Feeds:
Posts
Comments

Archive for May 6th, 2009

DUNGUN (NST): A 21-year-old motorcyclist died yesterday morning, nearly 24 hours after a hit-and-run accident near Kampung Batu 48 on Monday.

The accident occurred about 10.15am at Km78.5 of the Kuala Terengganu-Kuantan road. Amirul Aizul Azwan Mohd Fauzi died of head injuries at Dungun Hospital at 9.20am yesterday.

Police said the self-employed Amirul was heading home when he was hit by a car.

He was thrown from his bike and landed on a parked car.

No one has reported the accident, said state Public Order and Traffic acting chief Deputy Superintendent Nor Azmi Isa Nor Azmi. He appealed for witnesses to contact the nearest police station.

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU (Berita Harian): Tanggungjawab memelihara alam sekitar dan sumber alam tidak boleh hanya diletakkan di bahu kerajaan semata-mata, sebaliknya memerlukan kerjasama dan sokongan semua pihak termasuk individu, badan bukan kerajaan dan persatuan bagi mengekalkan gaya hidup sihat tanpa sebarang pencemaran.

Pengerusi Jawatankuasa Perdagangan dan Industri Negeri, Toh Chin Yaw, berkata kerajaan negeri sentiasa mengalu-alukan dan menghargai usaha keras pihak yang selama ini memberi penekanan dan tumpuan dalam pemuliharaan alam sekitar demi kepentingan generasi masa depan.

“Dengan kerjasama kumpulan ini khususnya persatuan atau badan yang bergiat aktif dalam aktiviti pemuliharaan alam sekitar, ia boleh membantu kerajaan negeri dalam menangani pencemaran alam, khususnya apabila mereka menyalurkan kepakaran dalam bidang masing-masing bagi memelihara alam sekitar dan sumber semula jadi.

“Ia juga sebagai galakan kepada kerajaan negeri yang sentiasa peka dan melakukan usaha terbaik dalam memastikan alam sekitar kita sentiasa terpelihara daripada sebarang pencemaran yang boleh menjejaskan ekosistem, keindahan dan gaya hidup manusia dalam jangka panjang,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas menyaksikan dua majlis menandatangani perjanjian persefahaman antara Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan Marine Sciences and Ethylene & Polyethlene Malaysia Sdn Bhd (EPEMSB) dan Baung Utara Sdn Bhd (Baung Utara).

Hadir sama Naib Canselor UMT, Prof Dr Aziz Deraman; Ketua Pegawai Eksekutif EPEMSB, Abd Manaf Abd Hamid dan Ketua Pengarah Urusan Baung Utara, Kapten (B) Kamarul Hisham Mohamed Yusof.

UMT dan EPEMSB akan bekerjasama dalam penyelidikan dan pendidikan bagi pemuliharaan dan pemulihan laut serta pesisir pantai Kerteh. Manakala kerjasama dengan dengan Baung Utara membabitkan penggunaan, akses kemudahan serta eksploitasi penyelidikan dan pembangunan dalam bidang maritim serta pertukaran kemahiran dan latihan antara kedua pihak.

Melalui perjanjian itu, pelajar tahun akhir dan penyelidik kanan UMT akan memantau sebarang bentuk buangan industrial dan perumahan di kawasan pantai berkenaan dan mengenal pasti kesannya kepada biodiversiti serta pemuliharaan alam sekitar dan sumber semula jadi dan terbabit dalam kajian pensejarahan.

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU 5 Mei (Utusan Malaysia) – Terengganu akan mewujudkan semula kelas agama petang bermula tahun depan, kata Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

Beliau berkata, langkah tersebut diambil bagi memastikan anak yang masih berada di awal persekolahan memperoleh pendidikan agama secukupnya.

Katanya, kerajaan negeri akan menjadikan kelas agama petang seperti yang dilaksanakan di Johor sebagai model kerana ia dirasakan sesuai.

”Buat permulaan kelas itu diadakan di sekolah satu sesi dan akan diperluaskan apabila mendapat sambutan,” katanya selepas melancarkan Program Pendidikan Terengganu Terbilang (PPTT) di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mokthar Nong; Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman. Program itu dihadiri lebih 3,000 tenaga pendidik dan pelajar.

Dalam majlis itu Menteri Besar menyampaikan penghargaan kepada tiga pelajar cemerlang, Mohd. Danial Zainuddin, Khairuniza Abdullah dan Mohd. Fuad Mamat berikutan kejayaan mereka dalam pelajaran dan kokurikulum.

Mohd. Danial, pelajar Sekolah Menengah Agama Sheikh Abdul Malek walaupun diletakkan dalam kategori anak istimewa tetapi berjaya memperoleh keputusan 6A dalam Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) tahun lalu.

Kharuniza pula pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Sultan Sulaiman memperolehi 14A dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu manakala Mohd. Fuad cemerlang dalam sukan bola sepak.

Terdahulu dalam ucapannya Ahmad berkata, Program Pendidikan Terengganu Terbilang diperkenalkan dalam usaha kerajaan negeri menjadikan Terengganu sebagai sebuah ‘Anjung Ilmu’.

Katanya, mulai tahun ini dan berikutnya program itu akan diuruskan sendiri oleh kerajaan negeri selepas wang ihsan ditiadakan.

”Rakyat negeri ini sudah sedia maklum idealisme dan agenda perjuangan besar kerajaan negeri ialah merakyatkan pembangunan pendidikan di hadapan sebagai instrumen menjana kemajuan, pembangunan, kesejahteraan dan perubahan minda rakyat,” katanya.

Ahmad berkata, dalam usaha meningkatkan kecemerlangan dan memartabatkan pendidikan semua warga pendidik seharusnya memperhebatkan penggunaan minda untuk melahirkan murid yang pintar dan cerdas.

Katanya, ibu bapa pula hendaklah memperhebatkan penggunaan minda untuk mencipta perubahan diri ke arah kecemerlangan pendidikan anak-anak.

Selain itu, katanya, dalam meneruskan agenda kecemerlangan pendidikan, kerajaan negeri sentiasa meneroka idea baru dan mengkaji pelbagai alternatif untuk digerakkan secara menyeluruh di semua peringkat pelaksanaan.

”Antara alternatif dilaksanakan ialah memperkenalkan penggunaan e-book yang dibahagikan secara berperingkat kepada pelajar mulai esok,” katanya.

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU 4 Mei (Utusan Malaysia) – Yayasan Pembangunan Usahawan Terengganu (YPUT) dengan kerjasama Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) berjaya mengeluarkan empat produk penjagaan diri berasaskan minyak serai wangi.

Empat produk tersebut ialah sabun pelembap serai wangi (60 gram), cecair mandian serai wangi (250ml), syambu serai wangi (250 ml) dan losen pelembap serai wangi (100 ml).

Pengurus Besar YPUT, Azmi Razif berkata, produk tersebut adalah lanjutan daripada projek kerajaan negeri untuk meningkatkan pendapatan kepada projek penanaman serai wangi yang dikendalikan LPP.

Katanya, produk tersebut terhasil daripada kerjasama tiga pihak iaitu Chemical Engineering Pilot Plant (CEPP), UTM yang telah berperanan untuk menghasil dan mengkomersialkan produk T ‘Serai.

”Untuk fasa pertama, empat produk telah dihasilkan bagi tujuan mengkomersialkan T ‘Serai,” katanya.

Beliau berkata kepada pemberita selepas majlis menandatangani perjanjian kerjasama berhubung penghasilan produk serai wangi antara YPUT, LPP dengan UTM di sini hari ini.

Azmi berkata, sabun pelembap serai wangi dihasilkan daripada minyak pati yang tulen.

”Ia mengandungi pelembap berasaskan sayur-sayuran dan kesan antiseptik kepada kulit daripada minyak pati serai wangi berkualiti tinggi,” katanya.

Mengenai produk cecair mandian serai wangi pula, beliau berkata, ia sangat menyegarkan dan merawat secara lembut di samping membersihkan kulit semasa mandi.

Read Full Post »

Mahizan Mohamad menunjukkan bakat ayam seramanya yang menjuarai kategori ‘tanpa lawi’ dalam pertandingan Raja Serama Tasik Kenyir 2009, baru-baru ini. – UTUSAN/AZLAN BAHRUM

HULU TERENGGANU 3 Mei (Utusan Malaysia) – Lain orang lain hobi, sesuai dengan cita rasa masing-masing.

Bagi Bahrum Hassan, 38, dia mempunyai hobi tersendiri iaitu membela ayam serama.

Hobi itu berputik setelah beliau menyaksikan keistimewaan ayam tersebut dalam satu pertandingan di Kota Bharu, Kelantan pada 1996.

Bermula daripada saat itu, Bahrum menternak 10 serama yang kini membiak menjadi 60 ekor.

Mengapa ayam serama dan tidak pada haiwan lain?

Bagi Bahrum keistimewaannya ialah kerana ayam serama adalah haiwan yang benar-benar berasal dari Malaysia dan tidak terdapat di negara lain.

Ia diiktiraf dunia luar sebagai milik Malaysia malah pelbagai pihak di Amerika Syarikat juga mengiktiraf ayam serama berasal dari negara ini.

Lantaran itu, setiap hari selepas waktu bekerja beliau menghabiskan masa melayan 60 ekor ayam serama yang diternaknya.

“Walaupun ia dikatakan berasal dari Kelantan namun saya yakin ia mampu menjadi ikon baru Terengganu kerana ramai penduduk negeri ini menternak ayam serama,” katanya ketika ditemui pada pertandingan Raja Serama Tasik Kenyir 2009 di Pengkalan Gawi, Tasek Kenyir di sini baru-baru ini.

Pertandingan sehari itu adalah anjuran Kelab Keluarga Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) dan Persatuan Seni Kecantikan Ayam Serama Negeri Terengganu.

Pada pertandingan tersebut, Bahrum yang kini bekerja sebagai polis bantuan di Petronas menyandang tempat keempat dalam kategori ayam serama tanpa lawi dan tempat ketujuh bagi kategori ayam serama muda.

Menurutnya, walaupun jumlah ayam yang diternak tidak besar, namun beliau bertekad mengubah kaedah penternakan ayam serama yang sebelum ini dilakukan secara tradisional.

Katanya, beliau membuat sendiri reban panjang 18.28 meter di halaman rumah di Paka.

“Penternakan dilakukan secara sistematik manakala ayam diberi campuran dedak mengandungi vitamin.

“Reka bentuk reban sesuai dengan pembesaran haiwan ini dan melindungi dari angin dan hujan melampau yang menyebabkan penyakit.

“Menternak ayam serama tidak cerewet jika aspek kebersihan dan pemakanan diberi perhatian rapi,” katanya.

Bahrum mengakui seekor serama miliknya jika dijual mencecah harga RM8,000.

Pada kebiasaannya, harga ayam serama yang menjuarai pertandingan boleh mencecah hingga RM80,000 seekor dan secara purata harga ayam ini adalah antara RM40,000 hingga RM50,000 seekor.

Sementara itu juara Raja Serama secara keseluruhan disandang oleh Shukri Dungun manakala Mat Dungun tempat kedua dan ketiga Ghazali Bakong dari Kuala Terengganu.

Dalam enam kategori yang dipertandingka; ayam serama tanpa lawi dimenangi oleh Jan dari Terengganu, ayam serama B (Mee dari Dungun), ayam serama remaja (Shukri Dungun) dan Ayam serama muda (Mat/ Dungun).

Sementara, Seri Bakong dari Terengganu memenangi kategori ayam serama A.

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU 4 Mei (Utusan Malaysia) – Kerajaan negeri Terengganu berhasrat untuk menghantar pegawai-pegawai terbaik di kalangan penjawat awam negeri ini bagi menyambung pelajaran dan mengikuti kursus di beberapa institusi tersohor di dalam dan luar negara.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said berkata, selain memberi kebaikan kepada pegawai itu sendiri, ilmu yang diperoleh juga mampu meningkatkan prestasi dan mutu kerja dalam perkhidmatan awam di Terengganu.

”Selain beberapa universiti di dalam negara, kerajaan negeri juga bercadang untuk menghantar pegawai yang terbaik menyambung pelajaran dan berkursus di luar negara seperti di New Zealand, Australia dan Singapura,” katanya dalam ucapan pada majlis Sambutan Hari Pekerja 2009 di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Teks ucapan beliau dibacakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Teknologi dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman. Turut hadir Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mokhtar Nong.

Ahmad berkata, tempoh masa kursus atau menyambung pelajaran penjawat awam itu bergantung kepada keperluan iaitu antara satu dan dua tahun.

Beliau berkata, hala tuju kerajaan negeri pada masa kini ialah untuk merakyatkan pentadbiran dan pembangunan dan sehubungan itu pendekatan ini perlu difahami secara total oleh semua pekerja sektor awam di negeri ini untuk menjayakannya.

Semangat merakyatkan pentadbiran dan pembangunan ini boleh dicapai sekiranya semua pekerja sektor awam sanggup menjadi ejen perubahan, sanggup menerima idea-idea baru dan sanggup memberi komitmen di luar skop tugas-tugas seharian, katanya.

Katanya, sebagai jentera kerajaan dan barisan hadapan dalam kerajaan, pekerja sektor awam perlu berkhidmat dengan berkesan dan tidak mengundang kritikan yang negatif serta cemuhan daripada rakyat kerana ia akan dilihat sebagai satu kelemahan.

”Kelemahan pekerja kerajaan akan diterjemahkan oleh rakyat sebagai kelemahan kerajaan dan kerajaan yang lemah akan dihukum rakyat semasa pilihan raya umum,” tambahnya.

Seramai 18 orang penjawat awam dalam semua sektor dianugerahkan Sijil Pekerja Cemerlang pada majlis tersebut. – BERNAMA