Feeds:
Posts
Comments

Archive for April 26th, 2009

Terengganu Mentri Besar Datuk Ahmad Said has been in office for just a year but he is now struggling to hold on to his job. Much will depend on how new Terengganu Umno chief Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein assesses the situation.

AROUND this time last year, the burly and loquacious Datuk Ahmad Said was riding high in Terengganu.

He had just been made the Mentri Besar and was basking in the goodwill of the palace even if the then Prime Minister was not so cosy with him.

Now, a year later, his good fortune seems to have worn out and he is unsure of what the future holds for him.

On Friday night, he lost the important post of state Umno chief, which many see as a prelude to a change in the MB’s office. Umno president Datuk Seri Najib Tun Razak appointed Datuk Seri Hi­­shammuddin Tun Hussein as the new state Umno liaison chairman.

It means Hishammuddin will now be the Umno boss in the state while Ahmad will concentrate on his duties as MB. It was quite a blow to Ahmad because he was the only MB who was not made the Umno chief in a Barisan-held state.

It was the latest episode in a series of events that seem to suggest he is in misstep with the palace, which as everyone knows, is a key factor in Terengganu politics.

In fact, locals have been talking about a secret memorandum signed by 16 assemblymen that was then sent to the palace and the Umno president.

There is definitely a revolt in the ranks and following the embarrassing incident where 10 assemblymen stayed away from the Legislative Assembly sitting, Ahmad has been so busy trying to mobilise support that he has hardly been to his office.

Both sides have been trading all kinds of accusations. Ahmad’s supporters have labelled the rebellious assemblymen as sepuluh jahanam (10 miscreants), accusing them of destabilising the government and going against the Sultan because Ahmad, after all, was the palace’s choice.

But, said an assemblyman from the anti-Ahmad side: “Do you really think there would be this open opposition to him if we thought the palace was still supporting him?”

The anti-Ahmad side also denied they had been planning to table a no-confidence motion against the MB at the recent assembly sitting.

“If we did that, we would have been hauled up by the supreme council and sacked,” said one assemblyman.

Ahmad, according to local reporters, is actually very easy to deal with, down to earth and friendly.

But the people surrounding him is another story. They are said to be the “Little Napoleans” who make bad decisions on his behalf and spoil his image.

Stories are beginning to trickle out about the way he conducts state executive meetings, his inability to process feedback and his en­­thusiasm for the zoo in Kemaman where he is Umno division chief.

His critics are aghast that he appointed an ex-ambulance driver as a GLC chairman and how his idea of helping the rakyat was to distribute 10 oil palm saplings to each household.

“Under Idris, we would hear all sorts of projects and things happening in the state. Now we only hear the MB talk about the zoo in Kemaman,” said a Kuala Tereng­ganu resident.

Ahmad’s biggest drawback after a year in office is that he has been unable to fill his predecessor Datuk Seri Idris Jusoh’s shoes.

“Hishammuddin must identify talent that can lead the state in the general election, give them responsibility and test their performance,” said Datuk Wan Albakri Mohamed, a local businessman and Umno member.

Local politicians are already talking about potential candidates after Ahmad.

The forerunner is Datuk Mohd Awang Tera, a second-term state exco member and former Kuantan Port CEO. He was part of the technocratic team that Idris put together after the 2004 elections.

The Cukai assemblyman speaks good English, carries himself professionally and has tried not to get too entangled in the ongoing spat. His main advantage is that he is seen as someone who can get the support of both sides.

Others in the running are Datuk Rosol Wahid (Ajil), Alias Abdullah (Alur Limbat) and Wan Hakim Wan Mokhtar (Air Putih), who also happens to be the son of former MB Tan Sri Wan Mokhtar Wan Ahmad.

A lot will depend on the report card submitted by Hishammuddin when he assumes his duties as state Umno chief.

Ahmad is safe for now but he will feel like he is walking on eggshells.

ANALYSIS By JOCELINE TAN (The Star)

Advertisement

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU (Berita Harian) : Polis menafikan mencari Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohammad Zubir, setiausaha politik bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Idris Jusoh seperti dilaporkan beberapa akhbar kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Terengganu, Asisten Komisioner Mohd Fauzi Abduri, berkata beliau keliru dan terkejut apabila beberapa akhbar melaporkan polis mencari Ahmad Ramzi kerana beliau tidak pernah mengeluarkan kenyataan itu.

Beberapa akhbar (selain keluaran Kumpulan The New Straits Times Press (M) Berhad) kelmarin memetik Mohd Fauzi sebagai berkata, polis mencari Ahmad Ramzi bagi membantu siasatan berhubung kes penghantaran khidmat pesanan ringkas (SMS) ancaman bunuh kepada tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Terengganu awal minggu lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi Kelab Penyokong Barisan Nasional (BN) Terengganu, Datuk Rosol Wahid turut menafikan laporan media yang memetik sumber dan mengaitkan lelaki berusia 31 tahun yang ditahan polis di sebelum ini dengan seorang daripada 10 Adun yang tidak hadir pada hari kedua sidang DUN minggu lalu.

Selasa lalu, polis menahan kerani itu di Bandar Baru Bangi, Selangor dan merampas beberapa peralatan termasuk komputer peribadi dari rumah lelaki itu.

SMS ugutan bunuh diterima Rosol yang juga Adun Ajil serta Zakaria Abdullah (Paka) dan Abdul Halim Jusoh (Permaisuri), dihantar daripada nombor dikatakan milik pegawai kanan di pejabat Menteri Besar.

Rosol berkata, laporan itu menyebabkan wujud keadaan seperti ada konspirasi dalam kemelut politik negeri membabitkan 10 Adun berkenaan dengan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.

Read Full Post »

WAN Baharizal Wan Bakar menunjukkan atap zink rumahnya yang diterbangkan angin kencang di Felda Tenang Besut, Terengganu, semalam.


BESUT 25 April (Utusan Malaysia) – Sebanyak 38 buah rumah kebanyakannya di Felda Tenang, Hulu Besut serta dua kampung lagi dekat sini, rosak dipukul ribut petang semalam.

Dalam kejadian hujan lebat beserta angin kencang kira-kira pukul 5 petang itu, 35 buah rumah rosak di Felda Tenang, dua buah di Kampung Batu 13 dan sebuah lagi di Kampung Bukit Payong.

Kebanyakan rumah rosak di bahagian bumbung kerana diterbangkan angin manakala beberapa buah rumah lagi rosak ditimpa pokok tumbang.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dan kemalangan jiwa dilaporkan.

Seorang mangsa di Kampung Bukit Payong, Isa Mohd. Noor, 50, berkata, ketika kejadian dia, isteri dan lima anaknya tidak berada di rumah dan hanya diberitahu kejadian itu oleh jirannya.

Menurutnya, setelah bergegas pulang, dia mendapati bumbung asbestos, dua bilik dan ruang tamu rumahnya pecah kerana dihempap sebatang pokok kekabu yang terletak berhampiran.

Jelasnya, dia bersama jiran bertungkus-lumus memotong batang pokok kekabu itu bagi mengelakkan dinding rumahnya pecah lagi dan runtuh.

Seorang lagi mangsa, Wan Baharizal Wan Bakar, 35, dari Felda Tenang berkata, sebelum kejadian dia yang baru balik dari kedai gunting rambut sedang bersembahyang Asar.

Menurutnya, namun pada rakaat pertama dia terdengar benda menghempap bumbung rumahnya disusuli air menitis sebelum menyelamatkan diri ke satu sudut di bahagian dapur.

Dari situ katanya, dia melihat atap zink rumahnya diterbangkan angin dan jatuh kira-kira lapan meter dari rumahnya.

“Saya bersyukur kerana selamat… Isteri dan dua anak saya tiada di rumah ketika kejadian,” ujarnya.

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Besut, Nawi Mohamad ketika menziarahi mangsa malam tadi dan pagi ini berkata, semua yang terlibat akan dibantu menerusi agensi yang sesuai.

Read Full Post »

Generasi muda tak minat warisi kerja dianggap tak glamour

KUALA TERENGGANU (Berita Harian): Perkhidmatan bot penambang dari Seberang Takir ke jeti Pasar Kedai Payang, menjadi nadi perhubungan utama penduduk sekitar untuk berulang alik ke Bandaraya Kuala Terengganu sejak sekian lama.

Bagaimanapun, perkhidmatan yang berkembang menjadi satu tarikan pelancongan, mungkin berkubur jika tidak ada usaha menarik generasi muda untuk mengambil alih tugas sebagai pemandu bot.

Ini kerana kebanyakan pemandu bot penambang sekarang rata-ratanya berusia antara 40 hingga 60 tahun. Mereka mungkin tidak mempunyai kudrat untuk meneruskan kerjaya dalam masa 20 tahun lagi kerana faktor usia. Berikutan golongan muda kurang minat menjadi pemandu bot dibimbangi perkhidmatan itu pada masa depan akan hanya tinggal kenangan saja.

Pada masa kini hanya terdapat 25 buah bot penambang beroperasi di Sungai Terengganu setiap hari membawa penumpang untuk ke bandar ini, walaupun perkhidmatan itu masih mendapat sambutan menggalakkan penduduk dan pelancong yang mahu merasai sendiri kehidupan penduduk bandar raya warisan pesisir air itu.

Pengerusi Persatuan Bot Penambang Seberang Takir, Ali Muhammad, 59, dari Kampung Baru, Seberang Takir mengakui memang sukar untuk mencari pengganti dikalangan golongan muda menjadi pemandu bot penambang dewasa ini kerana tarikan pekerjaan lain yang dilihat lebih ‘glamour’.

“Jika 30 tahun lalu terdapat lebih 100 buah bot penambang beroperasi di Seberang Takir tetapi kini jumlahnya tinggal 25 buah saja kerana ramai pemilik bot terpaksa menjualnya disebabkan tidak ada pemandu baru untuk mengambil alih tugas itu,” katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Berikutan kurang minat pemandu generasi muda, Ali berkata, pemilik bot akhirnya menjual bot mereka kepada pengusaha chalet yang beroperasi di Tasik Kenyir dan Pulau Redang.

Beliau mengakui berlaku kemerosotan bilangan penumpang berbanding sebelum wujud Jambatan Sultan Mahmud merentangi Sungai Terengganu, juga menjadi antara faktor generasi muda beralih mencari pekerjaan lain. Sebelum itu, jumlah penumpang yang menggunakan khidmat bot penambang memang sangat ramai kerana jarak untuk ke Pasar Besar Kedai Payang cuma mengambil masa lima minit saja.

“Tetapi selepas tahun 2000, bilangan penumpang merosot sedikit kerana orang ramai yang memilik kenderaan sendiri menggunakan jambatan itu untuk ke bandar,” katanya.

Walaupun demikian, Ali berkata, purata penumpang menggunakan khidmat bot penambang masih sekitar antara 200 hingga 300 sehari dan jumlah itu bertambah jika cuti sekolah.

Katanya, bayaran untuk satu perjalanan yang dikenakan hanya RM1 setiap seorang penumpang dan seorang pemandu bot boleh meraih pendapatan bersih antara RM30 hingga RM40 sehari.

Ali berkata, dia sudah menjalankan kerja memandu bot penambang sejak 40 tahun lalu ketika berusia 19 tahun dengan membeli sebuah bot bernilai RM500 ketika itu.

“Pada masa itu harga bot memang murah dan jika ada wang sebanyak RM3,000 sudah mampu mengendalikannya tetapi sekarang harganya terlalu mahal kerana harga kulit bot saja mencecah RM50,000 tidak termasuk harga enjinnya,” katanya.

Pemandu bot, Ghazali Abdullah, 48, dari Kampung Seberang Takir turut mengakui memang susah untuk mencari pengganti di kalangan golongan muda kerana mereka tidak berminat dengan kerja sebagai pemandu bot.

Katanya, dia yang sudah menjadi pemandu bot sejak 20 tahun akan meneruskan kerjaya itu selagi ada penumpang menggunakan bot penambang.

Read Full Post »