Usaha suntik kesedaran perlu supaya habitat tidak pupus
KUALA TERENGGANU (Berita Harian) : Walaupun penyu belimbing yang menjadi spesies penyu paling diancam kepupusan dilaporkan sudah mula mendarat semula di beberapa kawasan pantai di negeri ini sejak tahun lalu, namun ia bukanlah penanda aras bahawa spesies penyu paling besar di dunia itu sudah bebas diancam kepupusan.
Ketua Konservasi Penyu, Tabung Hidupan Liar Sedunia (WWF) Terengganu, Rahayu Zulkifli, berkata walaupun pendaratan beberapa ekor penyu daripada spesies belimbing itu adalah berita yang cukup menggembirakan bagi pencinta alam, jumlah penyu yang dilaporkan mendarat itu masih terlalu sedikit berbanding jumlah yang sudah dilepaskan melalui proses penetasan in-situ sejak 1980-an.
[…] Jumlah penyu mendarat sedikit Possibly related posts: (automatically generated)Musim penyu bertelurOperasi kesan pukat pari musim penyu bertelurHenti makan, jual telur penyuNGERUMPI PENYU DI FOUR SEASONS BALI […]