Feeds:
Posts
Comments

Archive for February 27th, 2009

KUALA TERENGGANU 26 Feb. [Utusan] – Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) akan mengubah aliran laluan trafik di beberapa kawasan di sekitar pusat bandar raya ini bagi mengatasi masalah kesesakan jalan raya bermula bulan depan.

Datuk Bandar, Datuk Mat Razali Kassim berkata, perubahan yang akan dilakukan termasuk mewujudkan jalan sehala di kawasan yang sering menjadi tumpuan orang ramai.

”Bagi melicinkan pergerakan trafik di sekitar bandar raya ini, MBKT dengan kerjasama agensi-agensi berkaitan telah membuat perancangan mengubah laluan bagi mengelak kesesakan lalulintas,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata, antara laluan yang terlibat dalam perubahan itu ialah Jalan Air Jernih iaitu bermula dari persimpangan Tenaga Nasional Berhad hingga ke simpang empat Jalan Sultan Ismail.

”Laluan ini diubah menjadi laluan sehala dengan arah alirannya bermula dari susur masuk Jalan Kemajuan sehingga susur keluar Jalan Sultan Ismail,” ujarnya.

Beliau menambah, laluan dari simpang empat Jalan Sultan Ismail berdekatan Bangunan PMINT hingga ke simpang empat Jalan Sultan Ismail juga akan diubah menjadi laluan sehala.

”Arah alirannya akan bermula dari susur masuk di Bangunan PMINT menuju ke persimpangan Jalan Tok Lam,” katanya.

Beliau berkata, aliran di Jalan Batas Baru juga akan diubah menjadi laluan sehala, bermula dari simpang empat berdekatan bangunan Kokitab hingga ke simpang tiga menuju ke Jalan Kemajuan.

”Ia turut melibatkan laluan dari persimpanan Jalan Batas Baru ke Jalan Air Jernih,” katanya.

Read Full Post »

Buy this set of books suitable for Primary 6 to secondary school students:

These books were published by Oxford University Press UK

This set of 3 is available with a very special price… only RM15.00!

  1. Vixie – by Angela Ball (138 pages)
  2. The Devil Finds Work – by Roger J. Green (172 pages)
  3. The Eyes of The Blind – by Alison Morgan (208 pages)

With each set of books purchased you are entitled to get another book for free: Little Angel Bonjour – by Rachel Anderson

The Devil Finds Work

The Devil Finds Work

Little Angel, Bonjour!

Little Angel, Bonjour!

Original Prices:

  1. Vixie – RM15.00
  2. The Devil Finds Work – RM14.80
  3. The Eyes of The Blind – RM14.80
  4. Little Angel Bonjour – RM8.00

Also available individually with these special prices:

  1. Vixie – RM5.00
  2. The Devil Finds Work – RM5.00
  3. The Eyes of The Blind – RM5.00
  4. Little Angel Bonjour – RM3.00

Read the reviews of the above books here:

  1. Vixie – http://www.amazon.com/Vixie-Angela-Ball/dp/0192715550 atau http://search.barnesandnoble.com/Vixie/Angela-Ball/e/9780192715555/?itm=9
  2. The Devil Finds Work – http://www.abebooks.com/products/0192715569
  3. The Eyes of The Blind –http://www.amazon.com/Eyes-Blind-Alison-Morgan/dp/0192715429/ref=sr_1_1?ie=UTF8&s=books&qid=1234964676&sr=8-1 atau
  4. Little Angel Bonjour – http://www.amazon.com/Little-Angel-Bonjour-Rachel-Anderson/dp/0192715917 atau http://www.fantasticfiction.co.uk/a/rachel-anderson/little-angel-bonjour.htm

Read Full Post »

ORANG ramai setia menunggu nelayan untuk membeli ikan segar di pantai Tok Jembal yang mengalami hakisan.


KUALA TERENGGANU 26 Feb. – Keindahan pantai yang terdapat di negeri ini sememangnya tidak perlu dipertikai lagi lebih-lebih lagi melihat kepada pasirnya yang putih bersih.

Justeru, kecantikan pantai itu harus dikekalkan dan dipertahankan dengan penjagaan melalui kaedah pemuliharaan oleh segenap lapisan masyarakat.

Bagaimanapun, sebaliknya berlaku di kawasan pantai berdekatan Kampung Tok Jembal di sini.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati berlaku hakisan teruk sepanjang pantai berkenaan sepanjang kira-kira 300 meter.

Pokok rhu dan kelapa sawit juga dapat dilihat tumbang selain condong dan hampir menyembah bumi.

Seorang penduduk Kampung Tok Jembal, Othman Hassan, 53, ketika ditemui berkata, hakisan pantai berkenaan bermula sejak Disember lalu.

”Kira-kira 50 meter pantai terhakis sepanjang 300 meter pantai ini. Keadaan ini berlaku kerana ombak kuat ketika musim tengkujuh.

”Keadaan bertambah buruk ekoran penambakan berdekatan Lapangan Terbang Sultan Mahmud yang menyebabkan ombak bertambah kuat di kawasan ini,” katanya.

Beliau yang bekerja kampung berkata, jika tiupan angin semakin kuat, pantai itu mungkin lebih cepat dihakis.

Menurutnya, kira-kira 30 buah pokok termasuk pokok rhu dan kelapa yang ditanam di sepanjang pantai itu tumbang sejak kejadian berkenaan.

Rakannya, Omar Taib, 80, berkata, hakisan tersebut jika tidak dibendung daripada berterusan mungkin akan mengganggu kehidupan penduduk kampung tersebut yang majoritinya merupakan nelayan.

”Kira-kira 50 buah bot nelayan menggunakan pantai itu untuk mendaratkan hasil tangkapan mereka.

”Jika hakisan pantai berkenaan menjadi lebih buruk, kami akan mengalami kesukaran untuk menjalankan aktiviti pendaratan hasil tangkapan,” katanya.

Beliau berkata, sebelum ini pendaratan hasil tangkapan dilakukan kira-kira 100 meter dari pantai Tok Jembal.

”Bagaimanapun, kami mula mendaratkan bot di sini selepas projek pembinaan lapangan terbang dan penambakan pantai dijalankan di sana,” ujarnya.

Warga emas yang turut menjual hasil tangkapan di pantai tersebut menambah, mereka tidak tahu di mana lagi akan menjalankan kegiatan harian seperti menangkap ikan setelah mengalami hakisan kuat di pantai berkenaan.

Dalam pada itu, seorang lagi penduduk kampung, Salwadi Sulaiman, 18, meminta pihak berkaitan membantu menyelesaikan masalah itu.

”Keindahan pantai di sini juga akan terjejas jika masalah itu tidak diberi perhatian secepat mungkin.

”Pantai ini juga sering didatangi oleh orang ramai bersama keluarga masing-masing untuk beriadah,” katanya.

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU 26 Feb. [Utusan] – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menahan 23 nelayan asing Vietnam termasuk sembilan remaja bawah umur yang menangkap ikan secara haram di perairan negeri ini dalam dua kejadian berasingan semalam.

Ketua Penguat Kuasa APMM Terengganu, Komander Maritim Syed Mohd. Fuzi Syed Hassan berkata, dalam kejadian pertama kira-kira pukul 10.30 pagi, Kapal Maritim Segantang melakukan rondaan berdekatan Pelantar Minyak Semangkuk A.

Menurutnya, rondaan yang diketuai Leftenan Maritim Khairul Anuar Abdul Majid itu dibuat selepas APMM menerima maklumat daripada kakitangan pelantar minyak itu terdapat bot nelayan mencurigakan berlegar-legar di sekitar kawasan itu.

“Kapal peronda itu kemudian terserempak dengan sebuah bot nelayan asing yang membawa lapan nelayan Vietnam sedang menangkap ikan di bawah pelantar minyak berkenaan.

“Bot nelayan itu cuba melarikan diri apabila menyedari kehadiran kapal peronda tersebut, tetapi ia berjaya ditahan selepas dikejar kira-kira 10 minit,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata, hasil pemeriksaan terhadap tekong dan tujuh awak-awak berusia antara 15 hingga 46 tahun itu, nelayan terbabit tidak mempunyai permit menangkap ikan dan dokumen pengenalan diri.

Dalam kejadian berasingan kira-kira pukul 11.11 pagi, katanya, kapal peronda yang sama menahan sebuah bot lagi nelayan Vietnam kira-kira 74 batu nautika dari perairan Kuala Terengganu.

“Hasil pemeriksaan mendapati, tekong dan 15 awak-awak berusia antara 14 hingga 41 tahun melakukan kesalahan yang sama iaitu tidak memiliki dokumen pengenalan dan permit menangkap ikan,” ujarnya.

Beliau memberitahu, APMM merampas kira-kira 800 kilogram hasil tangkapan iaitu pelbagai jenis ikan dan sotong bernilai RM5,600 daripada kedua-dua bot nelayan asing tersebut.

Katanya, semua nelayan asing tersebut akan didakwa di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Perikanan 1985.

Dalam pada itu, beliau berkata, pihaknya telah menahan 68 nelayan asing bersama tujuh bot sepanjang bulan ini.

“Pemantauan dan penguatkuasaan di kawasan perairan di negeri ini kini lebih berkesan selepas berakhirnya musim tengkujuh,” katanya.

Read Full Post »