Feeds:
Posts
Comments

Archive for May 22nd, 2009

KUALA TERENGGANU (Sinar harian) – Duta Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia, James R Keith mengiktiraf Taman Tamadun Islam (TTI) sebagai tempat yang menarik dan wajar dikunjungi pelancong dari seluruh negara.

Menurut Keith, keindahan Masjid Kristal dan keunikan ukiran seni bina replika masjid dari serata dunia yang terdapat di taman monumen ini mampu menggamit pelancong.

“Ini adalah lawatan pertama saya ke Terengganu khususnya ke TTI. Saya terpegun menyaksikan pelbagai seni bina bangunan yang terdapat di sini.

“Seni bina Masjid Kristal juga cukup unik dan saya percaya tempat ini akan menjadi salah sebuah kawasan pelancongan utama di negara ini,” katanya sewaktu mengadakan lawatan singkat ke TTI, Pulau Wan Man, di sini.

Dalam kunjungan singkat itu, Keith dibawa melawat sekitar taman, pusat konvensyen dan Masjid Kristal.

Sementara itu, Pengurus Kanan TTI Management Sdn Bhd, Mohd Khomsa Chik, menyifatkan pengiktirafan Keith sebagai satu penghargaan yang sangat bermakna.

“Pengiktirafan ini membakar semangat kami untuk bekerja lebih keras bagi menaikkan nama TTI pada arena antarabangsa.

“Kunjungan Keith ke TTI juga membuka peluang kepada kami menjalinkan kerjasama dengan AS pada masa akan datang,’ katanya.

Katanya, sebelum ini TTI juga pernah menerima kunjungan daripada duta Jepun, Jerman, Australia dan Arab Saudi sejak ia dibuka kepada umum tahun lalu.

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU (NST) : As it is among the last strongholds for the conservation of river and painted terrapins, Sungai Setiu needs a lot more awareness to beef up its “fort”.

Since the river terrapin programme began in 2004, where eggs collected by the community were sold to Universiti Malaysia Terengganu Turtle Research and Rehabilitation group for research and to save it from ending up on menus, there is yet a “want” from the people there to save the reptile.

Group leader Prof Chan Eng Heng said despite a certain number of terrapin eggs being sold to them, she believed the community could do more.

This is especially since Sungai Setiu has been described as “ground zero” for conservation efforts by the Turtle Survival Alliance last month because of the good prospects it held for the recovery of the terrapin population.

Since 2004 till last year, more than 1,300 eggs were purchased by UMT compared with the over 3,000 deposited. This year, 438 eggs were deposited, while only 255 or 58 per cent were purchased.

“We want 100 per cent. I am not sure why the response to our programme has not been very encouraging… it could be because the incentive offered is not appealing to the fishermen.

“I hope one day they will stop consuming or selling eggs because they want to save the terrapins and not just for monetary reasons.

“I do not want to come to a point where we need to pair terrapins, just like scientists are doing with the Yangtze giant soft shell turtle in China to help recover its population as it is down to its last pair,” she told the New Straits Times.

Chan said if the situation did not improve, she might have to resort to the next “hard step” of getting the nesting site gazetted as a sanctuary, which could anger the egg-collecting villagers.

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU 21 Mei (Utusan Malaysia)- Taman Tamadun Islam (TTI) yang menempatkan 21 monumen tamadun Islam dan Masjid Kristal yang dibuka kepada orang ramai sejak 1 Mei tahun lepas berjaya menarik lebih dua juta orang pengunjung sepanjang tahun lalu.

Pengerusi TTI Management Sdn. Bhd., Datuk Zakaria Awang berkata, sambutan orang ramai membolehkan TTI meraih pendapatan sebanyak RM4.9 juta dalam tempoh tersebut.

”Dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, TTI memperoleh RM2.12 juta daripada kunjungan orang ramai,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Zakaria yang juga Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) berkata, dalam tempoh itu juga TTI mencatatkan kedatangan pelancong seramai 182,739 orang yang sebahagian besarnya dari luar Terengganu.

Menurutnya, dijangkakan sehingga akhir tahun ini TTI mampu menarik lebih 1.2 juta pelancong iaitu 50 peratus pelancong domestik, 35 peratus penduduk tempatan dan 15 peratus pelancong asing.

Beliau berkata, sempena sambutan ulang tahun pertama TTI pada Mei ini, pelbagai program dirancang dalam usaha mempromosikan ia kepada masyarakat.

Jelasnya, antara aktiviti yang dirancang ialah pertandingan perahu panjang, sukan rakyat dan karnival ulang tahun TTI yang memberi peluang kepada pengusaha tempatan untuk memasarkan produk mereka.

Selain itu, katanya, sempena cuti sekolah pada Jun ini, TTI turut menyediakan pelbagai program berbentuk ilmiah dan hiburan khas untuk para pengunjung.

Zakaria berkata, antara program yang dirancang ialah Jejak Khalifah, Giant Games dan Kuiz Keluarga TTI.

Beliau berkata, TTI juga akan menyediakan tarikan baru kepada pengunjung iaitu perkhidmatan menunggang unta sebanyak lima ekor.

”TTI juga akan membuka restoran makanan Arab bagi memberi peluang kepada pengunjung dan masyarakat tempatan menikmati makanan dari Asia Barat,” katanya.

Read Full Post »

Salah satu penginapan menarik yang disediakan Ri-Yaz Heritage Resorts & Spa, Pulau Duyong, Kuala Terengganu. – UTUSAN/ AZLAN BAHRUM

KUALA TERENGGANU 21 Mei (Utusan Malaysia) – Sudah hampir setahun, Ri-Yaz Heritage Hotels & Resorts mengambil alih pengurusan satu-satunya resort di Pulau Duyong di sini.

Resort bertaraf lima bintang itu yang dikenali sebagai Ri-Yaz Heritage Resorts & Spa itu merupakan tuan rumah kepada salah satu sukan layar berprestij dunia, Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun.

Pengambilalihan itu juga menyaksikan pihak pengurusan melakukan perubahan dengan melancarkan beberapa program sukan rakyat dalam usaha merakyatkan resort tersebut.

Pengurus Besar resort itu, Malizan Zakaria berkata, ia merupakan sebahagian daripada promosi yang dilakukan bagi menarik orang ramai terutama penduduk tempatan menggunakan kemudahan di resort itu.

”Ini kerana masih ramai yang berpandangan bahawa resort ini eksklusif dan mahal untuk orang biasa.

”Selain itu, mereka terutama penduduk di sini juga mempunyai persepsi bahawa kawasan resort ini tidak boleh dimasuki tanpa kebenaran,” katanya.

Beliau berkata, keadaan itu mungkin berlaku kerana resort itu menjadi tuan rumah kepada Piala Monsun.

”Ia juga berlaku kerana ada yang menganggap resort bertaraf lima bintang ini mahal walhal harga penginapan yang ditawarkan sangat berpatutan,” jelasnya.

Justeru katanya, pihaknya telah mengadakan beberapa aktiviti untuk menarik kedatangan orang ramai ke sini bagi mengubah persepsi tersebut.

”Aktiviti terbaru yang akan diadakan ialah Festival Sukan Rakyat dan Pertandingan Memancing selama tiga hari bermula 4 Jun ini.

”Kami berharap program seumpama ini akan dapat mengubah tanggapan mereka terhadap resort ini,” ujarnya.

Selain itu, tambahnya, pihaknya kini memperkenalkan pakej penginapan terbaru untuk penduduk di Pantai Timur.

”Penduduk Terengganu, Kelantan dan Pahang ditawarkan dengan pakej serendah RM260 untuk penginapan di bilik kategori deluxe,” katanya.

Beliau menambah, sebanyak 52 bilik deluxe yang pada harga biasa berjumlah RM388 ditawarkan dalam pakej penginapan baru itu.

”Kami juga menawarkan penginapan di 26 bilik executive deluxe, executive suite (4), cemara Suite (2) dan suite diraja (13),” ujarnya.

Selain itu katanya, pihaknya menawarkan perkhidmatan dewan pameran secara percuma kepada mana-mana pihak yang berminat bermula bulan depan sehingga Oktober.

”Ini merupakan sebahagian daripada rangka promosi bagi memperkenalkan kemudahan-kemudahan yang ada di resort ini kepada orang ramai,” katanya.

Dalam pada itu jelasnya, pihaknya juga menawarkan pakej minum petang pada harga berpatutan pada setiap Jumaat bermula 2 hingga 5 petang.

”Pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan nyanyian secara live dan aksi badut,” jelasnya.

Read Full Post »

JERTIH (Berita Harian): Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) akan menyiasat dakwaan penduduk Kampung Batu 13, Hulu Besut yang mendakwa melihat pemimpin ajaran sesat, Ayah Pin atau Ariffin Mohamad sudah tinggal semula di kampung itu sejak sebulan lalu.

Pesuruhjaya JHEAT, Datuk Sheikh Harun Sheikh Ismail, berkata pemantauan akan dibuat kerana sebelum ini banyak kenyataan seumpama itu dikeluarkan, tetapi siasatan mendapati pemimpin ajaran sesat terbabit tidak berada di perkampungan berkenaan.

Beliau mengulas laporan akhbar mengenai Ayah Pin, dipercayai sudah kembali semula ke pangkalannya di Kampung Batu 13, selepas menghilangkan diri sejak hampir empat tahun lalu apabila penempatannya dirobohkan pihak berkuasa.

Bagaimanapun, Ayah Pin tidak lagi menganjurkan sebarang kegiatan songsang kerana kesihatannya tidak mengizinkan.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri, Asisten Komisioner Mohd Fauzi Abduri, berkata polis tidak melancarkan gerakan mengesan Ayah Pin kerana setakat ini dia bukan lagi ancaman kepada keselamatan negara.

“Justeru, langkah membendung gejala ajaran sesat termasuk yang dianjurkan Ayah Pin perlu dilaksanakan institusi agama seperti JHEAT,” katanya.

Tinjauan di Kampung Batu 13, mendapati penempatan Ayah Pin adalah kawasan tertutup dan tidak mudah dikunjungi orang luar walaupun markas pengikut ajaran itu sudah dirobohkan pihak berkuasa empat tahun lalu.

Ini kerana kawasan penempatan pemimpin kerajaan langit itu dikelilingi pagar kawat duri dan mempunyai pintu khas yang tidak boleh dimasuki orang awam kecuali penghuni tetap di situ.

Malah, pintu utama markas itu dihalang oleh beberapa batang kayu sebagai usaha penghuni di situ menghalang orang luar daripada memasuki penempatan yang masih mempunyai kira-kira 10 rumah.

Sebuah daripada rumah berkenaan dipercayai didiami Ayah Pin bersama isterinya.

Read Full Post »