RAMPAS…Mohd Fauzi (kanan) menunjukkan barangan kemas yang dirampas, kelmarin. |
KUALA TERENGGANU (Harian Metro): Sikap tidak sabar seorang penjenayah mendapatkan wang segera dengan cuba menjual pelbagai barangan kemas bernilai RM450,000 selepas merompak dua kedai emas di Paka, Dungun, Isnin lalu membawa padah apabila diberkas polis, kelmarin.
Lelaki berusia 23 tahun dari Kerteh, Kemaman ditahan ketika sedang berurusan secara terbuka dengan seorang peniaga emas berusia lingkungan 40-an di sebuah kedai emas di bandar Cukai, kira-kira jam 3 petang.
Berikutan itu, kedua-dua mereka ditahan sebelum polis merampas 70 barangan kemas termasuk rantai leher, subang, rantai tangan yang dilaporkan disamun dalam rompakan itu selain wang tunai RM1,500 serta tiga telefon bimbit.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Fauzi Abduri, berkata selepas ditahan, polis menjalankan siasatan terhadap lelaki itu dan merampas sepucuk pistol separuh automatik, majalah senjata api, kelongsong peluru, kayu besbol, 99 butir peluru hidup dan tiga topeng muka yang disorok dalam sebuah bangsal di belakang rumahnya di Taman Perumahan Kerteh.
Leave a Reply