dari laman rasmi http://mpk.terengganu.gov.my
Untuk peta dan panduarah ke zoo mini Kemaman sila klik: https://alamakademik.wordpress.com/2009/04/13/taman-rekreasi-mini-zoo-kemaman/
Atau dari blog asal: http://akarimomar.wordpress.com/2009/04/13/taman-rekreasi-mini-zoo-kemaman/
**************************************************************
Majlis Perbandaran Kemaman wujudkan Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman. Tujuannya untuk memberi pilihan kepada masyarakat untuk menjalankan pelbagai aktiviti rekreasi yang berfaedah dan beriadah pada hujung minggu ataupun pada waktu cuti. Selain daripada itu ia merupakan satu lagi produk pelancongan bagi Daerah Kemaman yang menjanjikan keseronokan dan pengalaman yang indah dan luar biasa kepada sesiapa yang berkunjung.
Lokasi Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman ini terletak di Kg Ibok iaitu 14 kilometer dari Bandar Cukai. Taman ini boleh dihubungi melalui jalan darat. Sekiranya dari Bandar Cukai, jalan yang boleh dihubungi iaitu Jalan Mak Chili – Ibok manakala Jalan Kerteh- Ibok boleh disusuri sekiranya datang dari Kuala Terengganu. Keluasan taman ini adalah 35 ekar pada peringkat fasa satu manakala fasa dua meliputi 20 ekar bagi pembangunan akan datang.
Ianya telah dirasmikan pada 11 April 2009 oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said dan telah dibuka untuk orang ramai pada keesokannya iaitu 12 April 2009.
Harga Tiket :
HARGA | GOLONGAN |
RM 15 | DEWASA (PELANCONG ASING) |
RM 10 | DEWASA |
RM 5 | KANAK-KANAK |
RM 3 | KANAK-KANAK (BERPAKAIAN SEKOLAH) |
2 buah bas telah disediakan untuk memudahkan orang ramai pergi ke Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman.Di sini terdapat Jadual Perjalanan Pengangkutan Orang Awam Menggunakan Bas Bandar
STESEN | MASA |
Dari Stesen Bas Chukai | 8.00 pg dan 2.00 ptg |
*Dari KCP | 8.30 pg dan 2.30 ptg |
Dari Awana,Kijal |
8.00 pg dan 2.00 ptg |
Bas Bandar akan sentiasa berada di Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman pada pukul 12.00 tghri dan 4.00 ptg
*Bas akan mengambil penumpang dari stesen permulaan iaitu di Stesen Bas Chukai diikuti ke KCP.Oleh itu,penumpang dari KCP harap bersabar menunggu giliran.
Klik disini [ejaan betulnya di sini] untuk melihat gambar-gambar menarik di Zoo Terengganu
jauh sgt lah..x terdaya nk pergi asal x buat kat KT jerk!
memang sesuai sgt bwk fmly ke mini zoo ni..lebih2 lg kt kmn ni x byk tmpt yg menarik nk prgi..
Tahniah YAB MB dan tahniah buat anak Kemaman; kehadiran pusat rekreasi dan mini zoo satu langkah terbaik untuk pembangunan minda dan emosi warga Kemaman…pastikan anak Geliga akan mengambil kesempatan untuk terus merehatkan minda dan emosi di sini. Daripada: Anak Geliga di Perantauan.
saya ingin bertanya, bolehkah saya menjalani latihan industri berkaitan landskap di sini?