Feeds:
Posts
Comments

Archive for April 13th, 2009

dari: http://akarimomar.wordpress.com/2009/04/13/taman-rekreasi-mini-zoo-kemaman/

Kini tercapai sudah hasrat Kerajaan Negeri Terengganu untuk mengadakan sebuah Taman Rekreasi dan Mini Zoo untuk rakyatnya. Taman yang baru dibuka pada 11 April 2009 tersebut terletak di Kampung Ibok/Bukit Takal (sesetengah mengejanya dengan Bukit Takar).

Dalam pada mengendalikan blog Alam Akademik (kedai buku tertua di Terengganu), saya dapati carian yang tertinggi yang melungsuri blog tersebut dalam beberapa hari ini ialah mencari lokasi dan peta Mini Zoo tersebut. Setelah saya sendiri membuat carian yang sama saya dapati tidak ada laman yang menyediakan panduan sedemikian dalam internet [termasuk laman rasmi dan tidak rasmi kerajaan]. Demi untuk kemudahan mereka dan orang ramai di masa kan datang, saya sediakan di bawah ini:

peta-lokasi-zoo-kemaman2[klik pada peta untuk imej yang lebih besar]

simpang-kijal-ke-zooUntuk ke sana, bagi mereka yang tinggal di Cukai mungkin tidak mempunyai sebarang masalah.

Bagi mereka dari luar, kalau dari utara [melalui jalan pantai – Jalan Persekutuan Laluan 3] boleh belok ke kanan [Laluan T6] di persimpangan lampu isyarat selepas pekan Titian Berayung, Kijal. Terdapat papantanda besar di tepi jalan. Terus dengan Laluan T6 melepasi Kg. Bukit Anak Dara dan Kampung Jong Berlabuh hingga ke persimpangan Laluan T13, belok kanan. Di Laluan T13, selepas ‘pekan’ Kg. Ibok terus ke Laluan T131.

kelip-kelip-yah-yahDari sini, anda tidak akan terlepas zoo tersebut yang terletak kira-kira 5km dari kawasan kelip-kelip Sungai Yak-Yah – satu lagi tempat menarik di Kemaman.

signage-zoo-kemamanKalau dari selatan, apabila memasuki bandar Cukai, anda akan belok ke kiri ke Jalan Air Putih [Laluan T8] di persimpangan “digital” [itu yang dipanggil oleh orang Kemamang – yang mempunyai jangkamasa digital lampu hijau/merah]. Kira-kira 2km terdapat persimpangan lampu isyarat ke kanan [Laluan T131] untuk ke Kg. Mak Chili dan Kg Ibok.

Taman Rekreasi dan Mini Zoo [sepatutnya Zoo Mini – para pakar bahasa tolong tegur!] Kemaman terletak di sebelah kanan sekitar 5-6km dari persimpangan tersebut.

pintu-masuk-zooPintu masuk utama jelas menandakan tempat yang anda cari. Tempat letak kereta terletak di sebelah kiri seberang jalan. Saya tertanya juga bagaimana mereka hendak pastikan keselamatan para pengunjung yang terpaksa melintasi jalan besar yang agak sunyi dan membolehkan pemandu yang lalu memecut laju.

Pada hari perasmian terdapat deretan kereta sepanjang hampir satu kilometer di kiri kanan bahu jalan walaupun di kawasan letak kereta nampak masih kosong.

Gambar-gambar diambil sekitar pukul 12 tengahari [kami tidak singgah kerana mengejar masa untuk ke Majlis Hari Perkasa Ilmu di SMK Barul Alam Shah, Kemasek] – majlis perasmian pembukaan zoo oleh MB Dato’ Ahmad Said dikatakan bermula jam 10.30 [bermakna kami melalui kawasan tersebut sekitar satu jam setengah selepas perasmian – sepatutnya itulah waktu kemuncak bilangan pelawat].

deretan-kereta

Jangan nanti zoo ini jadi projek gajah putih – bukan kerana ada gajah putih di dalamnya tetapi kerana kekurangan pelawat dan tidak diselenggara dengan baik [sepertimana kebanyakan projek-projek yang gah pada awalnya dipenuh rumput lalang dan semak tidak sampai setahun selepas itu].

Advertisement

Read Full Post »

Charlie, the elephant, broke the chains shackling it and attacked a Wildlife Protection and National Parks Department animal handler at the Sungai Ketiar elephant sanctuary, Tasik Kenyir, yesterday.
Charlie, the elephant, broke the chains shackling it and attacked a Wildlife Protection and National Parks Department animal handler at the Sungai Ketiar elephant sanctuary, Tasik Kenyir, yesterday.

baca juga laporan Bernama: Kakitangan Perhilitan Cedera Diserang Gajah Di Tasik Kenyir

KUALA TERENGGANU: Mohd Hadzil Awang is thanking his lucky stars that he escaped an encounter with a wild elephant with just broken ribs and a broken leg.

It could have been worse as he was tossed several metres into the air, landed badly and was trampled by the animal at the Sungai Ketiar elephant sanctuary at Tasik Kenyir yesterday.

The Wildlife and National Parks Department (Perhilitan) staff member is being treated at the Sultanah Nur Zahirah hospital here.

The attack began at 8.50am when the elephant, known as Charlie, broke free of its chains and attacked Hadzil.

By the time his startled colleagues realised what was going on, Hadzil was writhing in pain.
They, however, managed to distract the elephant and went to his aid.

Hadzil passed out soon after with the elephant setting its sights on the sanctuary administrative office.

Charlie damaged a portion of the office before destroying equipment and supplies inside. It then escaped into the jungle.

Hadzil was rushed to the Hulu Terengganu hospital and later transferred to the Sultanah Nur Zahirah hospital.

Hadzil’s mother, Robiah Ismail, was thankful that her son had survived the attack.

“He has been working at the sanctuary for a year now and has never come close to this sort of situation,” she said at the hospital.

Hospital director Dr Mohd Jusoh said although Hadzil’s injuries were serious, he was in stable condition.

The Sungai Ketiar elephant sanctuary, opened to the public in January last year, is a joint venture project between the Terengganu government and Perhilitan.

Read Full Post »

menunggang gajah antara daya tarikan utama ke zoo pertama di Terengganu di Kampung Ibok, Kemaman.

Untuk peta: Sila klik http://akarimomar.files.wordpress.com/2009/04/peta-lokasi-zoo-kemaman1.jpg

Untuk panduarah: sila klik http://akarimomar.wordpress.com/2009/04/13/taman-rekreasi-mini-zoo-kemaman/

*********************************************************

KEMAMAN 12 April (Utusan Malaysia) – Zoo pertama di Terengganu yang mula dibuka kepada orang ramai semalam adalah hasil gabungan kawasan pameran spesies haiwan, taman rekreasi air, taman tema dan kebun buahbuahan di habitat semula jadi kunang-kunang yang terbesar di Pantai Timur.

Terletak di Kampung Ibok di kawasan seluas 54 hektar, Taman Rekreasi & Mini Zoo Kemaman itu yang pertama seumpamanya di negara ini merupakan daya tarikan pelancongan dan pemangkin pembangunan ekonomi terbaru di Terengganu.

Zoo berkenaan bersempadan dengan habitat kunang-kunang yang terkenal di Kampung Yak Yah itu mempamerkan kira-kira 100 spesies haiwan seperti harimau, gajah, burung merak, beruang serta ikan naga atau ‘arapaima gigas’ sepanjang hampir tiga meter.

Selain taman tema air serta taman permainan kanak-kanak yang berkonsepkan rekreasi hutan, tarikan zoo berkenaan ialah laluan kanopi sepanjang 1.2 kilometer merentasi habitat rusa.

Turut disediakan ialah aktiviti menunggang gajah yang tidak ditawarkan di mana-mana zoo di negara ini.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said ketika merasmikan pembukaan zoo tersebut berkata, zoo berkenaan menyediakan pelbagai tarikan untuk membolehkan pengunjung membuat pilihan semasa melawat.

Menurutnya, usaha sedang dilakukan untuk membawa masuk lebih banyak spesies binatang seperti seladang, kijang, kambing gurun, orang utan dan buaya.

Malah jelasnya, permohonan juga sudah dibuat kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) untuk mempamerkan spesies burung cenderawasih di zoo berkenaan.

”Kita sedang berusaha untuk menjadikan Taman Rekreasi dan Mini Zoo Kemaman ini sebagai antara 10 zoo terbaik di rantau ini.

”Lokasi zoo ini yang terletak dalam hutan sekunder memberi kelebihan dari segi persekitaran,” ujarnya.

Jelasnya, zoo itu juga akan dijadikan kawasan pembiakan beberapa spesies binatang tempatan yang hampir pupus untuk dilepaskan kembali ke habitat asalnya atau dijual kepada zoo lain.

Sebagai pusat rekreasi pula jelasnya, zoo itu mempunyai beberapa taman tema iaitu taman herba, taman pokok hutan, taman tropika, taman buah-buahan, taman orkid, taman bonsai dan taman akuatik.

Pada musimnya kata beliau, pengunjung boleh menikmati pelbagai jenis buah-buahan iaitu duku, langsat, manggis dan durian.

”Bagi pengusaha hotel dan resort, ini adalah peluang bagi mereka untuk menyediakan pakej lawatan kepada pelancong ke zoo ini selain kawasan pelancongan sedia ada,” ujarnya.

Zoo berkenaan mengenakan bayaran masuk RM15 bagi pelancong asing, RM10 (dewasa), RM5 (kanak-kanak) dan RM3 ( pasukan seragam sekolah).

Ia dihubungkan melalui jalan Mak Chili-Ibok dan jalan Kerteh-Ibok manakala jalan air melalui Sungai Yak Yah.

Untuk kemudahan pengunjung, bas khas turut disediakan untuk ke lokasi itu melalui dua laluan iaitu dari Awana Kijal melalui pekan Kijal, Kampung Payoh dan Ibok ke zoo berkenaan.

Laluan kedua pula adalah dari stesen bas Chukai melalui Centre Point (KCP) ke Telekom dan terus ke zoo.

Bas berkenaan bertolak dua kali sehari iaitu pada pukul 12 tengah hari dan 4 petang.

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU, 12 April (Bernama) — Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menjangkakan kutipan zakat di Terengganu tahun ini berkurangan daripada tahun lepas, akibat tempias kegawatan ekonomi global.

Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Wan Harujan Sulaiman berkata kesan yang paling besar yang menyebabkan pungutan zakat di Terengganu berkurangan ialah berhubung zakat perniagaan yang pengurangannya dapat dilihat dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini.

“Dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, kita baru pungut sebanyak RM1.3 juta zakat perniagaan berbanding RM2.8 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas dan ia merupakan penurunan sebanyak 52 peratus.

“Kutipan semua jenis zakat dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini ialah RM9 juta berbanding RM9.8 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas atau menurun sebanyak lapan peratus,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Pengurus Bank Simpanan Nasional (BSN) cawangan Terengganu, Mohd Hafis Hashim menyerahkan zakat BSN sebanyak RM100,000 kepada Maidam hari ini.

“Sasaran Maidam untuk memungut zakat sebanyak RM66 juta tahun ini seperti tahun lepas, mungkin tidak kesampaian kerana masalah kegawatan ekonomi dunia.

“Kita jangka tahun ini kita akan dapat (zakat) sebanyak RM60 juta sahaja,” kata Wan Harujan.

Beliau juga berkata Maidam merancang pelan pembangunan jangka panjang yang akan dikenali Pelan Enam Tahun Maidam, yang bertujuan meningkatkan ekonomi umat Islam di Terengganu khususnya dan di negara ini amanya.

— BERNAMA

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU 12 April (Utusan Malaysia) – Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah) akan meneruskan penganjuran Pertandingan Memancing Jelajah Tasik Kenyir pada 24 dan 25 April ini.

Pengurus Besar Ketengah, Hamzah Ngah dalam kenyataan hari ini berkata, sesuai dengan namanya, selama pertandingan berlangsung, peserta akan memancing di atas rumah bot bagi membolehkan mereka menikmati keindahan alam semula jadi di Tasik Kenyir.

Mengulas lanjut Hamzah berkata, setiap penyertaan akan dikenakan bayaran sebanyak RM150 meliputi kos penginapan, pengangkutan, makanan dan juga cenderahati.

Pada pusingan akhir, hadiah-hadiah berjumlah RM50,000 disediakan di mana juara keseluruhan akan menerima hadiah istimewa iaitu sebuah kereta Produa Viva 660.

Orang ramai dijemput menyertai pertandingan ini dan borang-borang penyertaan boleh didapati di Ibu Pejabat Ketengah di Bandar Al Muktafibillah Shah, Pejabat Ketengah Pengkalan Gawi dan Pusat Informasi Pelancongan (TIC) di Pengkalan Gawi serta Kuala Terengganu.

Borang juga boleh didapati melalui laman web Ketengah iaitu http://www.ketengah.gov.my dan tarikh tutup adalah pada 15 April 2009.

Untuk keterangan lanjut boleh menghubungi Zukaimi Ahmad di talian 019-9208400, Hassan Mansor (019-9348626), Wan Abdul Razak Ibrahim (013-9820054) dan Awang Mohamad (019-9348626).

Read Full Post »

baca juga laporan NST:  Hadzil lives to tell the tale of the elephant attack

KUALA TERENGGANU, 11 April (Bernama) — Seorang kakitangan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) cedera parah selepas di serang oleh seekor gajah yang dipercayai secara tiba-tiba naik minyak di santuari gajah Sungai Ketiar, di Tasik Kenyir Hulu Terengganu pagi Jumaat.

Mangsa, Mohd Hadzli Awang, 27, yang cedera di bahu kiri, patah enam tulang rusuk belakang serta peha kanan, kini menerima rawatan di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, dan keadaannya dilaporkan stabil.

Bapa mangsa, Awang Latif, 51, ketika ditemui di HSNZ di sini hari Sabtu, berkata kejadian itu berlaku kira-kira pukul 8.50 pagi semasa mangsa yang juga seorang pelatih gajah di santuari berkenaan menjalankan tugas harian.

“Pagi semalam macam biasa dia pergi hendak latih gajah, dia membuka rantai kaki belakang gajah manakala rantai kaki depan masih terikat.

“Semasa dia hendak naik atas gajah, dia hampir jatuh dan dalam masa yang sama gajah menyambarnya dengan belalai dan menghumban serta mencucuk bahu kiri dengan gading serta pijak peha kanan,” katanya.

Awang berkata melihat keadaan itu, kakitangan Perhilitan lain yang berada di situ cuba memberikan pertolongan dan berjaya menyelamatkan mangsa, sebelum dikejarkan ke Hospital Daerah Hulu Terengganu di Kuala Berang.

Beliau berkata seorang anggota keluarganya telah memaklumkan kejadian itu kepadanya kira-kira pukul 9 pagi semasa anaknya dalam perjalanan ke hospital.

“Semasa itu, saya sedang memasak untuk majlis kenduri kahwin di Felda Mengkawang dan sebaik menerima perkhabaran itu saya terus bergegas ke hospital,” katanya.

Awang berkata mangsa telah bekerja sebagai penjinak gajah di santuari itu sejak dua tahun lepas dan beliau merupakan anak sulung daripada enam adik beradik.

“Apapun saya bersyukur kepada Allah kerana mangsa terselamat walaupun beberapa kejadian kecil dalam tugasan menjaga gajah telah menimpa ke atas anak saya,” katanya.

— BERNAMA

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU, 12 April (Bernama) — Kerajaan Terengganu akan memberikan satu lot tanah untuk tapak rumah kepada pelumba basikal negara Azizulhasni Awang berikutan kejayaannya memenangi pingat perak pada Kejohanan Trek Dunia 2009 di Pruszkow, Poland baru-baru ini.

Menteri Besar Datuk Ahmad Said ketika mengumumkannya berkata kerajaan negeri akan berunding dengan pejabat tanah Dungun untuk mencari kawasan yang sesuai bagi dihadiahkan kepada pelumba basikal kelahiran Dungun itu.

“Kerajaan negeri bersetuju memberikan sebidang tanah kepada Azizulhasni untuk masa depannya,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian insentif kepada Azizulhasni di Wisma Darul Iman di sini malam ini.

Turut hadir Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Mokhtar Nong, Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Zolkples Embong dan Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan negeri Datuk Rahin Mohd Said.

Pada majlis tersebut Azizulhasni menerima insentif sebanyak RM20,000 daripada kerajaan negeri.

Ahmad juga mengumumkan bahawa kerajaan negeri bersetuju menaikkan elaun sebanyak 30 peratus kepada atlet-atlet Sukan Malaysia (Sukma) dengan serta merta.

Sementara itu, Azizulhasni terharu atas perhatian kerajaan negeri dan juga MSN yang telah memberikan sumbangan kepadanya.

“Saya mengucapkan terima kasih kerana ini satu penganugerahan yang amat besar dalam karier saya sebagai pelumba basikal,” katanya.

Azizulzul berkata beliau akan gunakan sumbangan itu untuk peribadi dan juga untuk membantu keluarga.

Beliau sebelum itu telah diarak dengan meriah ke dalam dewan Wisma Darul Iman dan dipakaikan dengan tengkolok serta selimpang oleh Menteri Besar.

— BERNAMA

Read Full Post »