Feeds:
Posts
Comments

Archive for May 29th, 2009

KUALA TERENGGANU (Harian Metro): Seorang wanita tidak sedarkan diri akibat mengalami gegaran otak selain bengkak bibir, lebam mata kanan dan patah gigi selepas menjadi mangsa ragut di Jalan Tengku Omar, Gong Badak, dekat sini, semalam.

Kejadian jam 11.30 pagi itu berlaku ketika Mazlina Nawang, 45, pekerja kedai dobi Sekolah Menengah Teknik Wakaf Tembesu di sini, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Wakaf Tembusu, Batu Rakit sebelum dihampiri peragut bermotosikal yang cuba melarikan beg tangannya.

Setakat ini tiada saksi tampil memberi keterangan.

Walaupun mangsa mengalami kecederaan serius, keadaannya stabil selepas menerima rawatan segera kakitangan Jabatan Kecemasan, Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini.

Namun, wanita itu belum bersedia memberi keterangan.

Beberapa pegawai penyiasat dilihat berada di perkarangan hospital berbual dengan keluarga mangsa bagi mendapatkan gambaran kejadian, namun mereka juga tidak mengetahui bagaimana kejadian itu berlaku.

Perkembangan itu menyebabkan polis hanya berpandukan kepada laporan awal kejadian dan menunggu mangsa pulih sepenuhnya untuk diambil keterangan.

Ketua Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis daerah, Deputi Superintendan Harry Chung Chiu Mok, ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu.

“Memang kita menerima maklumat mengenai kejadian itu dan siasatan mengenainya masih dijalankan,” katanya.

Anak sulung mangsa, Nur Aqidah Nasffatil, 23, berkata dia hanya mengetahui mengenai kejadian itu selepas dihubungi seseorang melalui telefon bimbit ibunya yang memaklumkan ibunya cedera dan dihantar ke HSNZ.

Menurutnya, beg tangan ibunya gagal dilarikan dan sudah diserahkan kepadanya semalam dengan semua dokumen penting seperti kad pengenalan, lesen memandu, telefon bimbit dan wang tunai tidak terusik.

“Saya tidak tahu bagaimana beg itu masih ada pada ibu, mungkin talinya terputus menyebabkan kenderaan itu sukar dikawal lalu dia terjatuh.

“Bagaimanapun, saya berharap orang ramai yang membantu ibu dapat menghubungi polis atau bertemu kami sekeluarga kerana kami juga mahu tahu bagaimana kejadian itu berlaku,” katanya.

Wartawan Harian Metro yang menziarahi ibu enam anak berusia dua hingga 23 tahun itu mendapati wanita itu belum sedar sepenuhnya dan tidak mampu bercakap.

**************************

Dari The Star:

Daughter of snatch-theft victim vows to seek revenge

KUALA TERENGGANU: The daughter of a snatch-theft victim has vowed to seek revenge against the thief who injured her mother, even to the extent of engaging a bomoh.

“I will not leave him alone, he ought to be taught a lesson for this inhumane act,” said Nur Aqidah Nasffati Abdul Jalil, 23, outside Sultanah Nur Zahirah Hospital where her 45-year-old mother was being treated for multiple facial and body injuries.

Housewife Mazlina Nawang, 45, was on her way home in Mengabang Panjang, Batu Rakit from work at a laundry outlet when she fell prey to a snatch thief.

Bloody encounter: Mazlina, who had massive facial injuries, being treated at the emergency room of the Sultanah Nur Zahirah Hospital Thursday.

Mazlina was riding her motorcycle when she stopped at a traffic-light junction near her home at about 11am.

The thief who was also riding a motorcycle, seized the handbag that was slung on her left shoulder.

Mazlina put up a struggle, and the thief then kicked her motorcycle causing her to fall.

Despite bleeding from her cuts and lying on the roadside, Mazlina continued to cling on to her handbag while the thief tried to pull it from her.

The suspect fled empty-handed when a group of people ran towards him.

Passers-by rushed Mazlina to the hospital.

Nur Aqaidah said she received several calls informing her that her mother was injured in the incident at about 12pm.

But there was an anonymous caller who gave me the registration number of the suspect’s motorcycle and I will track him down at all cost, even if I have to go to the extent of seeking the help of a bomoh,” she said.

Nur Aqaidah said she strongly believes the suspect was a local and had trailed her mother for some time.

“My mother works hard to supplement our family’s income and seeing her in this condition breaks my heart,” she said in a furious tone.

Nur Aqaidah later lodged a police report while the hospital employees handed over her mother’s handbag which contained documents and RM500 to her.

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU 28 Mei (Utusan Malaysia)- Terengganu akan mengeluarkan benih salak tempatan secara besar-besar pada hujung tahun ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Rozi Mamat berkata, penyelidikan dan pembangunan buah itu oleh Institut Penyelidikan dan Pertanian Malaysia (MARDI) Jerangau, Hulu Terengganu yang dimulakan sejak 2006 telah mencapai hasil yang diharapkan.

Beliau berkata, pihaknya masih belum menetapkan nama atau tarikh pengeluaran buah salak tersebut.

Menurutnya, MARDI masih dalam proses terakhir untuk melengkapkan beberapa perkara termasuk proses pengeluaran buah berkenaan.

”Mutu dan kualiti buah salak yang dihasilkan oleh penyelidikan tersebut lebih tinggi daripada buah sedia ada di pasaran selain rasanya yang lebih enak,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Bulan Teknologi Pertanian di MARDI Kuala Terengganu di Manir di sini.

Rozi berkata, MARDI dijangka mengeluarkan benih berkenaan pada hujung tahun ini atau awal tahun depan untuk penanaman secara kecil-kecilan atau perladangan.

Katanya, setakat ini, beberapa pihak telah menunjukkan minat untuk membangunkan projek penanaman buah salak tersebut secara perladangan.

”Ini merupakan salah satu usaha dan hasrat kerajaan negeri yang ingin mewujudkan satu produk tempatan untuk pasaran tempatan.

”Kita mempunyai teknologi untuk menghasilkan pelbagai tanaman dan buah-buahan, justeru kita tidak perlu bergantung kepada pihak luar atau asing untuk memenuhi keperluan tempatan,” ujarnya.

Read Full Post »

15 keluarga bantah bina jalan boleh menyebabkan hakisan cerun

KUALA TERENGGANU (Berita Harian): Ketenteraman 15 keluarga yang tinggal di kaki Bukit Besar, di sini tergugat apabila lereng bukit berdekatan kediaman mereka diceroboh dan digondolkan bagi kerja pembinaan jalan persendirian sejak tiga hari lalu.

Pembinaan jalan itu menimbulkan keresahan di kalangan penduduk kerana dikhuatiri boleh menyebabkan hakisan teruk sekali gus mengundang malapetaka seperti kejadian tanah runtuh dan banjir lumpur.

Bimbang dengan kejadian itu, 15 keluarga berkenaan sepakat untuk mengemukakan aduan kepada Jabatan Kerja Raya (JKR), Pejabat Daerah Kuala Terengganu dan Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bagi membantah pembinaan jalan persendirian di kawasan berkenaan kerana boleh menjejaskan keselamatan lebih 80 ahli keluarga mereka.

Tinjauan Berita Harian di kawasan terbabit petang kelmarin, mendapati kebimbangan penduduk berasas kerana jarak antara kawasan yang diteroka dan rumah terdekat hanya sekitar 10 meter dan bukit yang sedang diratakan mempunyai kecerunan tinggi.

Seorang penduduk, Ghazali Abd Rahman, 52, yang mewakili penghuni di situ, berkata mereka berasa kesal dengan tindakan pihak yang mengutamakan kepentingan sendiri tanpa memikirkan keselamatan dan risiko bakal dihadapi penduduk disebabkan aktiviti memotong dan menarah bukit berkenaan.

Dia berkata, perkara itu tidak sepatutnya berlaku kerana ia jelas melanggar peraturan ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar yang tidak membenarkan sebarang pembangunan di kawasan bukit yang mempunyai kecerunan lebih daripada 35 darjah.

“Kami difahamkan, pembinaan jalan itu dibuat atas tanah milik kerajaan yang dipohon oleh seorang individu untuk dijadikan laluan masuk ke tanah miliknya yang terletak di kawasan berhampiran dan diluluskan oleh Ketua Penolong Pentadbir Tanah pada 2007 dengan kelulusan bersyarat.

“Bagaimanapun yang menjadi persoalan kami ialah mengapa ia diluluskan sedangkan sepanjang pengetahuan saya, dasar kerajaan negeri menetapkan bahawa sebarang pembangunan tidak dibenarkan di bukit berkenaan, lebih-lebih lagi membabitkan projek individu dan bukan untuk kepentingan awam.

“Justeru kami sebagai penduduk yang sudah menetap di sini lebih daripada 70 tahun meminta supaya pihak berkenaan membatalkan projek berkenaan kerana membahayakan keselamatan kami,” katanya ketika ditemui di rumahnya.

Ghazali berkata, cuaca yang tidak menentu dan hujan yang semakin kerap sejak akhir-akhir ini menyebabkan penduduk risau keadaan akan menjadi bertambah buruk sekiranya projek itu diteruskan.

“Projek pembinaan menara Telekom di atas bukit empat tahun lalu menyebabkan kejadian banjir lumpur kerana air yang turun dari bukit membawa lumpur, bersama, kesan daripada aktiviti penebangan pokok.

“Pada waktu itu, banyak harta benda kami musnah dan MPKT mengambil masa tiga hari untuk membersihkan kawasan sekitar sini. Jadi kami tidak dapat membayangkan kesan buruk yang kami bakal hadapi jika pembinaan jalan itu diteruskan kerana ia terlalu hampir dengan tempat tinggal kami.

“Saya percaya, sekiranya ia diteruskan, bukan saja 15 keluarga di sini yang akan terjejas, malah melimpah ke jalan raya sehingga ke pasar Bukit Besar yang terletak kira-kira 200 meter dari sini,” katanya.

Read Full Post »

KAMPUNG RAJA (Sinar Harian) – Kedamaian jiwa yang ditemui dalam Islam telah membuka hati satu keluarga Cina di Kampung Renek, dekat Jabi untuk menganut agama ini.

Mohd Rafie Heng Abdullah, 56, bersama isteri, Noor Aini Wong Abdullah, 51, dan lima anak mereka, Nur Patin Nabila Mohd Rafie, 29; Nur Hani Imsyiras, 27; Mohd Aidil Suffian, 23; Mohd Shahmi, 19; dan Nor Azleen, 14, memilih meninggalkan agama asal mereka untuk menyembah Allah SWT.

Kata Mohd Rafie, mereka memeluk Islam pada 2003, setelah dia dan isteri tertarik kepada Islam sejak kanak-kanak lagi kerana sering bergaul dengan orang Melayu.

Bagaimanapun, ketenangan jiwa dalam Islam sendiri telah berjaya membuka pintu hati mereka sekeluarga untuk menukar agama, dan keputusan besar itu dibuat atas kerelaan hati masing-masing.

“Hati kami terbuka untuk menerima agama ini dan saya telah banyak mengetahui asas Islam sebelum ini, termasuk pernah belajar berpuasa walaupun ketika itu belum Islam,” kata Mohd Rafie, seorang kakitangan di Pusat Latihan Pengembangan Pembangunan (PLPP) Tok Dor.

Setelah keputusan memeluk Islam dibuat, Mohd Rafie berbincang dengan anaknya dan paling menggembirakannya, mereka juga setuju memilih Islam dengan rela hati tanpa paksaan daripada Mohd Rafie serta isterinya.

Mereka sekeluarga ditemui ketika Mesyuarat Agung Tahunan ke-11 Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) cawangan Besut di Pejabat Agama Daerah, di sini.

Mohd Rafie juga adalah salah seorang Ahli Jawa-tankuasa (AJK) pertubuhan itu.

Mesyuarat itu dirasmikan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut, Nawi Mohamad yang juga penaung Perkim Besut manakala pengerusinya, Anuar Hassan.

Sementara itu kata Mohd Rafie, sejak bergelar Muslim, hidupnya sekeluarga semakin tenang dan teratur biarpun mengakui banyak kelemahan diri yang perlu diatasi dan ilmu perlu dipelajari.

Tiga anaknya melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi awam (IPTA) dan swasta termasuk anak sulungnya sedang melanjutkan pengajian pada peringkat Doktor Falsafah (Phd).

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU – Pihak pentadbiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Lela Segara, Marang menanggung kerugian sebanyak RM5,000 apabila beberapa peralatan sekolah itu hilang dalam kecurian, kelmarin.

Kejadian disedari pengetua sekolah selepas mendapati keadaan di pejabatnya berselerak ketika kembali bertugas pada jam 7 pagi, kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Fauzi Abduri berkata, pihaknya percaya bangunan sekolah terbabit dipecah masuk melalui bahagian siling.

“Antara yang hilang adalah projektor digital LCD, monitor, papan kekunci jenama Bell, dua telefon bimbit dan wang berjumlah RM161.

“Berdasarkan laporan, pengadu memberitahu bahawa dia telah memastikan kawasan sekolah berkenaan berada dalam keadaan berkunci sebelum pulang pada hari sebelumnya dan kami percaya bangunan sekolah terbabit dipecah masuk,” katanya ketika ditemui di pejabatnya semalam.

Menurut Mohd Fauzi, laporan berkenaan dibuat di Balai Polis Cabang Tiga, Kuala Terengganu pada jam 9.20 pagi hari yang sama dan disiasat di bawah Seksyen 457 Kanun Keseksaan.

Dalam kejadian berasingan, Mohd Fauzi berkata, seorang doktor berumur 51 tahun mengalami kerugian RM10,000 apabila rumahnya dipecah masuk di Jalan Pinggiran Ibai-Tok Adis, beberapa hari lalu.

Menurut Mohd Fauzi, mangsa meninggalkan rumahnya untuk ke Kuala Lumpur pada 19 Mei dan menyedari kejadian tidak diingini selepas pulang ke rumahnya jam 6 petang pada 22 Mei.

“Sebelum itu, mangsa mengesyaki sesuatu yang buruk menimpanya apabila mendapati kad kreditnya digunakan orang lain.

“Benar seperti disangka mangsa apabila kembali ke rumahnya, selain keadaan berselerek, beberapa barang berharga miliknya hilang, antaranya kamera digital, pemain digital cakera padat (DVD), dekoder Astro, unit pemprosesan pusat (CPU), kamus elektrik, telefon bimbit, cincin berlian dan sebagainya,” katanya.

Bagaimanapun, menurut Mohd Fauzi, tiada sebarang tangkapan dibuat terhadap kedua-dua kes berkenaan dan siasatan masih dijalankan pihak polis sehingga kini.

Read Full Post »

Universiti Darul Iman Malaysia students  on Pulau Kapas after the beach clean-up recently.
Universiti Darul Iman Malaysia students on Pulau Kapas after the beach clean-up recently.

KUALA TERENGGANU (NST): For about an hour, they waded through the jungle, crossing streams and minding their footsteps along the slippery path while grasping the branches for support.

The treacherous trail eventually took them to a rocky cove, but they were not there to enjoy the view or for a picnic.

Instead, the 50 Universiti Darul Iman Malaysia students on a Teaching English as a Second Language course, were there for a beach clean-up on Pulau Kapas.

They filled up 60 garbage bags under a gloomy sky.

The clean-up was jointly organised by the university, Malaysia Nature Society Terengganu chapter, the Kapas Island Resort and the Marang Municipal Council.
First-year student Norlili Ab Wahab, 19, said this was her first time participating in an environment-themed activity.

“I was shocked to see the amount of rubbish on the island. So I was glad I was able to help clean it up.

“I think we teenagers should participate more in such programmes… what will we inherit if we don’t take care of the environment?” she said.

Syed Ahmad Afiq Hasif Syed Ab Rahman, 19, said he planned to use the same gotong-royong method to help his future students.

“It’s a great way to teach people to appreciate nature. People look up to teachers and see them as role models. This will make it easier to encourage young minds.

“I hope more environment themes are included in future English camps,” he said.

MNS Terengganu chapter vice-chairman and English teacher Anuar Abdullah McAfee said the beach clean-up was organised to sow social and environment responsibilities in the students.

“This experience is going to have a strong impact on them, even though the clean-up was for only 30 minutes.

“These students are going to be teachers and we hope they will pass on this lesson to their students,” he said.

Read Full Post »