mengambil kesempatan.

”Pergolakan sudah sepatutnya berlaku kerana pemilihan telah selesai dan usaha kini patut diberikan untuk memperkemas dan memperkukuhkan parti selain memberikan khidmat terbaik kepada rakyat,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berharap Badan Perhubungan UMNO negeri dapat menyiasat perkara tersebut dan memberikan penjelasan supaya ahli parti tidak terus terkeliru dan melemahkan semangat parti.

Read Full Post »

sebahagian Kerja-kerja menenun songket giat dilakukan di Yayasan Tuanku Nur Zahirah di Kawasan Perindustrian Cendering, Kuala Terengganu. – utusan/Azlan Bahru


KUALA TERENGGANU 28 Jun (Utusan Malaysia)- Yayasan Tuanku Nur Zahirah (YTNZ) akan terus menjalankan pelbagai aktiviti secara berterusan dalam usahanya memastikan industri songket di negeri ini dipertahan sejajar dengan kedudukannya sebagai seni warisan agung sepanjang zaman.

Antara langkah diperkenalkan ialah membantu golongan terbabit khususnya ibu tunggal dalam usaha meningkatkan pendapatan dan kehidupan.

Yayasan juga bersedia menjual produk yang dihasilkan bagi membolehkan ia berada di pasaran.

Pengurus Besar YTNZ, Tengku Ahmad Shabirin Awaludin berkata, pihaknya mengesan 2,000 penenun songket yang bertaburan di sekitar negeri ini setakat ini.

Katanya, buat permulaan 20 penenun ibu tunggal akan dibantu di bawah program khidmat masyarakat di Jalan Pasir Panjang di sini esok.

“Peruntukan RM40,000 disediakan untuk program ini dan ia akan ditambah jika ada peruntukan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Tengku Ahmad Shabirin berkata, selain program pembangunan, pihaknya giat memperkenalkan pelbagai reka bentuk songket sejajar dengan hasrat mengangkat martabat seni warisan agung zaman berzaman.

Katanya, pelbagai jenis rekaan kontemporari yang diperkenalkan sesuai dengan selera terkini selain terus mengekalkan keaslian serta keindahan corak dan tenunannya.

YTNZ yang beralamat di Lot D4-D6, Kompleks Kilang SME Bank Bhd, Kawasan Perindustrian Chendering di sini, mula beroperasi di Terengganu sejak Mei tahun lepas.

Pusat tersebut bukan saja berfungsi sebagai pusat latihan tenunan songket malah turut mengenal pasti bidang baru yang boleh diteroka oleh industri songket.

Tengku Ahmad Shabirin menambah, yayasan tidak semata-mata memfokuskan penghasilan songket untuk kain samping dan busana pengantin sebaliknya ia menghasilkan songket kontemporari untuk keperluan pereka fesyen dan penghasilan selendang bahu.

Katanya, songket yang dihasilkan yayasan itu juga adalah untuk pembuatan hiasan rumah dan kraf tangan.

“Setakat ini, tempahan cenderamata daripada songket yang kita pernah terima adalah daripada syarikat-syarikat korporat, Bank Negara Malaysia (BNM) dan Istana Negara,” katanya.

Setiap corak yang dihasilkan adalah eksklusif yang direka oleh dua pereka tetap, tiga pereka sambilan dan dua pereka dari Sarawak dengan 25 hingga 30 rekaan dihasilkan sebulan.

Apa yang dilakukan oleh YTNZ ialah memberi pendedahan kepada masyarakat tentang nilai artistik songket supaya industri ini dapat diperkembangkan.

YTNZ berupaya menghasilkan 20 hingga 26 helai selendang songket dalam tempoh sebulan setengah bergantung kepada corak dan bahan yang digunakan.

YTNZ juga membekalkan selendang songket sempena promosi kraf tangan Malaysia di gedung ternama Harrods di London dan bagi projek seterusnya yayasan sedang berusaha meneroka pasaran Asia Barat dalam segmen busana muslimah.

Pada masa ini, terdapat 40 pelatih menerima latihan di YTNZ dan mereka didedahkan dengan kemahiran menenun songket dari peringkat pratenunan hingga peringkat akhir menenun.

Antara proses yang diajar ialah menerai, mengarak dan menyampak selama tiga bulan pertama sebelum disambung lagi tiga bulan sehingga pelatih mahir menenun songket.

Apabila sudah mahir, mereka dikekalkan sementara waktu di yayasan itu sebagai tenaga pengajar sebelum diberi pilihan untuk kekal atau menjadi usahawan songket.

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU 28 Jun (Utusan Malaysia)- Benarkah songket warisan agung Terengganu berasal dari Palembang?

Persoalan ini diutarakan kerana berdasarkan konsep dan reka corak songket Terengganu tradisional ia dikatakan mempunyai persamaan dengan songket dari kawasan terbabit.

Kenyataan itu mungkin ada kebenarannya kerana dari segi sejarah, Terengganu dan Kelantan adalah sebahagian jajahan kerajaan Sriwijaya yang bertapak di Palembang.

Bermula pada abad kesembilan kerajaan ini telah merebak ke Langkasuka (kerajaan terawal di Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang).

Berdasarkan kenyataan beberapa pengkaji di Palembang, bentuk-bentuk tenunan yang dihasilkan mempunyai kesan pengaruh dari China iaitu dengan menggunakan bahan asas dari sutera dan labuci (untuk tekat).

Pengarah Muzium Negeri Terengganu, Mohd. Yusof Abdullah berkata, tenunan di negeri ini berasal dari beberapa kawasan termasuk Lampung atau Palembang, Indonesia.

Katanya, ini disebabkan perkembangan tenunan di Malaysia dipercayai berkaitan dengan pendatang yang kebanyakannya terdiri daripada pedagang-pedagang.

Katanya, pendatang dari Jawa, Kepulauan Maluku, Borneo dan Bugis telah mengenalkan beberapa jenis kain tenunan.

“Beberapa corak tenunan yang dihasilkan di Terengganu dan di Kelantan misalnya diberi nama seperti tempat asal pedagang-pedagang tersebut.

“Dengan ini terdapat tenunan corak Samarenda (Borneo Timur), corak Bugis dan corak Palembang,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini.

Hasil tinjauan rambang Utusan Malaysia mendapati songket di Terengganu diusahakan di beberapa kawasan khususnya sekitar Kuala Terengganu.

Kawasan yang terlibat terutamanya di Mukim Losong, iaitu Kampung Losong, Panglima Perang, Kampung Losong Datuk Amar, Kampung Losong Sekolah dan Kampung Losong Masjid.

Terdapat juga di Mukim Cabang Tiga iaitu Kampung Hilir, Kampung Tok Nasek dan Kampung Pasir Panjang.

Perusahaan tenunan juga terdapat di kawasan berhampiran pantai misalnya di Kampung Banggol, Kuala Ibai dan Cendering.

Seterusnya, beberapa perusahaan ini terdapat di beberapa kampung yang berhampiran jalan menuju ke Kota Bharu misalnya Kampung Pulau Rusa dan Kampung Paloh.

Terdapat juga pengusaha tenunan di beberapa daerah di negeri selatan Semenanjung iaitu Johor (Johor Baharu, Muar dan Kulai) dan utara seperti Perlis dan Kedah.

Di samping itu terdapat juga tenunan yang dihasilkan oleh beberapa istana misalnya di Klang (Istana Selangor dan Pekan Istana Pahang).

Mengenai bahan asas dan proses pembuatan songket, Mohd. Yusof berkata, benang ialah bahan asas yang digunakan untuk membuat tenunan iaitu benang kapas, sutera, benang emas dan benang perak.

Katanya, benang emas dan perak ialah bahan asli yang tidak perlu dicelup warna.

“Ia mengandungi warna asal iaitu warna kuning dari benang emas dan warna putih kilat dari benang perak. Benang kapas dan sutera mentah berwarna putih kekuningan.

“Pada awalnya, kain songket hanya ditenun daripada benang sutera halus dan benang emas.

“Apabila ia mula dipakai oleh rakyat biasa, maka ditenun pula songket kapas agar mampu dibeli oleh segenap lapisan masyarakat,” katanya.

Selain warna asli, benang-benang mentah untuk tenunan perlu diwarnakan.

Bagaimanapun terdapat juga benang-benang yang telah dicelup biru, merah dan hitam.

Penenun-penenun lebih menggemari mencelup sendiri dengan warna-warna kesukaan Melayu iaitu merah buah kesumba dan biji celagi (asam jawa).

Warna lain ialah merah tua cerah dari getah pohon mala yang dicampuri dengan kapur dan kunyit; merah telur dari batang sepang campur kapur.

Bahan-bahan tersebut merupakan bahan pencelup yang digunakan sebelum pencelup luar dari China dan Jepun dibawa masuk.

Bahan pencelup yang dibawa dari luar berbentuk serbuk dan hablur, dengan tiga warna asas iaitu kuning, biru dan merah.

Hablur atau serbuk pencelup dihancurkan dengan air panas.

Sukatan serbuk pencelup umum ialah satu cawan (serbuk) dihancurkan dengan satu gantang air. Satu campuran dapat mencelup benang yang boleh menghasilkan 80 helai.

Gumpalan benang dicelup dan direndam selama setengah jam untuk warna-warna sederhana dan satu hari untuk warna-warna tua atau pekat.

Kemudian benang dijemur hingga kering sekurang-kurangnya selama dua hingga tiga jam kalau cuaca panas.

Sukatan hablur atau serbuk pencelup serta lamanya ia direndam dapat menentukan cerah atau gelapnya warna.

Penenun-penenun juga menggunakan garam atau asam jawa atau kepingan asam gelugur sebagai asid untuk mengelakkan benang dari luntur.

Campuran dari dua warna akan menerbitkan warna-warna tertentu.

Terdapat ciri-ciri penting warna yang menjadi kegemaran penenun dan masyarakat Melayu iaitu dengan membuat atau meniru warna-warna alam.

Benang-benang yang dicelup dibahagi kepada dua ‘hue’ atau cahaya iaitu cahaya tua dan cahaya muda.

Mengenai motif songket, Mohd. Yusof berkata, bentuknya dibuat dengan menggunakan benang emas yang diisikan ke dalam cuban.

Katanya, proses pelancaran cuban disebut sebagai menyulam atau menekat benang emas.

Setelah songketan lidi dibuat, benang-benang songketan diikat dan lidi-lidi ini kemudiannya dikeluarkan dari celah-celah benang.

Mengenai motif dan corak songket Terengganu, Mohd. Yusof berkata, ia dihasilkan bergantung kesesuaian dan jenis songket.

Katanya, ia merupakan kombinasi perhiasan di bahagian tengah atau badan songket tradisional dan kebanyakan corak-corak ini dipengaruhi oleh suasana atau keadaan sekeliling di mana penenun-penenun bekerja.

Kesemua bentuk motif dilahirkan dalam bentuk geometri disebabkan oleh cara menenun itu sendiri.

Tumbuhan dan binatang merupakan unsur alam yang penting.

Benda-benda yang digunakan seharian juga dijadikan ilham tukang-tukang Melayu yang dikenali sebagai alam benda.

Di samping itu digunakan juga bentuk dari motif geometri asli.

Motif tumbuhan yang dimaksudkan sebagai motif penting songket meliputi bentuk-bentuk bunga, daun atau pucuk dan bahagian buah yang disebut sebagai tampuk.

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU (Berita Harian): Menyedari potensi Terengganu untuk menjadi pengeluar madu lebah utama dalam negara, kerajaan negeri merancang membina Santuari Lebah tidak lama lagi bagi meningkatkan jumlah keluaran pada masa depan untuk memenuhi pasaran dalam dan luar negara.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani, Rozi Mamat, berkata dengan purata jumlah pengeluaran madu lebah lebih tujuh tan setahun daripada pengusaha di negeri ini, kerajaan negeri mahu mengkomersialkan secara lebih meluas manisan itu yang mendapat permintaan tinggi di pasaran.

Tanpa mahu mengulas lanjut, beliau berkata, ketika ini, kerajaan negeri sudah di peringkat akhir cadangan pembinaan Santuari Lebah di kawasan hutan gelang (hutan paya bakau) yang sudah dikenal pasti dan pelancarannya akan diadakan tidak lama lagi.

“Terengganu berpotensi besar sebagai negeri pengeluar madu lebah, malah permintaan pasaran madu lebah juga tinggi kerana khasiatnya yang pelbagai sebagai manisan dan boleh dijadikan ubatan.

“Kita tahu bahawa lebah ini suka hutan gelang dan mudah membiak di sini. Jadi, kita akan buka Santuari Lebah di kawasan hutan gelang dan membiakkannya secara lebih serius.

“Kita akan biarkan lebah di hutan ini hidup liar dan mewartakan kawasan hutan ini supaya tidak diceroboh oleh mana-mana pihak,” katanya selepas merasmikan Ekspo Industri Asas Tani (IAT) Terengganu 2009 di Dataran Shahbandar, di sini, semalam.

Hadir sama Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) negeri, Hasan Jusoh dan Pengarah IAT Ibu Pejabat Fama, Alwi Anang.

Seramai 125 usahawan IAT yang mengeluarkan sebanyak 10 jenis produk antaranya kerepek, produk sejuk beku, herba, nurseri, makanan tradisional, sos, bakeri, minuman dan jeruk menyertai ekspo berlangsung sejak Jumaat lalu.

Read Full Post »

MARANG 28 Jun (Utusan Malaysia)- Kolej Pusat Pembangunan Kemahiran Negeri (Tesdec) di sini kini melancarkan pelan pembangunan 10 tahun dalam usaha mencapai taraf sebagai sebuah kolej universiti.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abd. Rahman berkata, ketika ini, pembangunan kolej itu di tahap fasa kedua yang menyaksikan pembinaan bangunan baru untuk penambahan bilik pembelajaran.

Menurut beliau, fasa ketiga dijangka dimulakan pada akhir tahun ini selepas kolej itu menerima peruntukan berjumlah RM15 juta daripada kerajaan negeri.

Katanya, pembangunan fasa ketiga melibatkan pembinaan bengkel-bengkel dan asrama.

“Pelan pembangunan kolej ini adalah mengikut konsep taman industri yang mana pelbagai kursus berbentuk kemahiran dan skil akan diperkenalkan.

“Ini usaha mengantarabangsakan kolej ini selain mengikis persepsi masyarakat bahawa Kolej Tesdec adalah pilihan terakhir untuk melanjutkan pelajaran selepas gagal mendapat tempat di institusi pengajian tinggi lain,” katanya ketika ditemui selepas melawat Kolej Tesdec.

Beliau berkata, buat permulaan, Kolej Tesdec akan memperkenalkan program diploma pertama iaitu Diploma Teknologi Kejuruteraan (Penyelenggaraan Automotif) yang ditawarkan dengan kerjasama Universiti Kuala Lumpur (UniKL).

“Pengambilan sesi pertama iaitu seramai 50 pelajar akan bermula pada 12 Julai ini.

“Pengambilan pelajar untuk kursus yang memakan masa selama tiga tahun itu dilakukan sebanyak dua kali setahun,” ujarnya.

Beliau menambah, Kolej Tesdec juga menawarkan program persijilan dalam bidang kimpalan dan teknologi sambungan bahan serta kejuruteraan lain pada masa akan datang.

“Kita telah memeterai MoU (memorandum persefahaman) dengan The Welding Institute, United Kingdom untuk menawarkan sijil bertaraf antarabangsa itu.

“Kita juga akan memberikan perkhidmatan berasaskan kejuruteraan dalam sektor minyak dan gas melalui MoU itu,” jelasnya,

Read Full Post »

Older Posts »