Feeds:
Posts
Comments

Archive for May 17th, 2009

buku-masakan-4Lebih 150 judul buku masakan dengan hidangan pelbagai jenis masakan termasuk yang ditulis oleh selebriti yang popular.  Alam Akademik mempunyai koleksi buku-buku masakan yang terbesar di Pantai Timur.

Koleksi buku masakan kami terhidang di tingkat atas untuk anda pilih dan beli. Di antaranya:

buku-masakan1Siri Kompilasi Alaf 21 termasuk:

  • Masakan Kampung
  • Masakan Selangor
  • Masakan Sabah
  • Masakan Sarawak
  • Masakan Nyonya
  • Masakan Barat

buku-masakan-2Siri Aneka:

  • Masakan Ikan
  • Hidangan Kurma
  • Hidangan Sayur
  • Kerabu & Sambal
  • Masakan Kampung
  • Talam & Kuih Lapis
  • Roti
  • Hidangan Sup

Siri Resipi @ Prima

  • Rebus & Kukus
  • Sambal
  • Bubur
  • Pasta
  • Tauhu

masakan siri - resipiprima

Antara yang popular dicari adalah buku-buku yang ditulis oleh chef selebriti yang terkenal seperti Chef Wan dan Catherine Lau. Buku “Air Tangan” tulisan Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah Sultan Iskandar juga antara yang sering di cari.

buku-masakan-celebriti

Dan pelbagai buku masakan lain.

buku-masakan-5

Hubungi kami di 09-623-1110 untuk maklumat lanjut.

30042009(051)

Read Full Post »

dipetik dari laman blog Al Masjid: http://almasjid.wordpress.com/2009/05/01/masjid-raja-bukit-besar-akhirnya-sembah-ke-bumi/

Masjid Raja Bukit Besar di Kuala Terengganu akhirnya ranap menyembah bumi diroboh semenjak sebulan yang lepas. Gambar-gambar berikut menyatakan kesedihan pengirim.masjidbukitbesar-ranapHanya menaranya masih berdiri kerana struktur yang tegap dan kukuh menyukarkan usaha merobohnya. Namun ianya hanya menantikan masanya juga.

Longgokan kayu dari sebahagian binaan asal masjid dibiarkan bermandi hujan dan berjemur panas menantikan masa untuk reput dan mungkin dibuang begitu sahaja. Sebahagian besar tiang-tiang utama masjid berasal dari jenis-jenis kayu yang berkualiti masih dalam keadaan baik.

longgokan-kayu-yang-dibuang2Sebuah masjid yang telah diberi status Masjid Raja, berusia lebih 100 tahun, dengan pelbagai nilai sejarah dan kesenian hanya tinggal kenangan yang memalukan untuk dijawab kepada generasi yang akan datang yang mencari-cari nilai sejarah dan warisan alam negeri Terengganu.

embarrasess-nature-heritage

Sayu dan pilu mengenangkannya. Putus sudah bekalan amal jariah orang-orang terdahulu …

***************************************************

Ulasan dan laporan lain akan disusuli nanti.

Laporan-laporan lama berhubung Masjid Raja Bukit Besar:

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU 16 Mei (Utusan Malaysia) – Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu menahan dua pengusaha bot di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu kerana melakukan aktiviti memburu haiwan terlindung secara haram di daerah itu.

Pengarahnya, Rozidan Md. Yasin berkata, lelaki berusia 44 dan 52 tahun itu ditahan selepas pasukannya menyerbu dua buah rumah di Kuala Berang dan Kampung Jenagor di Hulu Terengganu.

”Dalam serbuan pertama di sebuah premis di Kampung Jenagor, kami menahan seorang lelaki berusia 44 tahun kerana memiliki empat kilogram daging rusa,” katanya ketika ditemui di sini baru-baru ini.

Beliau berkata, dalam serbuan kedua di sebuah premis di Kuala Berang, pihaknya menemui dua ekor landak, dua kepala pelanduk, sepotong daging rusa, sebahagian daging landak dan dua keping kulit pelanduk.

Katanya, pemeriksaan lanjut di premis itu turut menemui sebuah trofi tanduk kijang, dua buah trofi tanduk rusa dan sekeping kulit napuh.

Rozidan memberitahu, kedua-dua lelaki yang terbabit dalam industri pelancongan itu menggunakan pekerjaan mereka untuk memburu secara haram di Hutan Simpan Tembat yang diisytiharkan sebagai Santuari Gajah.

”Daripada siasatan kami, hasil buruan itu adalah untuk kegunaan sendiri dan rakan-rakan,” katanya.

Menurutnya, kes itu disiasat di bawah Seksyen 68 Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972 dan sabit kesalahan boleh didenda RM3,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Read Full Post »

updated report: Pulau Perhentian: Welcome to ‘sex orgy’ islandhttps://alamakademik.wordpress.com/2009/05/19/pulau-perhentian-welcome-to-%E2%80%98sex-orgy%E2%80%99-island/

KUALA TERENGGANU (The Star): A wild party on Pulau Perhentian attended by about 200 teenagers – invited via Facebook – was cut short by council officers who were tipped off that the gathering was getting brazen.

Themed “Come bare under the moonlight”, the booze-and-drug party was held at a secluded beach on the island and had scantily-clad teenagers, some of them foreigners, dancing and drinking the night away.pulau perhentian

Officers from the Besut District Council, who got wind of the party from the locals, went to the scene on speedboats. On seeing them, the teenagers ran helter-skelter.

The officers confiscated crates of alcoholic drinks worth about RM90,000, loudspeakers, audio equipment, psychotropic pills and drug paraphernalia.

A police report was lodged and the authorities believe the organiser had arranged similar parties in Langkawi, Port Dickson and other popular holiday resorts.

Outraged over the incident, state Health, Unity and Consumer Affair Committee chairman Dr Abdul Rahman Mokthar said the state government was forming snoop squads to tip off the authorities of such parties on the island.

“We are getting the villagers and hotel workers to alert us immediately if they come across such immoral parties in the future,” he said.

Dr Abdul Rahman, who is also Kuala Besut assemblyman, said there had been numerous complaints of such parties on the island previously.

“We have yet to catch anyone red-handed but with the cooperation of the islanders, we are sure we can put a stop to them,” he told The Star yesterday.

Dr Abdul Rahman said the state government had directed the authorities to arrest those who gather at public places to indulge in illicit activities.

“There will be no leniency for those caught, regardless of whether they are domestic or foreign tourists.

“There are many entertainment outlets on the island and revellers should not go naked in public places,” he said.

On the statement by Terengganu PAS Youth secretary Wan Mohd Faizul Wan Abas that holiday islands in the state had been used for wild parties, Dr Abdul Rahman said the state government was doing its best to curb the menace.

***************************

Related article:

Malaysia’s Perhentian Islands: Trouble in paradisehttps://alamakademik.wordpress.com/2008/12/27/perhentian-islands-trouble-in-paradise/

Read Full Post »

surau cherong lanjutCHERONG LANJUT (Sinar Harian) – Jemaah surau Cherong Lanjut merayu pihak berkenaan mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah tanah runtuh berhampiran surau, akibat projek pembinaan yang dijalankan di atas bukit di belakang surau berkenaan.

cherong lanjutSalah seorang jemaah, Tengku Kamal Tengku Awang, 45, berkata, masalah bermula pada hujung 2008 lagi di mana sejak projek pembinaan itu dijalankan, tanah runtuh sering berlaku terutama apabila musim hujan dan situasi ini boleh membahayakan jemaah.

“Apa yang paling membimbangkan, ketika musim hujan, tanah selut akan melimpah sehingga memasuki hampir separuh daripada kawasan surau.

“Akibatnya, banyak kemudahan surau rosak dan tidak boleh digunakan lagi, antaranya kolah tempat jemaah mengambil wuduk dan tandas,” katanya.

6 bulan lalu - tapak bedil ditembak telah digondol untuk projek pelancongan

6 bulan lalu - tapak bedil ditembak telah digondol untuk projek pelancongan

Pernah suatu ketika katanya, batu besar daripada bukit berkenaan terjatuh, namun mujur ketika itu tiada apa-apa kejadian buruk berlaku melibatkan jemaah.

“Kami juga bukan hanya berpeluk tubuh melihat keadaan sebegini. Sepanjang masalah ini bermula, jemaah di sini sudah tiga kali mengambil inisiatif sendiri membuang dan membersihkan selut yang memasuki kawasan surau.

6 bulan lalu - masih ada plastik biru. Kini tiada lagi perlindungan dibuat. Pondok putih tempat tembakan bedil sudah tiada dan kawasan yang digondol semakin besar.

6 bulan lalu - masih ada plastik biru. Kini tiada lagi perlindungan dibuat. Pondok putih tempat tembakan bedil sudah tiada dan kawasan yang digondol semakin besar.

Menurutnya, surau itu sentiasa dipenuhi jemaah tidak mengira masa dan jika masalah ini tidak diatasi secepat mungkin, ia boleh mengancam nyawa mereka.“Tapi sampai bila kami harus berhadapan dengan masalah sebegini?,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, ahli jawatankuasa (AJK) surau, Suhaimi Abdul Ghani, 52, berkata, beliau mewakili semua jemaah mengharapkan pihak berkenaan juga mengubah lokasi surau itu memandangkan ia sudah tidak sesuai lagi kerana bimbang, masalah tanah runtuh itu boleh mengancam nyawa penggunanya.

Apakah ini dikatakan "Where Nature Embraces Heritage" ?

Apakah ini dikatakan "Where Nature Embraces Heritage" ?

“Saya berharap pihak berkenaan mencari satu tempat sesuai untuk mengalihkan surau ini kerana di sini sudah tidak selamat lagi untuk jemaah.

“Diharapkan pihak berkenaan tidak memandang remeh masalah ini kerana ia melibatkan nyawa orang awam,” katanya.

******************************

Artikel berkaitan:

Read Full Post »

KELULUT (Sinar Harian) – Hanya tujuh peratus daripada 270 kedai makan dan restoran yang berdaftar di Daerah Marang diklasifikasikan sebagai gred A bagi tahun 2008.

Pegawai Kesihatan Daerah Marang, Dr Faizah Ghazali berkata, keadaan itu dilihat kurang memuaskan dan tindakan segera perlu diambil bagi memastikan tahap kesihatan dan keselamatan pengguna terjamin.

Menurutnya, daripada jumlah itu juga, 14 buah kedai makan diklasifikasikan dengan gred C dan selebihnya adalah gred B.

“Sebanyak sembilan premis juga ditutup, di bawah Akta Kawalan Penyakit Berjangkit kerana berlaku kecemasan seperti keracunan dan sebagainya.

“Melihatkan angka ini, sudah tentu pihak kami tidak berpuas hati dan kini merancang serta melaksanakan pelbagai program dan kursus bagi memastikan 50 peratus daripada premis yang diklasifikasikan gred B ini naik kepada gred A,” katanya kepada Sinar Harian selepas menghadiri Kursus Kebersihan Premis dan Keselamatan Makanan bagi Kedai dan Gerai Makan di Daerah Marang 2009, di Dewan Semarak Aruni Inn, semalam.

Kursus berkenaan dirasmikan Yang Dipertua Majlis Daerah Marang, Elias Nik. Turut hadir adalah Pengarah Kesihatan Terengganu, Dr Nordiyanah Hassan.

Kursus sehari itu membabitkan 108 peserta terdiri daripada pemilik kedai dan gerai makan gred B di Daerah Marang.

Kursus anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Marang dan Majlis Daerah Marang itu bertujuan memberi pendedahan, pengetahuan serta kesedaran mengenai kebersihan premis, penjagaan keselamatan makanan serta amalan yang perlu dipraktikkan pengusaha kedai dan gerai makan mengikut kehendak Kementerian Kesihatan Malaysia.

Menurut Faizah, bagi merealisasikan hasrat mencapai 50 peratus daripada premis gred B kepada gred A itu, pihaknya akan memberi penekanan dan pendedahan kepada pengendali makanan mengenai aspek kebersihan yang perlu diamalkan.

“Mereka juga akan diberi pendedahan dan maklumat mengenai undang-undang serta penguatkuasaan kesihatan yang berkaitan dengan makanan dalam Akta Makanan 1983 dan Peraturan-peraturan Makanan 1985.

“Pihak kami juga akan bekerjasama dengan Majlis Daerah Marang bagi memastikan pengusaha premis makanan mematuhi arahan serta garis panduan yang telah ditetapkan,” katanya.

Read Full Post »