Feeds:
Posts
Comments

Archive for March, 2009

Penemuan Batu Bersurat

KUALA TERENGGANU 30 Mac (Utusan Malaysia) – Penemuan Batu Bersurat pada 1887 di kawasan Padang Tara di tepi Sungai Tara, Kampung Buluh, Kuala Berang membuktikan Terengganu adalah sebuah negeri terawal di Malaysia menerima Islam berbanding Melaka dan Kedah.

Malah batu itu merupakan sebuah peringatan berbahasa Melayu terawal yang dijumpai di Semenanjung Malaysia berkaitan pengisytiharan agama Islam sebagai agama rasmi dan undang-undang Islam.

Kemudian pada 1902, batu itu dijumpai pula oleh Saiyed Husin Ghulam Al-Bukhari, seorang ahli perniagaan di bahagian tangga surau Kampung Buluh yang dijadikan alas membasuh kaki untuk naik ke tangga surau tersebut.

Bagaimanapun, Saiyed Husin meminta Penghulu Ali ketika itu dan orang kampung membawa batu bersurat tersebut untuk dipersembahkan kepada Sultan Zainal Abidin 111 dan kemudiannya diletakkan di atas Bukit Puteri.

Tulisan bertarikh 702 Hijrah dalam bahasa Melayu dengan tulisan jawi itu menjelaskan Islam sebagai agama rasmi dan hukum-hukum Islam mengenai perbuatan maksiat dan kenyataan palsu serta dengan hukum mengikut taraf seseorang.

Pada masa ini Batu Bersurat tersebut dipamerkan di muzium negeri untuk membolehkan generasi hari ini melihat dengan lebih dekat mengenai sejarah batu tersebut.

Selain itu, kerajaan negeri turut mewujudkan Memorial Batu Bersurat di Kuala Berang tempat penemuan batu tersebut sebagai tempat kajian dan kunjungan penduduk di negeri ini khasnya dan pelancongan amnya.

Memorial yang direka bentuk empat persegi sama seluas 11,400 x 11,400 sentimeter (sm) dan bertingkat tiga belas (13) termasuk replika Batu Bersurat yang melambangkan Rukun Iman dan jumlah daerah di Negeri Terengganu.

Bagi mengimbau sejarah penemuan batu tersebut, muzium negeri menganjurkan Seminar Batu Bersurat selama dua hari baru-baru ini dengan menghimpunkan seramai 150 peserta yang mewakili jabatan kerajaan, institusi pengajian tinggi, pertubuhan bukan kerajaan dan pelajar.

Ketika berucap pada perasmian itu, Pengarah Muzium negeri, Mohd. Yusof Abdullah mahu sebuah Pusat Penyelidikan Jawi diwujudkan di Memorial Batu Bersurat, Kuala Berang sebagai pusat penyelidikan jawi yang terunggul di negara ini.

Katanya, pemilihan di Kuala Berang itu wajar kerana daerah itu merupakan tapak penting kerana ia menjadi tempat penemuan Batu Bersurat yang membuktikan tentang pengisytiharan Islam.

”Pada masa ini kerajaan negeri telah mewujudkan Memorial Batu Bersurat di situ sebagai tempat kajian dan kunjungan pelawat dari dalam dan luar untuk melihat Replika Batu Bersurat yang ditemui pada 1887,” katanya.

Menurut beliau, pada masa ini kertas cadangan mengenai pembinaan Pusat Penyelidikan jawi itu telah siap dan akan dikemukakan kepada kerajaan negeri bagi mendapatkan kelulusan dan peruntukan.

”Dengan adanya Pusat Penyelidikan Jawi itu, ia akan menjadi tumpuan kepada para penyelidik atau pengunjung untuk mengkaji atau membuat rujukan mengenai sejarah tulisan jawi dan kedatangan Islam di negeri ini,” katanya.

Sebanyak enam kertas kerja dibentangkan dalam seminar yang julung kali diadakan anjuran muzium negeri.

Ia bertujuan untuk mengkaji dan menyelidik usul batu yang digunakan dan mengenal pasti pengaruh tulisan yang digunakan pada ketika itu.

Antara pembentang ialah Drs. Supian Sabtu dari Jabatan Pengajian Sejarah Universiti Malaya dengan tajuk Kepentingan Batu Bersurat Dalam Konteks Arkeologi, Izziah Suraiani Arshad dari Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (Batu Bersurat Terengganu: Bacaan, Tafsiran dan Ulasan Isi Kandungan).

Advertisement

Read Full Post »

Kempen dua minggu bagi bayaran tertunggak

KUALA TERENGGANU (Berita Harian) : Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) menawarkan potongan RM30 bagi setiap kompaun trafik kepada pengguna yang mempunyai saman trafik tertunggak sempena Minggu Pengurangan Bayaran Kompaun Trafik MBKT bermula 15 hingga 30 April ini.

Melalui kempen itu, setiap pengguna yang mempunyai kompaun tertunggak yang sebelum ini dikenakan RM40 bagi setiap kompaun hanya perlu membayar RM10.

Datuk Bandar, Datuk Mat Razali Kassim, berkata potongan istimewa itu diberikan berikutan MBKT mempunyai kira-kira 200,000 kompaun trafik tertunggak yang berjumlah kira-kira RM8 juta bermula 2003.

“Kempen dua minggu ini bertujuan memberikan peluang kepada pengguna yang mempunyai kompaun tertunggak untuk menjelaskan kompaun terutama bagi kesalahan meletakkan kenderaan di petak bermeter tanpa membuat bayaran, selain kesalahan menghalang laluan dan meletak kenderaan di petak tidak dibenarkan.

“Selepas tamat kempen dua minggu, pengguna yang dikenakan kompaun perlu membayar jumlah penuh iaitu RM40 dan tindakan mengunci roda kenderaan yang mempunyai tunggakan akan dilaksanakan selepas itu,” kata selepas Majlis Bertemu Pelanggan MBKT di Menara Permint di sini, semalam.

Katanya, ada antara pengguna dan pemilik kenderaan yang mempunyai sehingga 60 saman dan tidak pernah membayarnya sejak sekian lama.

Beliau berkata, tindakan mengunci tayar kenderaan yang gagal menjelaskan kompaun sudah dilaksanakan sebelum ini, bagaimanapun tahun ini penguatkuasaannya akan dilaksanakan secara agresif bagi memastikan pengguna yang mempunyai saman tertunggak dapat menjelaskan saman dengan segera.

Oleh Shaarani Ismail
shaarani@bharian.com.my

Read Full Post »


NURUL Fatimah yang cedera parah di kepala dan kaki kerana terbabit nahas ketika mengejar peragut dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah, di Kuala Terengganu.

KUALA TERENGGANU (Berita Harian): Tindakan nekad seorang wanita mengejar peragut yang melarikan beg tangannya dengan menunggang motosikal melawan arus trafik, membawa padah apabila mangsa koma selepas berlanggar dengan dua kereta di Jalan Tengku Mizan berhampiran Jambatan Sultan Mahmud di sini.

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin, berkata kejadian itu berlaku kira-kira jam 5.50 petang kelmarin ketika Nurul Fatimah Ali, 19, yang bekerja dengan sebuah syarikat pengurup wang, dalam perjalanan pulang dari pusat bandar ke rumahnya di Seberang Takir.

“Sebaik tiba di Jambatan Sultan Mahmud, seorang penunggang motosikal menghampiri mangsa dari belakang dan meragut begnya yang diletakkan di bakul motosikal sebelum melarikan diri ke arah pusat bandar dengan menunggang melawan arus trafik.

“Nurul Fatimah turut berpatah balik dan mengejar peragut itu, tetapi motosikalnya bergesel dengan sebuah Proton Savvy sebelum bertembung dengan Proton Iswara di Jalan Sultan Mizan berhadapan sebuah stesen minyak,” katanya.

Mangsa yang cedera parah di kepala dan kaki, kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ). Kemalangan itu juga menyebabkan kesesakan trafik sepanjang tiga kilometer menuju ke Jambatan Sultan Mahmud.

Zamri berkata, kes itu disiasat mengikut Seksyen 43 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan suspek masih diburu berdasarkan maklumat yang diberi saksi kejadian berkenaan.

Oleh Hamid Salleh
bhnews@bharian.com.my

***********************************************

petikan Harian Metro:

Gadis berani mati

Oleh Hadzlan Hassan dan Khairul Hamizy Ramlee
am@hmetro.com.my
KUALA TERENGGANU: Biarpun tindakannya cukup berbahaya, seorang gadis sanggup menunggang motosikal melawan arus untuk mengejar motosikal dinaiki dua lelaki yang meragut beg tangannya di bawah Jambatan Sultan Mahmud, dekat sini, kelmarin.

Dalam kejadian jam 5.30 petang, Nurul Fatimah Ali, 19, yang bertugas sebagai kerani di sebuah syarikat peminjam wang berlesen di Jalan Sultan Ismail, diragut beg tangannya ketika dalam perjalanan pulang ke Pekan Batu 6 dari pejabatnya.

Berikutan itu, dia nekad mengejar peragut terbabit walaupun terpaksa menunggang melawan arus ke arah pusat bandar raya.

Motosikalnya terlanggar cermin sisi sebuah Proton Savvy sebelum hilang kawalan lalu merempuh pula sebuah Proton Iswara di belakang.

Ini menyebabkan mangsa yang cedera di kepala, badan dan tangan kanan dimasukkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) kerana koma.

Ketika cuba mengejar motosikal peragut, Nurul Fatimah dibantu dua lelaki yang menunggang sebuah motosikal sebaik melihat kejadian itu.

Saksi, Saifulnizan Ramazan, 23, berkata dia melihat seorang gadis memecut laju mengejar sebuah motosikal dinaiki dua lelaki dengan melawan arus di bawah Jambatan Sultan Mahmud.

Katanya, jalan itu sepatutnya menghala Pekan Batu 6 dari pusat bandar raya.

“Kedua-dua motosikal itu melawan arus menghala ke Kuala Terengganu dari Batu 6. Mangsa membunyikan hon berkali-kali dan menjerit meminta pertolongan menyebabkan saya dan seorang rakan yang menaiki sebuah motosikal segera membantu.

“Kami mengekori dari belakang sebelum melihat motosikal mangsa bertembung sebuah kereta tapi kami terus mengejar penjenayah terbabit selepas melihat orang ramai membantu mangsa,” katanya yang bekerja di bengkel berhampiran.

Menurutnya, dia cuba mencari motosikal yang dikejar gadis itu hingga ke Bukit Besar, tetapi gagal menemui peragut terbabit.

“Motosikal itu jenis Honda EX5 Dream merah hati dengan seorang daripada penjenayah itu memakai baju berbelang, manakala rakannya yang menunggang gagal dicam.

“Saya percaya gadis itu diragut berhampiran bekas pondok tol kerana kejadian menimpa mangsa bukan pertama kali berlaku di kawasan itu, sebaliknya kedua dalam tempoh dua minggu menyebabkan saya geram dengan peragut,” katanya.

Abang mangsa, Mokhtar Ali, 31 pula berkata Nurul Fatimah baru enam bulan bekerja di syarikat itu.

Ketika kejadian, dia berkata, adiknya mungkin baru pulang bekerja dan membawa barangan berharga menyebabkan dia sanggup menggadai nyawa mengejar peragut berkenaan.

Bagaimanapun, seorang kakitangan tempat mangsa bekerja memberitahu Harian Metro, mangsa mungkin membawa barangan penting kerana dia ada meluahkan hasrat untuk melanjutkan pengajian di Kolej Bestari.

Namun, setakat ini, polis belum menerima laporan berhubung kejadian ragut itu menyebabkan kes berkenaan diklasifikasi sebagai kemalangan biasa walaupun ada saksi melihat dan mengejar penjenayah terbabit.

Sementara itu, Pemangku Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Trafik negeri, Deputi Superintendan Nor Azmi Isa, berkata setakat ini, pihaknya hanya menerima laporan kejadian kemalangan itu membabitkan kesalahan trafik, bukan jenayah ragut.

Sehubungan itu, beliau meminta orang ramai atau saksi yang melihat kejadian itu segera memberikan kerjasama kepada polis dengan menyalurkan maklumat bagi membantu siasatan.

“Laporan awal yang diterima menunjukkan mangsa mengekori sebuah motosikal lain secara melawan arus ke Kuala Terengganu sebelum melanggar cermin sisi sebuah Proton Savvy.

“Pelanggaran itu menyebabkan motosikal mangsa hilang kawalan lalu merempuh pula sebuah Proton Iswara di belakang.

“Mangsa cedera parah di kepala selain cedera di tangan kanan dan masih belum sedarkan diri bagi membolehkan polis mengambil keterangannya,” katanya.

Keadaan wanita itu dilaporkan stabil, tetapi masih belum sedarkan diri.

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU: A clerk who was believed to be chasing two snatch thieves crashed into two cars in an accident which has left her in a coma. Nurul Fatimah Ali is in serious condition.
Nurul Fatimah Ali is in serious condition.

Nurul Fatimah Ali, 19, from Kampung Pulau Ketam, was seen riding her bike against the flow of traffic on the Sultan Mahmud bridge when she suffered the horrific crash which has left her with head injuries and a broken arm.

Witnesses told police her motorcycle grazed a Proton Savvy before it skidded and crashed head-on into a Proton Iswara.

The impact threw her off her machine. She was rushed to Sultanah Nur Zahirah Hospital where she remains in serious but stable condition in the intensive care unit.

State Public Order and Traffic acting chief Deputy Superintendent Nor Azmi Isa said police are looking for witnesses to assist in investigations.
Car drivers Mohd Zulkarnain Omar, 27, from Kampung Gelam, Mengabang Telipot, and Wan Sumah Wan Ngah, 52, from Kuala Terengganu, escaped unhurt.

Nor Azmi said police were now looking into the possibility that Nurul Fatimah was chasing two snatch thieves who had earlier grabbed her handbag.

She had also sought the help of another motorcyclist to go after the snatch thieves.

Nor Azmi urged those with information on the case to contact the nearest police station immediately.

Read Full Post »

PENGUNJUNG tertarik melihat pameran sempena Seminar Batu Bersurat di Muzim Negeri Kuala Terengganu baru-baru ini.


KUALA TERENGGANU 30 Mac (Utusan Malaysia) – Pelbagai pihak di negeri ini menyambut baik usaha muzium negeri menganjurkan seminar Batu Bersurat kerana ia penting dalam usaha mengimbau kembali artifak bersejarah yang tiada tolak tandingannya.

Mereka menyifatkan usaha murni yang dilakukan oleh muzium negeri dalam mengkaji dan menyelidik asal usul Batu Bersurat itu amat wajar dan bertepatan.

Langkah itu, katanya, wajar kerana masyarakat terutama golongan muda kurang mengambil berat dan menghayati serta memahami sejarah.

Seorang pengkaji sejarah, Abdullah Datuk Mohd. Salleh, 66, memberitahu, langkah itu dapat mengimbas kembali sejarah terutama mengenai Batu Bersurat yang di temui di Kampung Buluh, Kuala Berang pada 1887.

Katanya, golongan muda hari ini wajar mempelajari dan mengkajinya untuk mengetahui secara mendalam sejarah kedatangan Islam di negeri ini dan tulisan jawi yang bermula di Kuala Berang.

” Saya juga berharap seminar seumpama ini dapat diadakan dari masa ke semasa bagi membolehkan pelbagai kajian dan penyelidikan dapat dilakukan melalui pelbagai sudut,” katanya.

Seorang lagi peserta, Mohd. Rafi Kori, 30, juga berasa amat bertuah dapat mengikuti seminar yang dianjurkan oleh muzium negeri.

Katanya, melalui seminar ini banyak perkara dapat dipelajari terutama mengenai Batu Bersurat dari pelbagai aspek terutama mengenai kedatangan Islam dan perkembangan tulisan jawi pada ketika itu dan berkembang sehingga hari ini.

”Sebagai generasi muda, saya agak kurang mengetahui mengenai sejarah sendiri dan melalui seminar seumpama ini dapat memberi peluang kepada saya untuk mengkaji dengan lebih mendalam,” kata beliau.

Bagi Fellow Penyelidikan Muzium Warisan Akademik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Thurraiyen Nadzrah Mohd. Ghazali, 59, usaha yang dilakukan oleh muzium negeri perlu disokong semua pihak.

Ini kerana, katanya, seminar tersebut sudah tentu dapat menyemarakkan warisan dan sejarah terutama mengenai tulisan jawi yang dilakar pada Batu Bersurat sejak zaman lampau.

” Masyarakat sekarang kurang berminat kepada warisan dan sejarah. Oleh itu, pendidikan dan pengembangan serius untuk memastikan golongan terbabit menyelami sejarah sendiri perlu ditekankan terutama mengenai kedatangan Islam di Terengganu dan bermulanya tulisan jawi,” katanya.

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU 29 Mac (Bernama) – Jumlah saman tertunggak tempat letak kereta Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) kini mencecah RM8 juta dengan 200,000 saman yang dikeluarkan masih belum dibayar.

Datuk Bandar MBKT, Datuk Mat Razali Kassim berkata, berikutan itu pihaknya akan mengambil tindakan tegas dengan menyita atau mengunci tayar kenderaan yang didapati tidak menjelaskan kompaun selepas MBKT mengadakan minggu pembayaran kompaun dari 15 hingga 30 April.

“Dalam tempoh minggu pembayaran kompaun, kami akan kurangkan setiap saman dari RM40 kepada RM10. Selepas 30 April, mana-mana kenderaan yang masih tidak menjelaskan tunggakan mereka, akan disita atau dikunci tayar, dan akan dihadapkan ke mahkamah,” katanya.

Katanya, sepanjang minggu membayar kompaun itu, pihaknya turut menyediakan kaunter yang membolehkan pemilik kenderaan membuat semakan.

Mat Razali berkata, MBKT sedang membina jalan baru yang melingkari Kampung China sepanjang kira-kira 0.8 kilometer dengan menelan belanja sebanyak RM60 juta.

Beliau berkata, jalan sehala yang dibina bermula dari Hotel Seri Malaysia melalui Pulau Warisan hingga ke Pasar Besar Kedai Payang itu, apabila siap dapat mengurangkan kesesakan jalan raya.

– BERNAMA

Read Full Post »

 Residents of Felda Residence Kuala Terengganu doing their part for Earth Hour by switching off   lights on Saturday
Residents of Felda Residence Kuala Terengganu doing their part for Earth Hour by switching off lights on Saturday

KUALA TERENGGANU (The New Straits Times): When the lights went out at 8.30pm sharp Saturday night, shouts, squeals and hoots of excitement reverberated around the Universiti Malaysia Terengganu hostel canteen.

The din was to celebrate Earth Hour, and as one student said, it brought together various races for a single cause.

A third year student in Environmental Technology (Entech) Tan Chuew Wen said the gathering of about 100 students brought together Malaysians of different creeds and colours to fight global warming.

The 23-year-old from Selangor said more environmental events should be organised as the issue transcends race and international boundaries.

“If we don’t unite it will be difficult to save the world.
“There is a Japanese saying about different bodies, but one mind, and that is the mindset we need to sow in Malaysia,” she told the New Straits Times.

Her best friend and course mate, 22-year-old Mohd Aizubbin Azhar also from Selangor, said the event was organised by the Entech students.

“This is about saving our world. And now we’ve started working together for this cause we will continue to do so regardless of our differences.”

First year student Dhaarisheni Muniandy, 21, from Penang, said she was proud to have taken part in the worldwide initiative.

“The environment is about the people as much as it is about Mother Nature.

“We are fighting for the same objective. Hinduism, Islam and Buddhism all preach taking care of the environment, so such events make us see our similarities which unites us even more.”

But around the city, with the exception of government departments, several educational institutions and hotels, the response to Earth Hour was lukewarm.

Felda Residence Kuala Terengganu sales and public relations manager Fadzly Hamzah said it is impossible for hotels to shut off the power or all the lights for security reasons, but the hotel did what it could.

Fadzly said the hotel shut the power off completely on two floors as the rooms there were unoccupied. And only the emergency lights were left on in the staircase.

“We are in the eco-tourism industry. Terengganu has been blessed with many natural wonders, so it’s only natural for us to give back whenever we can.”

Read Full Post »

.

hometuition1

Dapatkan buku-buku latihan siri HOME TUITION – After School Tuition At Home [Tuisyen Di Rumah Selepas Bersekolah] keluaran Sasbadi di Alam Akademik.

  • Penulisan
  • Tatabahasa
  • Grammar
  • Writing

Untuk Tahun 1 – 6 [Year 1 – 6] – KBSR

hometuition2hometuition3

Read Full Post »

Bersambung dari bahagian keempat Mat Spröng Kelecak Barak IV

Growing Up in Trengganu

Growing Up in Trengganu

(asal dari: Blog Awang Goneng: http://kecek-kecek.blogspot.com/ pengarang buku “Growing Up in Trengganu”

Buku GUiT boleh dibeli dari Alam Akademik RM39.90

************************************************************

Bètèng ddepang kuala napök panjang bila tèngök dari tengöh Padang Malaya . Mat Spröng tarék cölök dua tiga batang dari ddalang kötök, Cap Lada, buatang kilang Kemaf, Kelatang Match Factory. Bila tökang masok sebuöh ke tepak tedoh dari ömbök bbalék bètèng, ddalang pelabohang kawasang Syöhbandör, dia letök seputong cölök atah bedél ddepang Istana Maziöh. Dari jauh perahu besör Wang Mang masok dok tengöh pèro mmuka kuala, menuju ke Pata Telok. Mat Spröng letök sebatang macis lagi atah bedil.

Burong mura ccakak bising bbangor sama mura laing ccelöh daung pohong pinang gata atah ppala Mat, telinga dia masih dok bengang lagi masok air hök Lijöh simböh ttepi telaga hari tu. “Siok!” Mat kata, cuba nök hala burong, tapi bunyi mura making galök. “Siok!” kata Mat lagi, suara dia tinggi sikik, tapi burong-burong wak dök je ke dia.

Mat senyung ssörang, tangang dia tunjuk ke batang cölök, lepah se, se.

“Nasib baik aku,” suara dia keluör macang dia ccakak denge örang laing, tapi örang laing takdök ssörang masa tu, cuma Pök Löh Tuk, dok mmusing ttepi bangunang Posöpéh* dekak jalang besör; Pök Löh Tuk pulök dök léh wak lawang ccakak sebab dia kurang sèhak di bahagiang ppala dia. Sambil ngilling Mat akat sebatang cölök dari bedil. “Out,” dia kata. Dia ccakak orang putih sekali sekala bila siasatang dia napök macang nök jjaya.

“Munöh bukang kena susuk di hantu,” Mat kata, suara dia kerah, tegah. Ccelöh jari dia dia repéh batang cölök nömbör satu. Pök Löh Tuk mmusing making ligak ttengöh jalang ke aröh Tanjong Pasör.

“Nömbör dua, out jugök!” Mat kata. Jari dia repéh batang cölök atah bedil hök nömbör dua.

“Susuk di hantu pong dök, jjadi pelayang keda pong dök,” kata Mat. “Kalu dia kena paksa jjadi pelayang keda köpi tetu Cik Kalèh tau sebab takdök pelayang hök dia dök kenal.”

“Mung jangang ccakak pasa pelayang-pelayang keda köpi pagi-pagi Jema’ak ning, Mak,” keluör suara dari belakang bucu pagör istana. Ppala Ustaz Lèh napök dulu, paka semuta kaing ssahang burok, kaki dia paka selipa Jepung warna dök sama. Bila badang dia keluör, dada dia hitang llegang sebab lama ddö’öh dok kena bakör panah matahari. Pakaiang dia macang biasa, sehela sepinggang, kaing pelèkat cak Gajöh hök orang beri ke dia barangkali masa jamang Pök Mat dök ngammök lagi.

“Mung jangan buak aku kkejuk ggitu Ustaz Lèh, aku dok tengöh mmikir ni,” kata Mat sambil dia selok köcèk, kötök cölök dia letök ddalang seluör.

“Mung dök jjua öbak hari ning?” dia tanya bila dia napök Ustaz Lèh dök bawök akör kayu.

“Aku keluör petang sikik ari Jema’ak ning, pah örang semayang asör.” Mata Ustaz Lèh tenung Mat dök kkelik; pah tu dia tanya, “Guana budök Munöh mung tu, dök ttemung lagi?”

Mat ssedök air lior, batok köh-köh dua tiga kali.

“Macang mana mung tau pasa Munöh tu, Ustaz Lèh?”

“Kuala Teganung ning Mak, pagör buléh ccakak, anging macang surak kabör, bedil buléh beranök, burong mura bawök cerita,” kata Ustaz Lèh sambil dia tarék senyung bbira bibir.

“Kalu ggitu buléh aku tanya mung sikik: di mana gök kalu kita nök tau ha kegiatang budök-budök kita le ning?” Mata Mat tengök jauh aröh pata.

“Maksud mung kalu ada sape-sape napök Munöh?” jawab Ustaz Lèh. Cepat.

Mat anggok, mata dia tundok ke tanöh selok kerah Padang Malaya.

“Kalu ggitu mung gi tanya budök hök nama Ku Ali lepah Jema’ak hari ni, dia ada di semejid sökmö, dekat orang timbong kayu tu. Jjuruh budök nye, buléh mung wak nnatu. Lagi pong dia sekauk**, dok kkèmöh sökmö ngatta tepak, banyök dia tau ha ha luör,” kata Ustaz Lèh lagi.

Mat tarék kaing batik lepah dari bahu, dia apör atah tanöh. “Aku nök jerèngèng sebetör, pah tu aku gi,” dia kata, mata dia napök kuyu.
* * *
Sörang budök muda ddiri ccegak ttepi kayu setimbong, di bucu jalang ddepang Mansor Press, keda cètak bok hök besör sekali di Kuala Teganung. Rambut dia luruh kkilak denge minyök Brekering***, mata dia ceröh belakang cerming mata putéh bbika hitang.

“Tu dia Budök Nama Ku Ali,” kata örang dari semejid hök bawök Mat Spröng ssitu.

Masa Mat gi ddepang dia Budök Nama Ku Ali akat ppala dari bok hök dia dok baca. “Scouting for Boys,” Mat Spröng baca dalang Bahasa Inggeris pèlak Teganung. Tangang dia pegang bahu Budök Nama Ku Ali.

“Rasa macang pernöh tengök ning, kkeda kerepok Awang Hitang Ppaya Tok Bèr,” kata Budök Nama Ku Ali.

Mat Spröng anggok selalu, “Benör tu, Pök Mak selalu gi ssitu. Ning Pök Mak ada ha sikik nök tanye mung.”

“Ba’pe yang dahi Pök Mak tu napök macang bicuk sikik?” Tanya Budök Nama Ku Ali, belong apa-apa.

Mat Spröng kisör kaing hök dia paka atah seluör dia dua tiga kali. Mulok dia ssengèh antara kkejuk denge malu.

“Ning takdi Pök Mak jenera bbawöh pohong pinang gata Ppadang Malaya. Ada dua tiga èkör mura dok ggalöak cceloh daung, jatoh pelepöh kering ddamör ddahi Pök Mak. Tèngök jang döh puko dua, Pök Mak mari jembe selalu nök buak Jema’ak tapi dök dang setabok, takdök satu sa döh, pisang pong döh habih takdök ssutér.”

Budök Nama Ku Ali selok köcèk wak keluör tikèt mèröh Teganung Bah Kömpeni. Dia selik tikèt ccelöh muka surak, dia tutop bok, masok ddalang köcèk baju Melayu.

“Ada ha apa Pök Mak?” tanya Budök Nama Ku Ali bila bang waktu asör keluör dari serömböng di pucök nnara.

[Ssambong lagi…To be Continued]

——————-
* Post Office
** Scout (Boy Scout), also known as ngakkak.
*** Brylcreem™

Read Full Post »

Utusana Malaysia (25 Mac 09) – SEJAJAR dengan pelaksanaan Bulan Dakwah di seluruh negara, Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Bahagian Negeri Terengganu telah menerajui kerjasama dengan beberapa agensi kerajaan seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), Jabatan Hal Ehwal Orang Asli (JHEOA) Negeri Terengganu dan Kelab Perkim Universiti Darul Iman (UDM) mengadakan aktiviti bercorak kebajikan sosial di Perkampungan Orang Asli Sungai Pergam, Hulu Jabur, Kemaman bermula 5 hingga 7 Mac lalu.

Program yang dinamakan Integrasi Sosial Bersama Masyarakat Kampung Sungai Pergam ini telah berjalan lancar dan menepati hasrat utamanya iaitu merapatkan hubungan dan juga menyemai cara hidup Islam yang sebenar di kalangan masyarakat Orang Asli di kampung berkenaan.

Jalinan kerjasama pelbagai pihak lain seperti Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Felcra, KEMAS, Pejabat Kesihatan Daerah, Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM) dan juga daripada JKKK Kampung Sungai Pergam sendiri, banyak pengisian menarik telah berjaya diadakan sepanjang program itu.

Menurut Penyelaras Program yang juga Pegawai Eksekutif Perkim Bahagian Negeri Terengganu, Mohd. Subri Jaafar, aktiviti yang menjadi teras utama kejayaan program ini ialah konsep keluarga angkat yang diadakan.

“Pelajar-pelajar Kelab Perkim UDM telah diterima sebagai anak angkat kepada penduduk kampung. Mereka telah diberi peranan untuk mewujud dan menjalinkan hubungan serta kemesraan dengan keluarga angkat untuk jangka masa panjang.

“Selain bantuan daripada aspek pembelajaran kepada adik-adik angkat, mereka juga diminta mempraktikkan sifat kecaknaan (prihatin) kepada keluarga angkat mereka dalam semua segi termasuk kebersihan, kesihatan dan keagamaan,” ujar Subri.

Malah tambah beliau, kejayaan mewujudkan keluarga angkat ini amat bermakna bagi semua pihak yang terlibat, kerana inilah kali pertama masyarakat kampung tersebut bersedia menerima anak angkat. Selama ini mereka bersifat merendah diri dan tidak mahu menerima anak angkat.

Program integrasi pada kali ini juga mencipta sejarah tersendiri bagi penduduk kampung kerana enam pasangan daripada kalangan mereka telah berjaya diijabkabul dan disandingkan.

Selepas upacara akad nikah, mereka telah diarak ke pentas utama untuk majlis keraian dan persandingan. Ternyata sambutan yang diberikan oleh penduduk kampung amat menggalakkan dan mereka cukup tertarik dengan majlis yang diadakan.

Pelbagai aktiviti lain juga diadakan seperti Bengkel Bimbingan Busana Muslim, Pertandingan Penghayatan Islam merangkumi kuiz, pertandingan azan, membaca puisi dan juga karaoke nasyid. Juga diadakan pertandingan sukaneka, bolasepak dan juga tarik tali.

Pihak Pejabat Kesihatan pula mengadakan pemeriksaan kesihatan percuma dan juga pameran kesihatan kepada penduduk kampung dan juga masyarakat kampung berjiran, manakala pihak KEMAS dengan kerjasama Pejabat Kesihatan Kemaman mengadakan Pertandingan Rumah Bersih.

Program tiga hari dua malam itu telah disempurnakan perasmian penutupnya oleh Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri Terengganu, Khazan Che Mat. Turut hadir ialah Naib Pengerusi Perkim Kebangsaan, Prof. Datuk Dr. Ariffin Shuhaimi, Pengerusi Perkim Negeri Terengganu, Datuk Ismail Yahya, wakil Ketua Pengarah Jakim, Ustaz Hashim Salleh dan beberapa orang kenamaan lain.

Khazan dalam ucapannya menjelaskan bahawa prinsip sebenar agama Islam adalah bersifat membimbing manusia ke arah kebaikan dan juga kejayaan. Islam bukanlah agama yang menyusahkan atau membawa manusia kepada permusuhan.

Beliau menyeru kepada masyarakat kampung agar menghayati ajaran Islam yang sebenarnya, bukanlah sekadar pada nama sahaja.

Pihak kerajaan sentiasa berusaha membantu masyarakat Orang Asli untuk maju dan mendalami ajaran Islam melalui pelantikan Penggerak Masyarakat Jakim dan juga menyediakan kemudahan infrastruktur seperti surau, pusat aktiviti dan sebagainya.

Aspek pendidikan juga turut disentuh oleh beliau, khususnya dalam melaksanakan hasrat kerajaan memastikan sifar buta huruf di negara ini.

Tegasnya, hanya dengan pelajaran Orang Asli akan bertambah maju dan boleh menguruskan hidup mereka dengan sempurna di masa akan datang.

Pada majlis itu, selain meraikan pengantin dengan renjisan air mawar dan bunga rampai, Khazan turut menyampaikan hadiah kepada setiap pasangan dan juga kepada pemenang-pemenang pertandingan yang telah diadakan sepanjang program.

Dengan kerjasama berbagai pihak usaha dakwah yang dijalankan kepada masyarakat Orang Asli semakin menunjukkan kesan yang baik dari masa ke semasa khusus dalam aspek membudayakan cara hidup Islam di kalangan mereka.

Read Full Post »

Older Posts »