Hari ini, Alam Akademik telah berjaya menganjurkan program “A Moment With English” bertemakan “Enjoying English” di Sekolah Kebangsaan Padang Hiliran, Kuala Terengganu dengan kerjasama pihak pengurusan sekolah dan guru panatia Bahasa Inggeris Teacher Siti Roslina.
Program selama dua jam tersebut dipimpin oleh En. A. Karim Omar, perunding di Alam Akademik, dengan penglibatan empat anak-anaknya dalam pelbagai persembahan yang memukau pelajar yang hadir termasuk para guru. “Enjoying English” bertujuan untuk menarik minat kanak-kanak kepada mata pelajaran Bahasa Inggeris serta memupuk keyakinan mengguna Bahasa Inggeris dengan cara yang menyeronokkan.
Pelbagai aktiviti dan persembahan dilakukan antaranya ialah bercerita (story telling) oleh Aeshah Adlina, membaca buku (book reading) oleh Aiman Amani, membaca dari laman blognya sendiri oleh Ahmad Ali (yang dikatakan blogger termuda) nyanyian oleh Anisah Afifah serta nyanyian beramai-ramai lagu “Khalifah Allah”.
Penglibatan dari murid-murid SK Padang Hiliran dalam pelbagai aktiviti turut juga memberangsangkan. Setiap kali diminta untuk ke depan para pelajar berebut menyahut menandakan keyakinan diri yang ada pada para pelajar SK Padang Hiliran.
Alam Akademik turut mengadakan jualan buku dan peralatan-peralatan sekolah di luar dewan dengan memberi pelbagai tawaran promosi.
Pengurusan Alam Akademik merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak SK Padang Hiliran, terutama kepada Guru Besarnya, Tuan Haji Md. Sidek Bin Besar di atas kesudian mereka memberi peluang kepada kami untuk menganjurkan program seumpama.
Mana-mana sekolah yang berminat untuk mengadakan majlis yang serupa diminta menghubungi pengurusan kami untuk perbincangan lanjut.
*******************************
Lain-lain posting berhubung program di atas:
- “A Moment With English – Enjoying English” @ SK Padang Hiliran” post at Aiman Amani’s blog: http://aimanamani.wordpress.com/2009/05/07/enjoying-english/
- “A Moment With English – Enjoying English” at Ahmad Ali’s blog: http://ahmadalikarim.wordpress.com/2009/05/06/a-moment-with-english-enjoying-english/
[…] 6 May, 2009 in Uncategorized dari blog alamakademik -https://alamakademik.wordpress.com/2009/05/03/program-a-moment-with-english-di-sk-padang-hiliran/ […]
Assalamualaikum KA
Foremost, congratulations to the organizer and the organizing committee of the school for the initiative taken towards “Enjoying English Learning” .
Well done The Children Of Alam Akademik (AA) and KA for sharing your skills and inspiring the participants. Hopefully more “caring anak Terengganu” would duplicate this kind of activity to help “our children” back home.
Guene gamok orang PESAT? This is an example of voluntary work (kerja amal) that should be thought seriously…
All the AAs in the KA’s family should lead more of such program to encourage other families to do similar event.
Contoh melalui tauladan!!!!!
AE
[…] “A Moment With English – Enjoying English” post at Alam Akademik blog: https://alamakademik.wordpress.com/2009/05/03/program-a-moment-with-english-di-sk-padang-hiliran/ […]
[…] “A Moment With English – Enjoying English” post at Alam Akademik blog: https://alamakademik.wordpress.com/2009/05/03/program-a-moment-with-english-di-sk-padang-hiliran/ […]
[…] SK Padang Hiliran, Kuala Terengganu Possibly related posts: (automatically generated)New IYP Work Study Permits for Students in CanadaBrazilian students to attend institute at ELIwhat is a CEGEP? […]
A Moment In English ‘ Rejoicing Our Triumph’. Silakan ke laman saya.
[…] Program “A Moment With English” Di SK Padang Hiliran […]