Feeds:
Posts
Comments

Archive for March 12th, 2009

KUALA TERENGGANU 11 Mac (Utusan Malaysia) – Menteri Besar, Datuk Ahmad Said menafikan tanggapan yang beliau mengabaikan pembangunan di daerah Besut selepas mengambil alih tampuk pentadbiran negeri daripada Datuk Seri Idris Jusoh.

Menurutnya, tanggapan itu tidak berasas memandangkan Besut menerima lebih RM800 juta daripada bajet negeri untuk tahun 2009 yang berjumlah hampir RM1.8 bilion untuk meneruskan projek pembangunan di daerah itu.

Beliau memberitahu, antara projek berkenaan ialah Taman Ilmu berjumlah RM410 juta, Universiti Darul Iman Malaysia (UDM) berjumlah RM250 juta, Jertih Souq (RM45 juta), Sekolah Imtiaz (RM145 juta) dan Masjid Hadhari.

”Meskipun ini projek lama tapi perlu diteruskan dan peruntukannya dimasukkan dalam Bajet Negeri 2009. Walaupun Taman Ilmu belum berjaya menarik sebuah universiti pun dan peruntukan Sekolah Imtiaz besar sedangkan ia bukan sebuah universiti, namun jika ditamatkan jadi cerita lain pula.

”Jadi, kalau kata saya ketepikan Besut, itu tidak betul. Jika tidak (Besut) tinggal begitu sajalah,” katanya pada sidang akhbar menjelang setahun pentadbirannya sebagai Menteri Besar Terengganu hujung bulan ini di sini hari ini.

Ahmad dilantik sebagai Menteri Besar Terengganu menggantikan Idris selepas kemelut pemilihan yang berlanjutan kira-kira sebulan selepas selesai Pilihan Raya Umum Ke-12, Mac tahun lepas.

Menurut Menteri Besar, daerah lain di negeri ini tidak menerima peruntukan sebesar Besut, malah Kuala Terengganu yang merupakan ibu negeri masih ketinggalan dari banyak segi.

”Saya sendiri malu dan sedih melihat keadaan Kuala Terengganu terutama semasa Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu Januari lepas iaitu apabila saya masuk ke kampung tengok rumah-rumah robek sana-sini,” katanya.

Read Full Post »

pintumasuk

Mulai hari Selasa, 10hb Mac 2009, waktu perniagaan kami telah berubah kepada berikut:

Sabtu hingga Khamis : 9:00 pagi – 6:00 petang

Jumaat : 9:00 pagi – 11:00 pagi

Pastikan anda mendapat layanan terbaik dari kakitangan kami yang mesra belaka dan senyung sokmo!

rak-buku-rujukan

Read Full Post »

HULU TERENGGANU, 11 Mac (Bernama) — Kerajaan Terengganu menyediakan peruntukan lebih RM8 juta bagi memagar kawasan santuari gajah Sungai Ketiar, di Tasik Kenyir.

Menteri Besar Datuk Ahmad Said berkata kawasan seluas kira-kira 15,000 hektar itu akan dipasang pagar elektrik yang menggunakan tenaga solar dalam tempoh sebulan akan datang.

“Kita akan berunding dengan kontraktor daripada segi harga kerana kita juga perlu menggunakan tenaga solar yang melibatkan kos yang agak tinggi,” katanya kepada pemberita selepas lawatan ke santuari tersebut, dekat sini hari ini.

Turut menyertai lawatan itu ialah Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Terengganu, Rozidan Mohd Yasin.

Mengulas lanjut, Ahmad berkata kawasan tersebut juga akan ditanam dengan pokok-pokok yang menjadi makanan gajah.

Ahmad berkata santuari gajah itu yang boleh dikunjungi melalui jalan baru Kuala Berang-Tasik Kenyir-Aring-Gua Musang akan menjadi antara tarikan utama dalam usaha kerajaan negeri memajukan sektor pelancongan Terengganu.

Pada tahun lepas, beliau berkata seramai 35,000 pelancong termasuk dari Timur Tengah telah melawat santuari berkenaan.

— BERNAMA

Read Full Post »