KUALA TERENGGANU 26 Feb. [Utusan] – Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan mengubah aliran laluan trafik di beberapa kawasan di sekitar pusat bandar raya ini bagi mengatasi masalah kesesakan jalan raya bermula bulan depan.
Datuk Bandar, Datuk Mat Razali Kassim berkata, perubahan yang akan dilakukan termasuk mewujudkan jalan sehala di kawasan yang sering menjadi tumpuan orang ramai.
”Bagi melicinkan pergerakan trafik di sekitar bandar raya ini, MBKT dengan kerjasama agensi-agensi berkaitan telah membuat perancangan mengubah laluan bagi mengelak kesesakan lalulintas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata, antara laluan yang terlibat dalam perubahan itu ialah Jalan Air Jernih iaitu bermula dari persimpangan Tenaga Nasional Berhad hingga ke simpang empat Jalan Sultan Ismail.
”Laluan ini diubah menjadi laluan sehala dengan arah alirannya bermula dari susur masuk Jalan Kemajuan sehingga susur keluar Jalan Sultan Ismail,” ujarnya.
Beliau menambah, laluan dari simpang empat Jalan Sultan Ismail berdekatan Bangunan PMINT hingga ke simpang empat Jalan Sultan Ismail juga akan diubah menjadi laluan sehala.
”Arah alirannya akan bermula dari susur masuk di Bangunan PMINT menuju ke persimpangan Jalan Tok Lam,” katanya.
Beliau berkata, aliran di Jalan Batas Baru juga akan diubah menjadi laluan sehala, bermula dari simpang empat berdekatan bangunan Kokitab hingga ke simpang tiga menuju ke Jalan Kemajuan.
”Ia turut melibatkan laluan dari persimpanan Jalan Batas Baru ke Jalan Air Jernih,” katanya.
[…] Aliran trafik pusat bandar raya diubah […]
[…] Aliran trafik pusat bandar raya diubah Possibly related posts: (automatically generated)MBKT kuat kuasa laluan selorong di bandar rayaLaluan sehala gagal atasi kesesakan di bandar rayaDUN Rhu Rendang terus dimajuBanyak jalan Persekutuan tak tepati garis panduan […]