KUALA TERENGGANU 23 April (Utusan Malaysia)- Kerajaan negeri akan menganjurkan Pertandingan Perhentian Underwater Challenge di Pulau Perhentian, Besut bermula esok.
Pengurus Besar, Majlis Tindakan Pelancongan Negeri, Ahmad Fathil Abd. Ghani berkata, pertandingan selama dua hari itu merupakan salah satu usaha meningkatkan aktiviti pelancongan di negeri ini.
Katanya, pertandingan yang akan diadakan itu merangkumi pertandingan fotografi dasar laut, land fotografi, pencarian harta karun dasar laut dan melukis di dasar laut.
”Pertandingan ini akan dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Negeri, Datuk Za’abar Mohd. Adib esok,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.
Beliau berkata, kira-kira 300 peserta dijangka menyertai pertandingan tersebut.
Leave a Reply