Feeds:
Posts
Comments

Archive for April, 2009

Bersambung dari bahagian kelima Mat Spröng Kelecak Barak V

Growing Up in Trengganu

Growing Up in Trengganu

(asal dari: Blog Awang Goneng: http://kecek-kecek.blogspot.com/ pengarang buku “Growing Up in Trengganu”

Buku GUiT boleh dibeli dari Alam Akademik RM39.90

************************************************************

Habih hhanyar tepi lökang; tangang beleming dengang sapöh, apah nyör, perok ikang, daung tèh, serebok kawe belömör dalca masang hök tökè keda tohok buang ddalang lègè burok. Mat Spröng lèsèk tangang bbira pitu belakang Bhiku Coffee Shop, ppala dia mmusing pening ccapor löya, rasa macang nök jeluök.

“Kalu ggining aku kerja bandörang akok sapöh je baik,” Mat Spröng belèbèr ssörang. Kucing bapök kkejuk tidor belakang lègèr, lari celubu masok nnusuk belakang bawang ddalang jök. “Aku raung bandör Teganung rata cari sarong tangang getöh. Bilalah Teganung kita ning nök maju macang negeri örang putéh!”

Dia masok ddalang keda gi terus ke meja tökè dok tengöh nnuléh ddalang bok nota ada nombor ‘555’ atah kulit. Tökè napök mata Mat meröh ssinör, tangang dia seranggöh masa ccakak: dia tahu hari tu bukang hari Mat nök bayör hutang ddalang bok. Lepah Mat ccakak dia ngilling ppala, tangang dia tunjok ke sebelöh kanang, bukang ttepi keda, tapi satu tepak laing, jauh. Mat keluör jjalang dderah aröh tèksi Cik Kalèh dok tunggu ttepi gerè Pök Su nnèga pisang denge buöh paoh.

Cik Kalèh tengöh gösök perok, tundok sapa bökök, radio dia senyap ssunyi dok ggatong ddepang tèksi.

“Aku döh kata mung jangang makang pisang jela banyök sangak, tu lah senök perok,” kata Mat.

Cik Kalèh dök ccakak, badang dia bbau serbök — Minyök Cak Kapök — bila dia bangung nök gatéh téksi cepak-cepak, perasaang dia macang nök gi ssunga takut dök dang ök. Dia tahu ddalang bandör Teganung ada banyök sura kalu nök kena jembe keték-keték.

“Pasa apa hök putéh dia pegang, hök mèröh dia tohok?” kata Mat, mata dia kuyu dok tèngök ke lori kecik tengöh mmungöh bbira jalang. “Murtuja bin Mohammad Salim,” dia tuléh ddalang bok hök dia wak tubék bila siasatang dia jjadi hot. Hot, satu lagi perkataang hök keluör dari ppala dia dari jamang Sekölöh Sultang Selèmang bila ötök dia gelegök.

“Ado-o-o-h,” ngerrang Cik Kalèh, badang dia making bökök.

“Pasa apa hök putéh dia pegang…”

Cik Kaleh ppaling ke Mat. “Aku dok tengöh mmulah perok ning, mung dok ralék nök mmaing teka-teki pulök!” Muka dia masang ccatung, tèksi dia imba bbelöh kiri sikik lagi masok parék.

“Pisang jela ning bisa, Lèh, aku dok kata sökmö ke mung, mung ning babér ccapor tekök.”

Mata Cik Kalèh ssinör, macang api lak atah bukit.* “Ning bukang pisang ning; kemarèng aku makang dalca kkeda Bhiku tu, rasa macang pelèk sikik.”

Mat Sprong lèsèk tangang bbawöh punggong dia atah kusyéng teksi bila mata Cik Kalèh dok tèngök tang kelaéng; Mat ciung jari dia, masih bbau töng sapöh.

“Mari kita gi cari Budök Nama Ku Ali tu, ada aku nök tanye dia sikik pasa budök-budök,” tamböh Mat.

“Ado-o-o-h, Mök,” kata Cik Kalèh. “Kemarèng aku tèngök dia gi kkèmöh denge kupolang Sekaok ttepi jèrak tapi aku kena tingga mung ttepi Jalang Wailiéh mung gi cari sediri sebab tèksi dök léh masok.”

“Dökkang aku nök gi ssorang ssitu kak-kak ggarék ning, Lèh,” jawak Mat. Dia butang baju dia sapa ttekök. Sejok.

Cik Kalèh senyung ssörang, mata dia sila kena matahari tengöh jatoh belöh barak. “Ado-o-o-oh, Mak!,” kata dia sambil gösök perok.

Löri Murtuja pötöng tèksi Cik Kalèh ddepang Jél; dekak Panggong Rex örang dok tengöh berebuk nök beli tikèt cerita Bujang Lapok. Cik Kalèh nnyanying ‘Pok-pok-pok…” sambil dok gösök Minyök Kapök atah pusat.

“Mari tuju, lor…” kata Mat. “Mari tuju, lor…” dia kata lagi macang orang dok tengöh ratéb.

Tiba-tiba Mat Spröng löpak dari tèksi Cik Kalèh masa örang tengöh jemerang ddepang dia di sipang jalang. Mat akat seluör naik atah perok, buku catatang dia masok ddalang köcèk. “Lèh,” dia kata, ppaling ke kawang dia hök dok ngökkör atah tèksi. “Mung gi ita di stèsyéng bah, mung jangan gi sebelong aku balék.”

Mat Spröng jjalang teruh belong Cik Kaléh dapat jawak.

“Ado-o-oh, Mök! Ado-o-o-oh, Mak!” bbunyi Cik Kaléh ngerrang sakit.

—————————————
* Api lak atah Bukit Tteri.

[Bahagiang Hök Suk Sekali … Final Part Next Week]

Advertisement

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU (Sinar Harian) – Sepasang suami isteri yang mempunyai anak berumur 11 bulan ditangkap polis kerana mengedar dadah dalam satu serbuan di sebuah rumah di Kampung Lebak, Kuala Berang, Hulu Terengganu, jam 12 tengah malam, Sabtu lalu.

:Hasil serbuan itu, polis berjaya menemui sebanyak 1,930 biji pil Wy bernilai kira-kira RM96,000 yang disembunyikan pada badan wanita terbabit, selain merampas wang tunai RM1,800 dipercayai hasil jualan dadah berkenaan.

:Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Superintendan Roslan Abdul Wahid berkata, ketika serbuan dilakukan, pasangan berumur 23 dan 19 tahun itu berada di dalam bilik sebelum suaminya cuba melarikan diri, namun dia juga berjaya ditangkap.

:“Hasil siasatan awal, kami dapati dadah itu diperoleh dari negeri jiran untuk dijual kepada penagih di sekitar Kuala Berang dan aktiviti ini dipercayai sudah berlarutan sejak tiga tahun lalu,” katanya ketika ditemui :Sinar Harian:, semalam.

:Menurut Roslan, suspek yang bekerja sebagai buruh dan isterinya kini ditahan di bawah Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya 1952 kerana mengedar yang membawa hukuman gantung mandatori jika sabit kesalahan.

:“Selain itu, polis juga berjaya menangkap lima pengedar dadah termasuk seorang wanita dalam serbuan berasingan yang dilakukan di kawasan Setiu, Kemaman dan Kuala Terengganu sejak seminggu lalu.

:“Semua suspek yang berumur antara 27 hingga 48 tahun itu ditahan di bawah Seksyen 3 (1) Akta Dadah Berbahaya, Langkah-langkah Pencegahan Keselamatan (LLPK) 1985,” katanya.

:Menurut Roslan, tangkapan itu dilakukan melalui Ops Camar Felda di kawasan Hulu Terengganu, Setiu, Kemaman dan Kuala Terengganu bermula 19 April lalu, hasilnya seramai 421 pengedar serta penagih ditangkap.

:“Secara keseluruhan menerusi operasi berkenaan, polis berjaya merampas pelbagai jenis dadah bernilai kira-kira RM118,000 daripada pengedar dan penagih, sementara harta disita pula berjumlah RM150,000 berupa kenderaan dan wang tunai.:

:“Operasi ini ditumpukan di kawasan Felda sebagai usaha membersihkannya daripada kegiatan dadah dan kami dapati kebanyakan warganya terbabit dalam jenayah seperti pecah rumah serta curi motosikal,” katanya.

Read Full Post »

PULAU PERHENTIAN (Berita Harian): Pengalaman meneroka keindahan dasar laut menjadi kenangan manis bagi sembilan peserta apabila menang dalam dua daripada empat acara yang dipertandingkan dalam Cabaran Dasar Laut Pulau Perhentian yang berlangsung selama tiga hari bermula, Jumaat lalu.

Dua acara yang dipertandingkan ialah Pertandingan Melukis Pemandangan Dasar Laut Dalam Air dan Mencari Harta Karun di Dasar Laut yang menawarkan wang tunai sebanyak RM3,300 serta sijil penyertaan.

Tempat pertama bagi Pertandingan Melukis Pemandangan Dasar Laut dimenangi oleh Sham Hosni dari Coral Malaysia, kedua, Mohd Rashid Rahim dari Universiti Malaysia Terengganu (UMT) dan ketiga, Mohd Syaidi Hafiz Zulkifli dari UMT. Masing-masing menerima wang tunai sebanyak RM500, RM300 dan RM100 serta sijil penyertaan.

Pertandingan Mencari Harta Karun di Dasar Laut yang disertai secara berpasangan pula dimenangi oleh pasangan penyelam James Ong dan Derrick Lim, kedua, Baharim Mustaffa dan Kamaruzzaman Mohd Ariffin dari UMT, manakala ketiga oleh Ismadi Ismail dan Syed Ahmad Rizal Tn Nek juga dari UMT.

Masing-masing menerima wang tunai sebanyak RM1000, RM800 dan RM600 serta sijil penyertaan.

Hadiah disampaikan oleh Ketua Penolong Setiausaha Bahagian Perkhidmatan Pelancongan, Kementerian Pelancongan, Norsiah Patah pada Majlis Penyampaian Hadiah yang berlangsung di Perhentian Island Resort, malam kelmarin.

Turut hadir, Pengurus Besar Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Terengganu (MTPTN), Ahmad Fathil Ghani.

Read Full Post »

22032009053Alam Akademik mempunyai koleksi yang terbaik dengan lebih 100 judul majalah dalam pelbagai jenis. Majalah-majalah popular dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sememangnya dipilih khas untuk hidangan selera pembeli kami. [maklumat lanjut – klik]

Read Full Post »

BESUT 27 April – Kerajaan tidak mampu memberikan bantuan yang berterusan kepada rakyat jika tiada usaha dan komitmen yang bersungguh-sungguh daripada mereka untuk menjayakan perancangan pembangunan yang telah dibuat.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Muhammad Pehimi Yusof berkata, kerajaan sudah banyak mengeluarkan peruntukan dengan harapan dapat mengubah nasib rakyat.

Namun, katanya, pencapaian terutama dalam bidang pertanian masih tidak memuaskan berbanding peruntukan besar yang telah dikeluarkan selama ini.

”Keadaan ini berpunca daripada sikap rakyat terutama golongan petani, penternak dan nelayan yang masih tidak mahu mengubah fikiran mereka ke arah lebih positif,” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Bulan Tanaman dan Bumi Hijau Peringkat Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Putera di Dewan Serbaguna Tembila di sini semalam.

Pada majlis itu, seramai 80 peserta dari dua kampung menerima benih pokok salak dan input pertanian yang merupakan sebahagian daripada program menggalakkan rakyat bercucuk tanam bagi mengeluarkan bahan makanan.

Muhammad Pehimi berkata, sebelum ini kerajaan telah melancarkan pelbagai program dalam bidang pertanian bukan sahaja untuk menambah hasil pertanian negara tetapi juga memberikan pendapatan sampingan kepada rakyat.

Bagaimanapun, jelasnya, apa yang diharapkan oleh kerajaan tidak bertahan lama kerana rakyat hanya berminat semasa peringkat awal sahaja tetapi selepas itu mendiamkan diri.

Sementara itu, beliau berkata, di kawasan DUN Kota Putera, seramai 803 peserta dari sembilan lokasi individu dan lapan lokasi komuniti menyertai Program Bumi Hijau itu sepanjang tahun ini.

Di peringkat daerah Besut pula, tambahnya, pihaknya mensasarkan sebanyak 800 projek individu iaitu tanaman keliling rumah dan 35 projek komuniti diusahakan melibatkan seramai 700 peserta.

Read Full Post »

HULU TERENGGANU 27 April (Utusan Malaysia) – Nilai jualan barangan di pasar tani di negeri ini mencecah lebih RM12 juta setahun hasil sambutan yang diberikan pelanggan sejak dimulakan pada 1986.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Rozi Mamat berkata, dalam tempoh tiga bulan pertama tahun ini, jumlah jualan di pasar tani melebihi RM1 juta setiap bulan.

Menurut beliau, keadaan itu berlaku kerana orang ramai kini semakin gemar membeli di pasar tani yang menawarkan harga berpatutan dan barangan segar.

Katanya, sambutan yang diberikan juga adalah hasil daripada pelbagai promosi yang dianjurkan dalam menarik kedatangan pembeli.

”Pasar tani juga menawarkan diskaun 20 peratus bagi pelbagai jenis ikan air tawar sejak awal tahun ini sebagai salah satu langkah menarik lebih ramai pembeli.

”Ia merupakan antara promosi yang diadakan bagi membantu masyarakat mendapat barangan keperluan harian dengan harga berpatutan ketika negara berhadapan kemelesetan ekonomi,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Sambutan Ulang Tahun Pasar Tani Ke-24 Peringkat Negeri Terengganu 2009 di Pasar Tani Kuala Berang di sini hari ini.

Pada majlis itu, Pasar Tani Padang Hiliran, Kuala Terengganu diisytiharkan sebagai Pasar Tani Terbaik 2008 manakala Pasar Tani Jerteh, Besut diiktiraf sebagai Pengurusan Pasar Tani Terbaik 2008.

Rozi berkata, Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Terengganu telah mengenal pasti lokasi untuk mewujudkan sebuah pasar tani kekal.

”Ia merupakan tambahan kepada 10 pasar tani sedia ada,” ujarnya.

Read Full Post »

Lebih 100 Judul Majalah

Alam Akademik mempunyai koleksi yang terbaik dengan lebih 100 judul majalah dalam pelbagai jenis.

Majalah-majalah popular dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sememangnya dipilih khas untuk hidangan selera pembeli kami.

Antaranya:22032009053

  • Wanita
  • Nona
  • Harmoni
  • Libur
  • Harmoni
  • Mastika
  • Maskulin
  • Cosmopolitan
  • The Economist
  • Dapur
  • Saji
  • Roda-roda
  • Auto
  • Women’s Weekly
  • Bola Sepak
  • Kawan
  • Readers’ Digest
  • Milenia
  • Pengasuh

Anda boleh membuat panggilan dahulu untuk mengetahui samada majalah yang anda tunggu sudah sampai atau belum dengan menelefon: 09-623-1110 – Insha Allah kakitangan kami yang mesra sedia untuk membantu anda.

pengasuh

Read Full Post »

Menteri Besar Datuk  Ahmad Said is accused of  dictatorship and blatant cronyism  by his detractors
(NST) Menteri Besar Datuk Ahmad Said is accused of dictatorship and blatant cronyism by his detractors

IN an interview to commemorate his first year in office last month, Datuk Ahmad Said said his greatest challenge as Terengganu menteri besar occurred before he was appointed as one.

His description of the three-week political impasse when his appointment triggered protests from Umno colleagues sounded like nightmares one would never wish even on an enemy.

The 52-year-old Kijal assemblyman has enough years behind him to know that foes, more so political ones, never go away.

They either lie low or keep snapping at your heels until the next big opportunity to bite.

Last Friday’s Umno su-preme council meeting, chaired by president Datuk Seri Najib Razak, had many people in the state waiting expectantly.

Ahmad had just been put through another round of hell by his detractors the week before, who made it clear they wanted him replaced.

In just a week, he had to deal with a situation involving SMS death threats, police reports and a boycott of the state assembly sitting by an opposing group of Umno assemblymen.

Some of them said they had lost their patience and accused him of dictatorship and cronyism.

By Monday, word had gone around that Ahmad’s position as state liaison chief was unsafe.

And much to the delight of his detractors, this proved to be true after Najib announced that party vice-president Da-tuk Seri Hishammuddin Hussein was replacing him.

The rumour mill worked overtime on Friday night.

By Saturday morning it was on overdrive, asking the same question: is this the beginning of the end for Ahmad?

By convention, menteris besar at the helm of Barisan Nasional-controlled states also chair the state Umno liaison committee.

There have been exceptions over the years, but mostly procedural such as former menteris besar who went on to hold cabinet posts before relinquishing the committee posts to their successors.

If there was any disappointment on Ahmad’s part over the decision, it was well-masked.

Shortly after Najib’s announcement, Ahmad said he welcomed Hishammuddin’s appointment, pledged his cooperation and called on all Umno members in Terengganu to accept the party’s decision.

Ahmad, as if knowing what his fate would be, had said throughout the week that he was prepared for any decision made by the party leadership.

Sources in Ahmad’s camp said they had no reason to hit the panic button.

They believed that their boss had been a victim of a political conspiracy all along.

They said: “This group (detractors) just refused to accept that he was chosen to become the menteri besar. From then on, they never stopped looking for the slightest fault.

“He never had a level playing field to begin with. There is dirty play going on.”

Ahmad’s supporters claimed that allegations of cronyism were unfounded, as the menteri besar was entitled to make changes, either in the administration or in policies, to suit his vision and agendas.

A senior state official said: “This is normal in politics. When there’s a new leadership, there’s bound to be new faces brought in for fresh ideas and implementation.”

The official said Ahmad possessed the integrity and standing to survive the crisis.

More importantly, he claimed Ahmad had the support of the party leadership and the people, whom he believed were aware of what was going on behind the scenes.

Political observers here, however, believe there will be an end to this saga once the leadership makes a decision

Until then, Ahmad will just have to bear with the heel snapping.

Read Full Post »

The adult green peafowl is a rare species that never fails to attract local and foreign tourists.
(NST) The adult green peafowl is a rare species that never fails to attract local and foreign tourists.

KUALA LUMPUR: The rare Green Peafowl (Pavo muticus) has been given a new lease of life in the Ajil Pheasant Park in Terengganu.

The 0.7ha park will breed the birds in the hope of reintroducing them into the wild. The bird was last spotted in Peninsular Malaysia in 1958.

Park operator Oh Siong Lai said: “The pheasants, which are among the most beautiful birds in the world, are attracting local and foreign tourists. We are working with the state government to ensure the success of the project”.

The park, listed as the biggest pheasant sanctuary and breeding farm in the Malaysia Book of Records, houses more than 600 species of birds. An impressive 38 out of the 49 pheasant species in the world are found here.

“We have imported Green Peafowls from Australia to kick-start the project,” said Oh.
A teacher in Ajil, Oh started rearing pheasants as a hobby nine years ago with three pheasants which he bought for RM100.

“But when I found out that some pheasants were facing extinction, I went on the Internet to learn more about breeding them. I wanted to save them so future generations can enjoy their beauty.”

He is also planning to include small mammals such as foxes and porcupines to complement the deer and several species of monkeys he already had.

“I’ve also designed a herb garden for scholars and researchers. But this is still in the early stages as the cost of maintaining the park exceeds the collection from entrance fees,” he said.

************************************

They say it’s just a zoo

HULU TERENGGANU: The development of the pheasant sanctuary here has drawn mixed reactions from conservationists.

Malaysian Nature Society Terengganu chapter vice-chairman Anuar Abdullah McAfee said the bird sanctuary should emulate the Kota Kinabalu City Bird Sanctuary, which was within city limits, and where migrant and resident birds could be found.

The public can venture into the Sabah sanctuary to observe the birds, which are not caged or restricted.

“The Ajil Pheasant Park attracts many visitors. It is breeding and will hopefully reintroduce species once found here but it is a small area holding captive birds for public viewing,” he said.

Conservationist Lim Aun Tiah said a sanctuary must provide free movement. Although the enclosures in the park were reasonably big, the pheasants were still restricted.
Singapore National Biodiversity Centre National Parks Board assistant director (Terrestrial) Dr Geoffrey Davison, who felt the sanctuary was a zoo for pheasants, echoed the same sentiments.

He said one had to take into account how the birds were kept, how many were bred andwhat happened to the young. He was also concerned about some of the birds from Europeancountries and their survival in the Malaysian weather. — By Sean Augustin

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU (NST): Police detained 18 men for gambling in two separate raids in Kuala Terengganu and Marang on Friday.

In the first raid on a house in Kampung Telok Pelong, Pusu Tiga near Bukit Payong in Marang, 12 carpenters from Bukit Payong were arrested while gambling at 2am.

Meanwhile, five traders and a civil servant from here were detained for gambling near a food stall in Jalan Kota.

Read Full Post »

Older Posts »