Feeds:
Posts
Comments

Archive for April 5th, 2009

Ahmad Ali is the youngest grandson of  the owner, Tek Zaiton Yaacob Al-Yunani [who is the granddaughter of Pok Loh Yunang]. He blogs at  http://ahmadalikarim.wordpress.com/ since he was 5 years old – and claimed to be [probably] the youngest blogger.

*********************************************************

When I went back to Terengganu I went to Alam Akademik.

aa-signage

Alam Akademik [https://alamakademik.wordpress.com/]

ali-front-shop.

Alam Akademik is my grand mother’s book shop.

It is the oldest book shop in Kuala Terengganu.

Long long time ago the name of the shop was Keda Pok Loh Yunang.

Alam Akademik is near the Pasar Payang.

There are lots of books at the shop.

I like to help at the shop.

I helped to arrange the books at the shop.

ali-helping-shop

.

ali-children-books

My big sister Anisah Afifah helped to arrange the books too.

I also helped my sister to arrange the books.

ali-help-with-kak-fah.

ali-arranging-books

I like to go to Alam Akademik because I can read lots of books.

There are lots of story books at the shop.

The books have beautiful pictures.

I think Alam Akademik is gonna have a new place to read books.

Read Full Post »

KUALA LUMPUR, 5 April (Bernama) — Malaysia perlu menerbitkan 27,000 judul buku umum setahun untuk menjadi negara maju berilmu setaraf negara maju yang lain, kata Presiden Persatuan Kontraktor Buku Malaysia Hasan Hamzah.

Berdasarkan pengamatan mengenai penerbitan buku, beliau berkata penerbitan buku di Jepun, Korea Selatan, Denmark, Sweden, Jerman dan negara-negara maju lain, dilakukan pada nisbah 1,000 judul buku untuk satu juta penduduk.

“Untuk itu secara nisbahnya, Malaysia perlu menerbitkan 27,000 judul buku untuk 27 juta penduduknya dalam setahun,” katanya di sini.

Bagi menerbitkan 27,000 judul buku, katanya, peruntukan kira-kira RM300 juta diperlukan untuk membantu penerbit buku meningkatkan penghasilan dan penjualan buku umum.

Hasan berkata Malaysia kini menerbitkan 10,000 judul buku sahaja setahun dan jumlah itu masih jauh dari sasaran untuk mencapai taraf negara maju berilmu.

Katanya majoriti buku yang terdapat di Malaysia adalah diimport walaupun memiliki ramai cendekiawan tempatan yang mampu menghasilkan buku umum seperti kira-kira 350,000 golongan pendidik dan lebih 40,000 pensyarah atau profesor.

“Masyarakat kita sebenarnya sukakan ilmu dan membaca tetapi buku yang dijual adalah terlalu mahal.

“Pada perkiraan saya, untuk menjual buku dengan harga murah, sesebuah judul buku itu harus dicetak dengan permintaan sekurang-kurangnya 3,000 naskhah setahun,” katanya.

Hasan berkata permintaan terhadap buku-buku umum akan meningkat dengan sokongan kerajaan melalui penyediaan peruntukan khusus untuk penerbitan buku-buku bacaan umum.

— BERNAMA

Read Full Post »