Feeds:
Posts
Comments

Archive for May 4th, 2009

KUALA TERENGGANU 3 Mei (Utusan Malaysia)- Polis Terengganu akan menyiasat laporan yang dibuat tiga pelajar perempuan di Chendering yang mendakwa dipukul oleh guru mereka baru-baru ini dengan seadil-adilnya.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Supritendan K. Manoharan berkata, pihaknya akan menyiasat kes membabitkan pelajar berusia 17 tahun itu mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

“Kita akan memanggil pihak yang terlibat dalam kes ini dalam tempoh terdekat untuk diambil keterangan,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas kes tiga pelajar perempuan sebuah sekolah menengah itu yang mendakwa dipukul di kepala dan leher oleh guru selepas dituduh tidak memberi perhatian dalam kelas.

Salah seorang pelajar berkenaan turut mendakwa pening dan pitam akibat pukulan guru tersebut.

Manoharan berkata, polis dimaklumkan berhubung kejadian itu selepas pengadu membuat laporan di Balai Polis Chendering di sini kira-kira pukul 4 petang kelmarin.

Advertisement

Read Full Post »