baca juga laporan NST: Hadzil lives to tell the tale of the elephant attack
KUALA TERENGGANU, 11 April (Bernama) — Seorang kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) cedera parah selepas di serang oleh seekor gajah yang dipercayai secara tiba-tiba naik minyak di santuari gajah Sungai Ketiar, di Tasik Kenyir Hulu Terengganu pagi Jumaat.
Mangsa, Mohd Hadzli Awang, 27, yang cedera di bahu kiri, patah enam tulang rusuk belakang serta peha kanan, kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, dan keadaannya dilaporkan stabil.
Bapa mangsa, Awang Latif, 51, ketika ditemui di HSNZ di sini hari Sabtu, berkata kejadian itu berlaku kira-kira pukul 8.50 pagi semasa mangsa yang juga seorang pelatih gajah di santuari berkenaan menjalankan tugas harian.
“Pagi semalam macam biasa dia pergi hendak latih gajah, dia membuka rantai kaki belakang gajah manakala rantai kaki depan masih terikat.
“Semasa dia hendak naik atas gajah, dia hampir jatuh dan dalam masa yang sama gajah menyambarnya dengan belalai dan menghumban serta mencucuk bahu kiri dengan gading serta pijak peha kanan,” katanya.
Awang berkata melihat keadaan itu, kakitangan Perhilitan lain yang berada di situ cuba memberikan pertolongan dan berjaya menyelamatkan mangsa, sebelum dikejarkan ke Hospital Daerah Hulu Terengganu di Kuala Berang.
Beliau berkata seorang anggota keluarganya telah memaklumkan kejadian itu kepadanya kira-kira pukul 9 pagi semasa anaknya dalam perjalanan ke hospital.
“Semasa itu, saya sedang memasak untuk majlis kenduri kahwin di Felda Mengkawang dan sebaik menerima perkhabaran itu saya terus bergegas ke hospital,” katanya.
Awang berkata mangsa telah bekerja sebagai penjinak gajah di santuari itu sejak dua tahun lepas dan beliau merupakan anak sulung daripada enam adik beradik.
“Apapun saya bersyukur kepada Allah kerana mangsa terselamat walaupun beberapa kejadian kecil dalam tugasan menjaga gajah telah menimpa ke atas anak saya,” katanya.
— BERNAMA
[…] baca juga laporan Bernama: Kakitangan Perhilitan Cedera Diserang Gajah Di Tasik Kenyir […]
mungkin mase dier terjatuh tuh dier tertarik telinga gajah tu ker,tercakar gjh tuker untk berpaut,ataupun terpijak kaki gjh tuh…sbb tuh gajah tu mgamok!
kiter kene phm walopun gajah besar x semestinyer dier x rasa sakit!