Feeds:
Posts
Comments

Archive for May 3rd, 2009

enjoying-english1Hari ini, Alam Akademik telah berjaya menganjurkan program “A Moment With English” bertemakan “Enjoying English” di Sekolah Kebangsaan Padang Hiliran, Kuala Terengganu dengan kerjasama pihak pengurusan sekolah dan guru panatia Bahasa Inggeris Teacher Siti Roslina.

Program selama dua jam tersebut dipimpin oleh En. A. Karim Omar, perunding di Alam Akademik, dengan penglibatan empat anak-anaknya dalam pelbagai persembahan yang memukau pelajar yang hadir termasuk para guru. “Enjoying English” bertujuan untuk enjoying-english2menarik minat kanak-kanak kepada mata pelajaran Bahasa Inggeris serta memupuk keyakinan mengguna Bahasa Inggeris dengan cara yang menyeronokkan.

Pelbagai aktiviti dan persembahan dilakukan antaranya ialah bercerita (story telling) oleh Aeshah Adlina, membaca buku (book reading) oleh Aiman Amani, membaca dari laman blognya sendiri oleh Ahmad Ali (yang dikatakan blogger termuda) nyanyian oleh Anisah Afifah serta nyanyian beramai-ramai lagu “Khalifah Allah”.enjoying-english3

Penglibatan dari murid-murid SK Padang Hiliran dalam pelbagai aktiviti turut juga memberangsangkan. Setiap kali diminta untuk ke depan para pelajar berebut menyahut menandakan keyakinan diri yang ada pada para pelajar SK Padang Hiliran.

Alam Akademik turut mengadakan jualan buku dan peralatan-peralatan sekolah di luar dewan dengan memberi pelbagai tawaran promosi.enjoying-english4

Pengurusan Alam Akademik merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak SK Padang Hiliran, terutama kepada Guru Besarnya, Tuan Haji Md. Sidek Bin Besar di atas kesudian mereka memberi peluang kepada kami untuk menganjurkan program seumpama.

Mana-mana sekolah yang berminat untuk mengadakan majlis yang serupa diminta menghubungi pengurusan kami untuk perbincangan lanjut.

*******************************

Lain-lain posting berhubung program di atas:

Read Full Post »

salah seorang peniaga di Pasar Besar Kedai Payang, Kuala Terengganu, Che Wan Kalsom Che Wan Taib menunjukkan besi pintu kedai yang dipotong pencuri untuk tujuan memecah masuk kedai itu, semalam.

KUALA TERENGGANU 2 Mei – Dua buah kedai menjual songket dan tudung di Pasar Besar Payang di sini semalam dipecah masuk menyebabkan kerugian kira-kira RM3,000.

Salah seorang pemilik kedai itu, Nurul Nadia Che Taib, (gambar) 26, berkata, dia bersama pekerjanya datang membuka kedai berkenaan kira-kira pukul 8.45 pagi ini selepas menutup kedai pukul 2.30 petang semalam.

”Apabila tiba di depan kedai, saya mendapati pintu besi telah dicungkil.

”Selepas memeriksa kedai, kira-kira 20 pasang kain sutera dan wang tunai berjumlah RM200 yang disimpan di dalam almari hilang,” katanya ketika ditemui di sini.

Nurul Nadia berkata, dia kemudian membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu di sini kira-kira pukul 10 pagi.

”Ini merupakan kali pertama kedai saya dipecah masuk namun sebelum ini kedai-kedai lain telah pun berlaku kejadian yang sama.

”Saya difahamkan dalam bulan ini sahaja kira-kira 10 kedai di sini sudah kena pecah masuk,” katanya.

Seorang lagi peniaga yang hanya mahu dikenali sebagai Pak Mat berusia 40-an memberitahu, dia kerugian kira-kira RM1,000 akibat kejadian itu.

”Mereka mengambil kira-kira 60 kain tudung yang digantung dan diletakkan di sekeliling kedai,” katanya.

Read Full Post »