
KUALA TERENGGANU – Jawatankuasa Peningkatan Prestasi UPSR 2009 dan Unit Bimbingan dan Kaunseling (UBK) Sekolah Kebangsaan (SK) Tok Jiring bertekad melahirkan lebih ramai murid Tahun Enam yang cemerlang dalam peperiksaan UPSR 2009.
:Tekad dan hasrat itu direalisasikan melalui pemakaian lencana ‘5A’ pada setiap murid Tahun Enam.
:Mereka wajib memakainya sehingga menjelang musim peperiksaan nanti.
:Guru Bimbingan dan Kaunseling, Rosita Ahmad berkata, jika lencana berkenaan hilang, murid perlu mengganti lencana itu dengan membelinya di UBK.
:“Kita mahu melihat setiap murid memiliki lencana itu Pemakaian lencana ini dianggap sebagai pembakar memberi semangat untuk belajar bersungguh-sungguh,” katanya kepada Sinar Harian.
:Dalam perkembangan lain, seramai 230 murid Tahun Enam mengikuti majlis Ikrar Janji di surau sekolah.
:Antara pengisian majlis adalah sisipan tazkirah dan bacaan Yasin bersama Ustaz Mohd Yusof diikuti pemakaian lencana 5A dan menandatangani ikrar janji pada kain rentang.
:Rosita berkata, setiap murid bebas menulis ikrar janji mereka kerana itu adalah luahan hati untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan.
:Katanya lagi, pada masa akan datang, pihak sekolah akan mewujudkan ikrar janji pada setiap kelas.
:Mereka yang menulis ikrar janji itu pada kain rentang disyaratkan menggantungnya di dalam kelas masing-masing.
:Mengenai pemakaian lencana 5A, difahamkan terdapat beberapa buah sekolah rendah turut mewajibkan lencana sedemikian dipakai.
:“Mungkin mereka melihat idea sekolah kita bersesuaian dengan semangat murid yang akan berhadapan dengan peperiksaan.
:“Kami amat gembira kerana idea yang kita cetuskan turut dicontohi sekolah lain,” katanya.