Feeds:
Posts
Comments

Archive for April 16th, 2009

ag-poseHasil dari kejayaan menganjurkan majlis pelancaraan buku “Growing Up in Trengganu” karangan Awang Goneng lebih setahun lalu, kini Alam Akademik bercadang untuk mengadakan satu perjumpaan para bloggers Terengganu.

Tarikh untuk perjumpaan tersebut belum ditetapkan namun mempelawa cadangan untuk tarikh yang sesuai untuk diadakan perjumpaan tersebut. Satu cadangan ialah untuk kita adakan sempena cuti Hari Raya nanti. Namun, kami ingin mendapat maklumbalas dari para bloggers untuk mencadangkan tarikh yang paling sesuai.

Untuk tujuan perjumpaan, definisi bloggers Terengganu ialah

  1. bloggers yang tinggal di Terengganu
  2. bloggers kelahiran atau dibesarkan di Terengganu tetapi kini tinggal di luar
  3. bloggers yang menulis hal-hal berkaitan Terengganu

Majlis tersebut akan diadakan di kedai Alam Akademik sendiri yang terletak di tengah-tengah pusat bandar bersebelahan dengan Pasar Besar Kedai Payang.

kerumun-ag

Orang ramai mengerumuni Awang Goneng untuk mendapat tandatangan semasa Monsoon Cuppa 2007

Memandangkan sambutan yang amat memberansangkan serta kehadiran ramai bloggers pada majlis “Monsoon Cuppa” pada 25 Disember 2007 itu telah memberi semangat untuk kami menganjurkan pertemuan para bloggers ini.

Kami menyeru kepada para pembaca terutama bloggers Terengganu untuk memberi pelbagai cadangan yang terfikir untuk kita sama-sama adakan majlis yang mungkin ulung-ulung kalinya diadakan di Terengganu.

Advertisement

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU, 16 April (Bernama) — Majlis Amanah Rakyat (Mara) merancang untuk membangunkan Kompleks Industri Makanan Mara (Kimar) di Dungun, Terengganu tidak lama lagi.

Pengerusinya Datuk Seri Idris Jusoh berkata Kimar akan dibina di sebuah kawasan perindustrian seluas lapan hektar di Batu Tujuh, Dungun melibatkan peruntukan kira-kira RM30 juta.

“Penubuhan Kimar juga berperanan membantu menyediakan khidmat perundingan yang berkaitan dengan industri makanan bagi memberi khidmat nasihat kepada usahawan yang terlibat dalam usaha mengukuhkan lagi pengetahuan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam teks ucapannya pada majlis perasmian Outlet Ziq Bakery and Cake di sini hari ini. Teks ucapannya dibacakan Timbalan Ketua Pengarah Usahawan Mara, Datuk Othman Ahmad.

Sebelum ini, Mara telah membangunkan kompleks yang sama di Mukim Batu, Gombak, antaranya berperanan menyediakan kemudahan ruang kilang dan pejabat yang mempunyai spesifikasi dan kelengkapan yang mencukupi dan disewakan kepada 18 pengusaha bumiputera.

Sementara itu, Othman ketika ditemui pemberita berkata Mara mensasar untuk melahirkan 60,000 usahawan bumiputera dalam Rancangan Malaysia Kesembilan.

“Dalam tempoh dua tahun lepas, kita berjaya melahirkan 3,500 usahawan baru. Matlamat kita dalam Rancangan Malaysia Kesembilan ialah untuk melahirkan 50 jutawan bumiputera,” katanya.

— BERNAMA

Read Full Post »

ag-poseFrom the success of organising the “Monsoon Cuppa”, the launching and meet-the-author session of the book “Growing Up in Terengganu” written by Awang Goneng, Alam Akademik plans to organise a similar event i.e. a gathering of all the Terengganu bloggers.

We have yet to decide on the date and would like to seek suggestions for the most appropriate date.

We would like to define Terengganu bloggers as:

  1. bloggers living in Terengganu
  2. bloggers who were born or brought up in Terengganu but now resides somewhere else
  3. bloggers who write about Terengganu

We also welcome other bloggers and non-bloggers too.

kerumun-agThe gathering will be held at our shop which is next to the busy Pasar Besar Kedai Payang.

We invite suggestions and comments to make this gathering a successful and meaningful event.

Read Full Post »

RAMPAS...Mohd Fauzi (kanan) menunjukkan barangan kemas <br>yang dirampas, kelmarin.
RAMPAS…Mohd Fauzi (kanan) menunjukkan barangan kemas
yang dirampas, kelmarin.

KUALA TERENGGANU (Harian Metro): Sikap tidak sabar seorang penjenayah mendapatkan wang segera dengan cuba menjual pelbagai barangan kemas bernilai RM450,000 selepas merompak dua kedai emas di Paka, Dungun, Isnin lalu membawa padah apabila diberkas polis, kelmarin.

Lelaki berusia 23 tahun dari Kerteh, Kemaman ditahan ketika sedang berurusan secara terbuka dengan seorang peniaga emas berusia lingkungan 40-an di sebuah kedai emas di bandar Cukai, kira-kira jam 3 petang.

Berikutan itu, kedua-dua mereka ditahan sebelum polis merampas 70 barangan kemas termasuk rantai leher, subang, rantai tangan yang dilaporkan disamun dalam rompakan itu selain wang tunai RM1,500 serta tiga telefon bimbit.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner Mohd Fauzi Abduri, berkata selepas ditahan, polis menjalankan siasatan terhadap lelaki itu dan merampas sepucuk pistol separuh automatik, majalah senjata api, kelongsong peluru, kayu besbol, 99 butir peluru hidup dan tiga topeng muka yang disorok dalam sebuah bangsal di belakang rumahnya di Taman Perumahan Kerteh.

Read Full Post »

PUTRAJAYA, Thurs (NST): Terengganu Menteri Besar Datuk Ahmad Said met today Prime Minister Datuk Seri Najib Razak and his deputy Tan Sri Muhyiddin Yassin over the dispute among the state Barisan Nasional back-benchers. He was seen entering the fifth floor of the Prime Minister’s Office about noon, accompanied by a few officers.

Reporters covering a meeting between Najib, who is also BN chairman and Umno president, and Malaysian Golf Association leaders over the national junior development programme, saw Ahmad walking into a guest room.

Minutes later, Muhyiddin, who is Umno deputy president, walked into the same room and was greeted by Ahmad.
The two of them later went to see Najib. Contacted after the meeting, Ahmad refused comment.

In the morning, former Terengganu menteri besar Datuk Seri Idris Jusoh was also seen entering the Prime Minister’s Office about 11am. He left about 30 minutes later.

The separate meetings are believed to have been held by Najib and Muhyiddin to resolve the dispute between Ahmad and other BN backbenchers.
Eight BN assemblymen were absent at Tuesday’s Terengganu assembly sitting allegedly following death threats sent to several members.
They showed up on Wednesday after Najib instructed them to do so.

Ajil assemblyman Datuk Rosol Wahid, along with seven other BN assemblymen, Datuk Din Adam (Bukit Besi), Alias Abdullah (Alur Limbat), Ramlan Ali (Jabi), Mohd Ariffin Abdullah (Paka), Muhammad Ramli Nuh (Tepoh), Mohd Zawawi Ismail (Kuala Berang) and Abdul Halim Jusoh (Permaisuri), failed to attend the sitting on the second day.

Rosol told the New Straits Times that he and the seven BN backbenchers would leave it to the leadership to settle the dispute.
He said he and other assemblymen had lost faith in Ahmad due to “various problems and weaknesses” in his leadership.

“There are just too many problems which reflect his weaknesses in administering the state. There are also endless problems with the operations of government-linked companies. We want him to be replaced. It is up to the leaders to decide but we have made our intention clear,” he said.

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU (Berita Harian): Kompleks Paya Bunga di Jalan Tok Lam di sini dijangka sedia untuk beroperasi penuh menjelang Jun ini selepas semua kerja penggantikan sistem pemadam api mengikut spesifikasi yang ditetapkan pihak berkuasa disempurnakan pemaju.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berkata kompleks itu yang sudah siap sepenuhnya belum mendapat Sijil Layak Menduduki (CFO) kerana sistem pemadam api sebelum ini tidak mengikut syarat Jabatan Bomba dan Penyelamat.

Ahmad berkata, kompleks itu yang dimulakan pembinaannya pada 1996 tertangguh seketika berikutan kegawatan ekonomi Asia pada 1997 dan 1998, dan pembinaan disambung pada tahun 2000 dengan tambahan kos sebanyak RM18 juta.

“Bangunan itu kemudiannya berjaya disiapkan pada 30 Jun 2006 dan mendapat sijil tamat kerja (CPC) pada 30 Ogos 2006. Sijil Menduduki Sementara pula dikeluarkan oleh Majlis Bandaraya Kuala Terengganu pada 20 September 2007.

“Bagaimanapun, Bomba mensyaratkan sistem pemadam api yang baru dan piawai itu perlu dipenuhi pemaju, Abi Construction Sdn Bhd,” katanya menjawab soalan Mohd Abdul Wahid Endut (Pas-Wakaf Mempelam) yang mahu tahu status pembinaan bangunan berkenaan yang sudah terbengkalai sejak beberapa tahun lalu dan merugikan kerajaan negeri.

Read Full Post »

Penstrukturan semula pastikan syarikat fokus terhadap skop niaga

KUALA TERENGGANU (Berita Harian): Pemindahan beberapa pejabat syarikat berkaitan kerajaan (GLC) milik kerajaan negeri dan penstrukturan semula pengurusan syarikat bertujuan menjimatkan kos pengurusan dan memastikan syarikat berkenaan fokus terhadap skop perniagaan mereka.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berkata beberapa syarikat termasuk Epic Bhd yang sebelum ini beribu pejabat di Kuala Terengganu dipindahkan pengurusannya ke Kompleks Bekalan Kemaman (KSB) kerana teras perniagaan syarikat itu banyak membabitkan aktiviti di KSB.

“Epic mempunyai kemudahan yang serba lengkap di Kemaman dan bangunan yang digunakan tidak perlu disewa. Dengan itu kita dapat menjimatkan kos dan bangunan sedia ada dapat disewakan atau dijadikan hotel yang mampu memberikan pendapatan kepada syarikat,” katanya menjawab soalan Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Pas-Batu Buruk).

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Masyarakat dan Wanita negeri, Asha’ari Idris, berkata sepanjang Januari hingga Mac tahun ini kira-kira 400 keluarga miskin tegar berjaya keluar dari kepompong kemiskinan melalui pelbagai program membasmi kemiskinan yang dilaksanakan melalui Yayasan Pembangunan Keluarga (YPK).

Beliau berkata, melalui pelbagai program peningkatan taraf hidup kebanyakan keluarga miskin tegar diberikan pendedahan dalam menjalankan pelbagai aktivti perniagaan termasuk diberi bantuan peralatan mesin untuk mengusahakan perniagaanmereka secara kecil-kecilan.

“Selain itu program Jati Diri yang dilaksanakan YPK sejak beberapa tahun kebelakangan dengan kerjasama beberapa agensi lain juga membuahkan hasil yang memberangsangkan dan berjaya membantu keluarga miskin tegar mengubah kehidupan mereka,” katanya menjawab soalan Ramlan Ali (BN-Jabi).

Selain itu katanya, YPK turut menjalankan pelbagai program dengan memberikan tumpuan terhadap pembangunan dan latihan kepada ibu tunggal bagi membantu mengubah kehidupan mereka melalui bantuan yang disalurkan terus kepada persatuan ibu tunggal yang berkenaan.

Katanya, menerusi inisiatif bantuan berkenaan, persatuan boleh mengadakan pelbagai program dan aktiviti khusus untuk meningkatkan taraf hidup dan melatih ibu tunggal terbabit secara serius dalam perniagaan secara kecil-kecilan atau menerusi latihan dalam pelbagai bidang lain yang khusus bagi membantu menambah pendapatan.

Read Full Post »

Kerajaan cuba selesai secara berperingkat masalah termasuk bilik kuliah

KUALA TERENGGANU (Berita Harian): Kekurangan tenaga pengajar dan bilik kuliah tidak menghalang pengurusan Institut al-Quran (IQ) Terengganu untuk terus melahirkan masyarakat Islam `celik al-Quran’ tanpa mengira usia dan fahaman politik.

IQ Terengganu di Kampung Padang Midin, di sini ditubuhkan hasil idea dan gagasan dicetuskan bekas Menteri Besar, Datuk Seri Idris Jusoh dalam usaha kerajaan memperkasakan pembangunan modal insan untuk memacu proses pembangunan negeri, pada Januari 2007.

Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan negeri, Khazan Che Mat, berkata al-Quran adalah sumber kekuatan umat Islam sejak zaman berzaman kerana kerajaan sedar usaha pembangunan modal insan tanpa digaul resipi al-Quran adalah rapuh, hambar dan tidak berkat.

Katanya, sebagai kerajaan bertanggungjawab dan mementingkan pendidikan Islam, pelbagai usaha akan dilakukan kerajaan untuk menjadikan IQ sebagai lubuk merungkai masalah umat Islam yang buta al-Quran.

“Kita sedar masalah dihadapi pengurusan IQ termasuk kekurangan tenaga pengajar dan kelas kuliah. Masalah itu kita akan cuba selesaikan secara berperingkat, tetapi apa lebih penting dan utama ialah IQ mampu menjadi lubuk emas umat Islam memahirkan diri dalam pembacaan serta membuat tafsiran al-Quran,” katanya.

Khazan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batu Rakit berkata, penubuhan IQ adalah inisiatif lanjutan selepas kerajaan menubuhkan pusat kecemerlangan melalui model Sekolah Menengah Imtiaz di Besut yang menggunakan resipi al-Quran.

“Kita mahu membawa al-Quran ketengah masyarakat dengan penuh daya penarik, mengimbau, memupuk rindu membaca dan memerhati mesejnya, menghidangkan air penawar rahmat, obor cahaya pendorong berfikir, menempa keinsafan, mengagihkan keimanan dan taqwa, selain melahirkan hukama dan Ulul Albab.

“IQ Terengganu mempunyai tugas cukup luas dan berterusan serta penuh dengan cabaran, kerajaan akan lalui semua cabaran untuk menjadikan IQ sebagai pusat penyelidikan dan rujukan terkenal di rantau ini,” katanya.

Khazan berkata, kerajaan negeri melalui Majlis Agama Islam dan Adat Melayu (Maidam) menyediakan peruntukan RM300,000 setahun untuk membayar elaun tenaga pengajar, manakala peserta mengikuti program itu hanya dikenakan bayaran pendaftaran RM120.

Pengarah IQ Terengganu, Abdul Aziz @ Ahmad Mohd, berkata program terbaru dan mendapat sambutan menggalakkan masyarakat Islam yang dilaksanakan ialah kuliah Al-Furqan iaitu program celik al-Quran melalui pengajian hujung minggu.

Katanya, kuliah bimbingan itu dikhususkan untuk golongan dewasa, lelaki dan wanita dan program pengajian hujung minggu setiap Jumaat dan Sabtu mendapat sambutan seluruh masyarakat Islam di negeri ini.

Read Full Post »

BUKIT Keledang yang terletak di Kuala Terengganu menyimpan seribu cerita dan misteri sejarah kesultanan Terengganu.


KUALA TERENGGANU 15 April (Utusan Malaysia) – Jika diteliti lembaran sejarah tanah air, nama Bukit Keledang dan Bukit Puteri di sini sememangnya menyimpan seribu cerita dan misteri sejarah kesultanan Terengganu sejak hampir 300 tahun lalu.

Namun, entah mengapa kepentingan bukit itu dari segi sejarah seolah-olah dipinggirkan begitu sahaja.

Menyedari hakikat itu, beberapa pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) di negeri ini menyarankan pihak berkuasa berusaha mendapatkan pengiktirafan terhadap dua bukit tersebut sebagai salah satu tapak warisan dunia.

Mereka yakin sekiranya dua bukit tersebut dijadikan salah satu tapak warisan dunia, ia bukan sahaja mengangkat nama bukit tersebut dalam sejarah dunia sekali gus mampu menjadi aset pelancongan.

Seorang pengkaji sejarah tempatan, Datuk Ir. Tengku Ismail Tengku Jaafar menyarankan pihak berkuasa menjadikan Bukit Keledang dan Bukit Puteri sebagai salah satu tapak warisan bersejarah dunia.

Katanya, ini penting kerana Bukit Keledang misalnya pernah menjadi pangkalan kepada pedagang dari hulu Sungai Terengganu memunggah segala hasil dagangan pada abad ke-18.

”Menurut catatan sejarah, dua bukit tersebut juga pernah menjadi tapak asal istana Sultan Terengganu.

”Saya berharap pihak berkuasa mengkaji secara mendalam cadangan ini kerana ia bukan sahaja mampu mengangkat nama bandar raya bersejarah malah menarik lebih ramai pelancong,” ujarnya.

Bekas Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Masyarakat negeri, Datuk Tok Teng Sai pula berharap dua bukit tersebut diangkat menjadi tapak warisan dunia kerana kedudukannya setanding dengan tapak warisan dunia lain.

Katanya, Terengganu mempunyai banyak tapak warisan tetapi dipinggirkan begitu sahaja.

”Sejarah seharusnya dipelajari, direnungi dan dihayati kerana tanpa sejarah kita tidak mungkin ada arah dan tujuan hidup kerana kita tidak mengetahui di mana kewujudan kita sebenarnya,” katanya.

Menurut catatan sejarah, Bukit Keledang pernah menjadi lokasi awal pusat pemerintahan Sultan Terengganu pertama, Sultan Zainal Abidin I (1708 – 1733M) yang mendirikan istana dan sebuah kota yang dikenali sebagai Kota Lama.

Di sinilah Sultan Zainal Abidin 1 menjalankan urusan pentadbiran negeri sehingga baginda mangkat dan jenazahnya dimakamkan juga di atas bukit ini.

Di atas bukit ini jugalah dimakamkan jenazah Nang Zainab (Cik Puan Besar), isteri Sultan Zainal Abidin II dan pembesar serta kerabat diraja yang lain.

Sementara itu, Bukit Puteri yang terletak berhampiran Istana Maziah dan Pejabat Pos Besar Kuala Terengganu sudah dikenali sebelum pemerintahan Sultan Zainal Abidin I.

Di atas bukit ini terdapat beberapa monumen dan artifak bersejarah antaranya genta, meriam beranak, tiang bendera, rumah api, kubur Syed Yasin dan kubu pertahanan.

Pada zaman dahulu, terdapat banyak meriam di atas bukit itu dan mempunyai pelbagai nama antaranya Seri Jamlor, Seri Bueh, Seri Johor dan Laila Majnun selain Meriam Beranak yang terdiri daripada meriam kecil (anak) dan meriam besar (ibu).

Meriam tersebut telah dibawa oleh tentera Jepun dan dipersembahkan kepada Raja Siam kecuali Meriam Beranak.

Sebuah genta iaitu loceng besar yang dibuat pada zaman pemerintahan Almarhum Sultan Zainal Abidin III pada tahun 1908 turut ditempatkan di sini.

Genta tembaga kuning seberat kira-kira 175 kilogram itu dinamakan ‘Negara’ dibuat semasa pemerintahan Sultan Terengganu kesembilan iaitu Sultan Omar pada 17 Syaaban 1270 Hijrah bersamaan 15 Mei 1853.

Tujuan genta ini untuk memasyhurkan sesuatu ancaman yang melanda negeri seperti orang mengamuk, kebakaran atau musuh melanggar negeri.

Menurut adat negeri, apabila kedengaran bunyi genta yang tiada menentu dan pukulannya kencang maka sekalian penduduk bandar akan menutup pintu rumah dan kedai masing-masing.

Genta digunakan sebagai isyarat menyampaikan berita seperti musuh melanggar negeri, kebakaran, menandakan waktu bersahur dan waktu berbuka serta sultan berangkat ke masjid untuk mengerjakan solat.

Di atas bukit ini juga terdapat kubu yang pernah digunakan semasa berlakunya perang saudara antara Sultan Omar dengan Sultan Mansur Shah II dan Sultan Muhamad I kerana merebut takhta Kerajaan Terengganu.

Kubu yang dibina oleh Sultan Omar ini diperbuat daripada campuran madu, putih telur, batu bata dan kapur tohor sebagai plaster.

Pada bahagian dalam kubu ini terdapat sebuah pentas batu bertingkat (singgahsana) digunakan sebagai tempat sultan dan pembesar mengadakan mesyuarat bagi mengatur strategi perang.

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU 14 April – Dewan Undangan Negeri hari ini diberitahu bahawa larangan terhadap pelajar membawa telefon bimbit ke sekolah telah dikuatkuasakan.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, walaupun kes membawa telefon bimbit sememangnya berlaku tetapi ia di luar kawalan atau tanpa disedari pihak sekolah.

”Kerajaan mengambil berat isu ini kerana ia boleh membawa kepada salah laku disiplin dan moral pelajar.

”Puncanya berlaku akibat kecanggihan teknologi sekarang dan kita akan memastikan kejadian serupa tidak berlaku pada masa depan,” ujarnya.

Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Pas-Batu Burok) pada Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Syed Azman mendesak pihak berkuasa membendung gejala pelajar yang membawa telefon bimbit berkamera ke sekolah kerana ia boleh membawa kepada kejadian buruk termasuk maksiat di kalangan pelajar.

Read Full Post »