Feeds:
Posts
Comments

Archive for April 14th, 2009

KUALA TERENGGANU 13 April – Kerajaan Terengganu digesa berjimat cermat ketika harga minyak yang jatuh ke paras sekitar AS$45 ( RM157.5) setong sekarang mungkin mengurangkan pendapatan kerajaan melalui royalti minyak.

Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja Terengganu (MPPR), Tengku Sri Panglima Raja, Tengku Baderulzaman Sultan Mahmud berkata, sehubungan itu, kerajaan negeri perlu merancang perbelanjaan dengan sebaik-baiknya.

Katanya, penjimatan dalam penggunaan utiliti, penganjuran majlis rasmi dan pelaksanaan aktiviti yang kurang efektif boleh digunakan bagi tujuan yang membantu kestabilan pembangunan negeri.

“Kita yakin jika kerajaan dan rakyat sekarang faham keadaan ini dan bekerjasama mengawal perbelanjaan, kita akan menangani kesan kemelesetan ekonomi yang sedang dihadapi sekarang,” katanya.

Beliau berucap merasmikan Istiadat Pembukaan Penggal Persidangan Yang Kedua Dewan Undangan Negeri di Wisma Darul Iman di sini hari ini.

Tengku Sri Panglima Raja juga menyarankan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) merancang teliti usaha memudah proses penyaluran wang subhah, iaitu wang yang dihasilkan daripada aktiviti yang tidak diketahui status halal atau haram.

Dalam hal ini, katanya, Maidam harus bekerjasama dengan Islamic Banking and Finance Institute Malaysian Sdn. Bhd. yang ditubuhkan Bank Negara Malaysia bagi menasihati pengurusan unit amanah dalam aktiviti pelaburan mereka termasuk pelaburan membabitkan wang subhah.

“Maklumat terperinci perlu dibekalkan bagi memudahkan cara penyaluran wang tersebut.

“Maidam perlu mengadakan kaunter mesra rakyat, mewujudkan talian hotline atau memberi insentif kepada syarikat yang menghulurkan wang subhah kepadanya,” katanya.

Beliau menambah, wang subhah boleh digunakan bagi apa juga tujuan termasuk dalam aktiviti dan program pembangunan negeri.

Katanya, Bahagian Baitulmal Majlis Agama Islam Negeri-Negeri negeri termasuk Maidam sendiri telah diputuskan sebagai badan penerima wang subhah daripada Pengurus Dana Unit Amanah Syariah.

Ia diputuskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Penyelarasan Baitulmal Kebangsaan yang bersidang awal tahun ini.

Tengku Sri Panglima Raja juga menggesa kerajaan negeri bersikap terbuka khususnya dalam menerima kritikan yang membina.

Katanya, fleksibiliti dalam memberi perkhidmatan amat penting kerana keperluan rakyat berubah dari semasa ke semasa.

“Tema merakyatkan pentadbiran dan pembangunan perlu dihayati dan jika strategi pengurusan adalah berpaksikan kepada rakyat, maka sepatutnya kita memfokuskan rakyat sebagai tumpuannya,” katanya.

Advertisement

Read Full Post »

Semua pihak disaran laksana agenda manfaat rakyat

KUALA TERENGGANU (Berita Harian): Tanggungjawab membangunkan negeri hendaklah dipikul secara berganding bahu oleh semua pihak, termasuk pemimpin masyarakat, politik, badan sukarela dan orang perseorangan bagi memastikan agenda pembangunan negeri dapat memanfaatkan rakyat.

Yang Dipertua Majlis Penasihat Pemangku Raja (MPPR), Tengku Seri Panglima Raja Tengku Baderuzaman Sultan Mahmud, berkata semua pihak disaran memastikan proses pembangunan negeri tidak dicacatkan dengan sebarang perselisihan pendapat yang boleh menjejaskan rakyat.

Beliau berkata, jika terdapat perselisihan pendapat dan isu, ia hendaklah diselesaikan dengan segera melalui kaedah yang tidak memecahbelahkan rakyat seperti menerusi perbincangan dan rundingan supaya keharmonian dan keamanan dapat dikekalkan.

“Suasana kehidupan aman damai perlu dikekalkan. Kita sentiasa berdoa supaya pergaduhan dan kekacauan yang boleh merencatkan proses pembangunan negeri tidak akan berlaku di negeri ini yang mana akhirnya rakyat akan menerima akibatnya.

“Kita gembira apabila Menteri Besar dan kerajaan negeri memperkenalkan hala tuju pembangunan bertema ‘Merakyatkan Pentadbiran dan Pembangunan’ yang mana setiap aktiviti dilaksanakan oleh kerajaan mesti berpaksikan kepada rakyat.

“Konsep pembangunan ini diharap dapat diterapkan kepada semua pihak sama ada kakitangan kerajaan, ahli politik dan pihak berkepentingan serta rakyat demi memastikan agenda pembangunan negeri terus terlaksana,” katanya pada Istiadat Pembukaan Penggal Persidangan Kedua Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-12 di sini, semalam.

Beliau berkata, dalam meneruskan pelan pembangunan negeri, keseimbangan antara pembangunan fizikal dan spiritual perlu seimbang dan penekanan terhadap aspek penerapan nilai murni dan akhlak mulia di kalangan masyarakat perlu dilakukan.

Katanya, usaha ke arah membangunkan negeri tidak akan berjaya tanpa komitmen, penerimaan dan kesediaan bekerjasama daripada semua pihak termasuk rakyat.

Read Full Post »

dari laman rasmi http://mpk.terengganu.gov.my

Untuk peta dan panduarah ke zoo mini Kemaman sila klik: https://alamakademik.wordpress.com/2009/04/13/taman-rekreasi-mini-zoo-kemaman/

Atau dari blog asal: http://akarimomar.wordpress.com/2009/04/13/taman-rekreasi-mini-zoo-kemaman/

**************************************************************

Majlis Perbandaran Kemaman wujudkan Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman. Tujuannya untuk memberi pilihan kepada masyarakat untuk menjalankan pelbagai aktiviti rekreasi yang berfaedah dan beriadah pada hujung minggu ataupun pada waktu cuti. Selain daripada itu ia merupakan satu lagi produk pelancongan bagi Daerah Kemaman yang menjanjikan keseronokan dan pengalaman yang indah dan luar biasa kepada sesiapa yang berkunjung.

Lokasi Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman ini terletak di Kg Ibok iaitu 14 kilometer dari Bandar Cukai. Taman ini boleh dihubungi melalui jalan darat. Sekiranya dari Bandar Cukai, jalan yang boleh dihubungi iaitu Jalan Mak Chili – Ibok  manakala Jalan  Kerteh- Ibok boleh disusuri sekiranya datang dari Kuala Terengganu. Keluasan taman ini adalah 35 ekar pada peringkat fasa satu  manakala fasa dua meliputi 20 ekar bagi pembangunan akan datang.

Ianya telah dirasmikan pada 11 April 2009 oleh Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said dan telah dibuka untuk orang ramai pada keesokannya iaitu 12 April 2009.

Harga Tiket :

HARGA GOLONGAN
RM 15 DEWASA (PELANCONG ASING)
RM 10 DEWASA
RM 5 KANAK-KANAK
RM 3 KANAK-KANAK (BERPAKAIAN SEKOLAH)

2 buah bas telah disediakan untuk memudahkan orang ramai pergi ke Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman.Di sini terdapat Jadual Perjalanan Pengangkutan Orang Awam Menggunakan Bas Bandar

STESEN MASA
Dari Stesen Bas Chukai 8.00 pg dan 2.00 ptg
*Dari KCP 8.30 pg dan 2.30 ptg

Dari Awana,Kijal

8.00 pg dan 2.00 ptg

Bas Bandar akan sentiasa berada di Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman pada pukul 12.00 tghri dan 4.00 ptg

*Bas akan mengambil penumpang dari stesen permulaan iaitu di Stesen Bas Chukai diikuti ke KCP.Oleh itu,penumpang dari KCP harap bersabar menunggu giliran.

Klik disini [ejaan betulnya di sini] untuk melihat gambar-gambar menarik di Zoo Terengganu

Read Full Post »