Feeds:
Posts
Comments

Archive for April 15th, 2009

KUALA TERENGGANU (Sinar Harian) – Menteri Besar, Datuk Ahmad Said mengumumkan hasil royalti minyak yang perlu dibayar Petronas kepada kerajaan negeri sepanjang tempoh 2000 hingga Mac 2009 berjumlah RM15.847 bilion.

Terbaru, Ahmad berkata, kerajaan negeri menerima sebanyak RM650 juta kelmarin daripada jumlah keseluruhan yang sepatutnya diterima iaitu sebanyak RM1.394 juta sepanjang tempoh September 2008 hingga Mac 2009.

Menurutnya, kerajaan negeri sedang berusaha mendapatkan lebihan wang tersebut melalui perundingan sambil menjelaskan perkembangan terkini melibatkan perjanjian penarikbalikan kes mahkamah masih belum mencapai kata putus.

Bagaimanapun, kerajaan negeri menjangka perkara tersebut akan dapat diselesaikan dalam tempoh sebulan melalui satu perjanjian khusus yang membolehkan rakyat Terengganu menikmati hak royalti sewajarnya.

“Perjanjian penarikbalikan kes mahkamah belum lagi dibuat kerana ada masalah teknikal dan perundangan yang belum dapat dimuktamadkan dan dijangka dapat diselesaikan pada Mei nanti di mana satu perjanjian akan dibuat,” katanya.

Selain itu, dalam soalan lisan semalam, wakil Wakaf Mempelam (Pas), Mohd Abdul Wahid Endut turut mempertikai jumlah yang hanya diperoleh kerajaan Terengganu ketika ini hanya RM6.27 bilion daripada jumlah sebenar yang sepatutnya diperoleh.

Menjawab soalan tersebut, Ahmad berkata, kerajaan negeri sedang melakukan rundingan proses kedua dan akan meneruskan hingga proses ketiga untuk mencapai kata putus berhubung jumlah sepatutnya diterima setelah mengambil kira perbelanjaan yang digunakan oleh negeri Terengganu.

Ahmad turut meminta Wahid Endut bersabar apabila Ahli Dewan Undangan Negeri Pas itu turut mempersoalkan wang royalti yang belum diperoleh memandangkan kerajaan negeri telah menetapkan belanjawan dengan bajet RM1.799 bilion dalam sidang DUN tahun lepas.

“Minta bersabar. Tambahan-tambahan lain sedang dirundingkan. Tidak perlu khuatir untuk dibelanjakan,” katanya.

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU (Berita Harian): Semua 10 Adun Barisan Nasional (BN) yang memboikot Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) semalam, hari ini hadir memasuki dewan yang memulakan persidangan jam 9.30 pagi ini.

Ia susulan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semalam yang mahu 10 Adun terbabit menghadiri sidang kerana SMS ugutan bunuh yang diterima mereka tidak sahih.

<br>

Read Full Post »

Menteri Besar Datuk Ahmad Said reading an SMS shown by his political secretary Wan Ahmad Nizan Abdul Hamid  at the state legislature yesterday.
Menteri Besar Datuk Ahmad Said reading an SMS shown by his political secretary Wan Ahmad Nizan Abdul Hamid at the state legislature yesterday.

KUALA TERENGGANU (The New Straits Times): For a captain whose boat is being rocked, Menteri Besar Datuk Ahmad Said was his usual composed and smiling self when he faced the press yesterday.

The press met him twice, once at the lunch break and when he was leaving the state assembly sitting, but on both occasions he refused to open up.

In the first encounter, Ahmad said he had no idea why 10 BN assemblymen failed to turn up at the assembly.

Much to reporters’ surprise, he said he did not know that three of them had lodged police reports yesterday after receiving death threats by SMS.

“I just got back from Kemaman. I do not know anything about the SMS and also why they did not attend.”
However, Ahmad said he was not surprised as it was normal for politicians to absent themselves at times.

Asked if he would contact them for an explanation, he replied: “I don’t think so.”

The menteri besar, who is state Umno liaison chief, said he would not persuade them to attend the final day of the sitting today.

On claims by the three assemblymen that one of his senior officials had allegedly sent the SMS, he declined to comment, saying that the matter was a police case.

When stopped by reporters as he was about to leave in the afternoon, he said he had no idea that Deputy Prime Minister Tan Sri Muhyiddin Yassin wanted to meet him to clear the air.

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU (The Star): A political storm is brewing in Terengganu after 10 Barisan Nasional assemblymen stayed away from the second sitting of the State Assembly yesterday.

The official reason given was that they feared for their safety after three of them claimed to have received death threats via SMS.

Unoccupied: Backbencher Nawi Mohamad (BN – Hulu Besut) sitting among the empty chairs as 10 of his colleagues decided to stay away from the State Assembly sitting yesterday. On the right are exco members Rozi Mamat (front) and Dr Abdul Rahman Mokhtar.

However, there were also suggestions that they were staging a boycott in apparent protest against the leadership of Mentri Besar Datuk Ahmad Said.

In the past week, talk had been rife that the Barisan assemblymen would move a motion of no-confidence against Ahmad when the assembly convened on Monday.

Ahmad had earlier warned the assemblymen not to table such a motion against him as this could taint the image of the state Barisan.

He also threatened to sack those who defied his order.

State Backbenchers Club chairman Datuk Rosol Wahid said the 10 assemblymen – all backbenchers – decided to stay away from the assembly because of “safety factors” after alleged death threats were received yesterday morning.

“We are not boycotting the assembly. We decided to gather at a hotel because we are very afraid,” he said at the hotel.

He claimed that all 10 had applied for leave.

The three who claimed to have received death threats, said to have originated from Ahmad’s private secretary Wan Ahamad Wan Muda, were Rosol, Paka assemblyman Zakaria Ariffin and Permaisuri assemblyman Halim Jusoh.

Wan Ahamad later denied sending the SMS and lodged a police report at the state police headquarters.

One of the assemblymen, who declined to be named, however, said that there was a boycott of the assembly.

“The Mentri Besar should resign. We do not intend to table a motion of no-confidence against him at the assembly but he should get the message that he is not favoured by Barisan assemblymen,” he said.

Besides Rosol, Zakaria and Halim, the others who stayed away were Tepoh assemblyman Muhammad Ramli Noh, Mohd Zawawi Ismail (Kuala Berang), Datuk Din Adam (Bukit Besi), Alias Abdullah (Alor Limbat), Ramlan Ali (Jabi) and Mohd Pehimi Yusof (Kota Putera).

Muhammad Ramli later said that all 10 would attend the sitting today.

There are 13 backbenchers and 10 exco members, including Ahmad, in the assembly. The Opposition has eight members, all of them from PAS.

All Opposition members, including PAS president Datuk Seri Abdul Hadi Awang, were present.

Despite the boycott, the assembly, however, continued as usual.

Ahmad, when approached by reporters during a break, said he was shocked that the assemblymen had resorted to such action.

“I will contact them to find out why they did this. As Mentri Besar, it is my duty to find out the rationale of the 10 for doing this,” he said.

When asked about the death threats sent to three representatives via SMS, Ahmad said he had no knowledge of it.

Ahmad’s appointment as Mentri Besar after the 2008 general election was controversial from the beginning as it was not the original choice of the Barisan, which had chosen former mentri besar Datuk Seri Idris Jusoh.

Ahmad was, however, sworn in and then prime minister Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi later said that the Barisan would accept him as Mentri Besar.

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU 14 April (Utusan Malaysia) – Sebanyak 72,086 pelajar di seluruh negeri ini terbabit dalam pelbagai kes disiplin dan salah laku dari 2004 hingga akhir tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains dan Sumber Manusia negeri, Ahmad Razif Abdul Rahman berkata, sebanyak 15,444 kes dilaporkan berlaku sepanjang 2004, 14,829 (2005), 14,318 (2006), 15,102 (2007) dan sebanyak 12,392 kes lagi tahun lalu.

Menurutnya, walaupun bilangan kes tersebut mencecah belasan ribu setiap tahun, namun ia menunjukkan penurunan pada tahun lepas.

”Ini berlaku berikutan beberapa langkah susulan diambil termasuk sesi kaunseling dan bimbingan agama selain tindakan lebih tegas terhadap pelajar yang terbabit,” ujarnya.

Beliau berkata demikian semasa menjawab soalan bertulis Dr. Syed Azman Syed Ahmad Nawawi (Pas-Batu Burok) di Persidangan Dewan Undangan Negeri di sini hari ini.

Menurut Ahmad Razif, untuk membendung gejala itu daripada menular pihak Jabatan Pelajaran Negeri mengenakan tindakan tegas termasuk membuang dan menggantung persekolahan pelajar bermasalah.

Katanya, pihak jabatan akan terus berusaha menangani isu disiplin di kalangan pelajar bagi mengurangkannya ke tahap paling minimum.

Read Full Post »

petikan Berita Harian di bawah tajuk: Aib juvana remaja

Remaja makin bangga, seronok buat jenayah

MEREKA mencuri, merogol, menjual diri, membunuh selain terbabit pergaduhan dan samseng. Ini bukan profil penjenayah yang diburu mahupun sudah bergelar banduan, sebaliknya senario terkini golongan pelajar yang kian membimbangkan.

MEREKA sanggup mencuri, merogol, menjual diri serta membunuh selain terbabit dalam pergaduhan dan samseng. Malah ada yang bertindak di luar batasan adab dan pegangan apabila sanggup menjual diri pada harga serendah RM50 setiap pelanggan untuk mendapatkan wang.

Ini bukanlah profil penjenayah yang diburu mahupun sudah bergelar banduan, sebaliknya senario terkini golongan pelajar yang kian membimbangkan.

Pelajar yang menjadi harapan sebagai generasi pelapis dan sepatutnya bergelut memperlengkapkan diri menjadi insan serba boleh demi masa depan, sebaliknya mencurah tumpuan dan masa muda berharga dengan melakukan pelbagai jenayah seperti mereka yang bertaraf profesional.

Atas alasan mahu mendapatkan populariti, meraih wang mudah serta mendapat perhatian rakan sebaya, pelajar berusia 13 hingga 18 tahun ini sudah tidak lagi malu melakukan jenayah.

Silap jika ada yang beranggapan ini trend semasa bersifat sementara dan hanyalah gelojak jiwa muda remaja yang lebih suka mencuba perkara baru.

Buktinya, statistik serta kajian pihak berkuasa, badan bukan kerajaan (NGO) serta institusi pengajian tinggi tempatan, menunjukkan betapa jenayah pelajar di dalam mahu pun di luar sekolah, bukan lagi sesuatu yang boleh dipandang ringan.

Ia diakui sendiri Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, minggu lalu yang memetik statistik menunjukkan peningkatan kes jenayah bunuh, rogol, samun, merusuh, mencuri dan kesalahan lain membabitkan anak muda itu.

Selain peningkatan kes, jumlah tangkapan pelajar berumur antara 13 hingga 18 tahun juga turut mencatatkan peningkatan berbanding tahun sebelumnya.

Buktinya, bagi sepanjang 2007, sejumlah 1,836 kes jenayah dilaporkan dengan 3,383 pelajar ditahan. Angka itu meningkat sebanyak 382 kes kepada 2,218 kes tahun lalu yang menyaksikan seramai 3,725 pelajar ditahan.

Belum pun reda kejutan akibat kenyataan Musa, Naib Pengerusi Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye pula mendedahkan, dalam tempoh dua bulan pertama tahun ini saja, seramai 295 pelajar berusia antara 13 hingga 18 tahun terbabit pelbagai kes jenayah termasuk membunuh.

Sambil mengakui trend itu amat membimbangkan, Lee berkata kebanyakan pelajar itu terbabit dalam kes curi motosikal selain kes pecah rumah, mencederakan orang lain dan rogol. Lebih menyedihkan, walaupun kelab pencegahan jenayah sudah dilancarkan di 3,764 sekolah sejak 1994, ia ternyata tidak berjaya membendung kadar peningkatan jenayah di kalangan pelajar.

Keadaan juga tiada jauh bezanya di sekolah. Hasil kajian Petunjuk Keselamatan dan Jenayah di Sekolah anjuran Universiti Malaya yang diumumkan tahun lalu, menunjukkan empat masalah utama di sekolah adalah kecurian, buli, pergaduhan dan gangsterisme atau samseng.

Kajian setahun pada 2006 – 2007 dilakukan Pensyarah Fakulti Pendidikan UM Profesor Madya Dr Tie Fatt Hee, membabitkan 740 responden di kira-kira 12 sekolah di Wilayah Persekutuan, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Pulau Pinang, Terengganu, Sabah dan Sarawak.

“Kajian awal ini cuma membabitkan pelajar berusia 16 tahun yang disifatkan tahap usia penting sebelum memasuki Tingkatan Lima dan seterusnya menyertai masyarakat. Apa yang boleh dirumuskan, jenayah di sekolah tetap berlaku sama ada di kawasan bandar mahu pun luar bandar.

“Bagi saya, perkembangan ini amat membimbangkan biarpun hakikatnya jenayah di sekolah ini masih dianggap terkawal jika dibandingkan dengan bilangan murid di seluruh negara,” kata Dr Tie ketika ditemui, baru-baru ini.

Lebih membimbangkan, katanya, 46 peratus responden itu mengakui pembelajaran mereka terganggu akibat ancaman jenayah di sekolah yang sekali gus boleh menjejaskan pencapaian akademik mereka.

“Kita perlu ingat, masalah disiplin di sekolah ini bukanlah sesuatu yang berlaku secara tiba-tiba sebaliknya ia membabitkan proses yang berpanjangan. Seperti juga penyakit, ia mempunyai simptom atau petanda awal tertentu yang perlu ditangani seberapa segera.

“Jika ia dibiarkan melarat, tanpa sebarang tindakan oleh pihak sekolah, jenayah ini boleh melarat melangkaui kawasan sekolah.”

Dr Tie yang berpengalaman luas dalam bidang pendidikan dan undang-undang, berkata apa yang menyedihkan, majoriti pelajar yang ditemui menerusi kajian itu, mengakui menjadikan kawan atau rakan sebagai rujukan utama dalam sistem sokongan mereka.

“Di mana peranan ibu bapa dan guru-guru yang sepatutnya di hierarki atas sistem sokongan itu dan menjadi tempat utama pelajar mengadu masalah mereka? Ini jelas menjadi satu kepincangan kerana kita perlu sedari, ada bahayanya apabila pelajar menjadikan rakan sebagai pakar rujuk mereka, terutama jika rakan itu juga bermasalah.”

Sehubungan itu, beliau menegaskan, sudah tiba masanya semua pihak – ibu bapa, sekolah dan masyarakat menggembleng tenaga bagi mengatasi masalah jenayah di kalangan pelajar ini.

“Guru yang menyedari pelajar bermasalah perlu segera memaklumkan kepada pihak sekolah bagi tindakan susulan termasuk memanggil ibu bapa dan pihak polis. Ibu bapa pula harus bersikap prihatin apabila dipanggil dan bukannya menuding jari ke arah pihak sekolah.

“Selain itu, kita juga harus menerapkan kepentingan kaedah pendidikan berkaitan undang-undang yang mana pelajar didedahkan dengan jenayah dan jenis hukuman serta hak mereka,” katanya.

INFO: Masalah juvana

  • 5.4 juta pelajar di seluruh negara
  • Indeks pembabitan pelajar dalam jenayah 0.03 peratus berbanding jumlah keseluruhan
  • Usia pelajar bermasalah 13 – 18 tahun
  • Statistik polis: 2007 – 1,837 kes jenayah dan 3,383 pelajar ditahan; 2008 – Meningkat kepada 2,218 kes dan 3,725 pelajar ditahan.
  • Kajian Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia dengan kerjasama Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Malaysia, 48.1 peratus mat rempit berpunca akibat kebosanan, 38 peratus bertujuan mengisi masa lapang dan 27.8 peratus dipengaruhi kawan.
  • Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia – Seramai 295 pelajar terbabit dalam pelbagai jenayah sepanjang tempoh dua bulan pertama tahun ini.
  • Kajian Universiti Malaya – masalah disiplin utama di sekolah adalah kecurian, buli, pergaduhan dan gangsterisme.
  • Read Full Post »