Feeds:
Posts
Comments

Archive for February 25th, 2009

KUALA TERENGGANU, 25 Feb (Bernama) — Lebih 230 orang peserta dari 13 buah negara dijangka menyertai kejohanan Triathlon Antarabangsa Tasik Kenyir kali kelima di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu pada 28 hingga 29 Mac depan.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Sekretariat Wilayah Ekonomi Pantai Timur (ECER) di sini hari ini, antara peserta yang dijangka menyertai kejohanan itu termasuklah dari Amerika Syarikat, United Kingdom, Jepun, Belanda, Australia, Jerman, Perancis, Singapura, Thailand serta Malaysia.

“Acara tahunan kali kelima ini akan menyaksikan peserta menguji kekuatan dan ketahanan mereka dalam acara triathlon iaitu renang 1.5 kilometer, berbasikal 40 kilometer dan larian 10 kilometer.

“Ini merupakan satu lagi acara persada di bawah ECER bagi meningkatkan aktiviti pelancongan di negeri Terengganu,” katanya.

Katanya ia terbahagi kepada lapan kategori — lelaki berganti-ganti, campuran berganti-ganti, lelaki 16-29 tahun, lelaki 30-39 tahun, lelaki 40-49 tahun, lelaki 50 tahun keatas, wanita 16-34 tahun dan wanita 35 tahun ke atas.

Kejohanan itu menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan berjumlah RM50,000 dan pasukan yang berminat untuk acara berganti-ganti dikenakan yuran penyertaan sebanyak RM150 manakala peserta individu perlu membayar yuran penyertaan RM60.

Borang penyertaan acara tersebut perlu diserahkan sebelum 20 Mac, manakala pendaftaran akan diadakan di Tasik Kenyir Resort dan Spa pada 28 Mac.

Terkenal dengan keindahan semulajadi, flora dan fauna, Tasik Kenyir telah dipilih untuk pembangunan akuakultur dan pelancongan di bawah ECER.

Tasik Kenyir mempunyai 340 pulau dalam kawasan perairan seluas 38,000 hektar dengan pulau terbesar hampir sama dengan saiz Singapura, 14 air terjun, dan gua batu kapur yang dipercayai pernah didiami oleh orang Neolitik .

Tahun lepas, Terengganu mencatatkan kehadiran pelancong berjumlah 3.5 juta orang bersempena Tahun Melawat Terengganu, peningkatan 24 peratus berbanding 2.8 juta pelawat pada 2007.

— BERNAMA

Advertisement

Read Full Post »

APMM jamin keselamatan

leftenan Khairul Anuar Abd Majid (kanan) bersama anggota APMM kapal Segantang menahan nelayan Thailand yang menangkap ikan dalam perairan Malaysia di lokasi 4 batu nautika dari pelantar minyak Semangkuk, Terengganu, baru-baru ini. – UTUSAN / AZLAN BAHRUM

MARANG 24 Feb [utusan.com.my]. – Kewujudan agensi penguatkuasaan undang-undang termasuk polis dan tentera membolehkan rakyat Malaysia menikmati keamanan dan kemakmuran sejak penubuhannya lebih 50 tahun lalu.

Ini kerana agensi-agensi berkenaan telah memastikan negara ini serta rakyat sentiasa terhindar daripada pelbagai ancaman yang boleh menggugat keselamatan kita semua.

Begitu juga usaha kerajaan menubuhkan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) empat tahun lalu dalam memperkukuhkan pemantauan dan penguatkuasaan undang-undang di perairan negara berjaya menjaga keselamatan maritim Malaysia.

Melalui beberapa rancangan televisyen, rakyat Malaysia boleh melihat bagaimana polis dan tentera melakukan operasi dalam membanteras jenayah dan kegiatan yang menjadi ancaman kepada negara.

Malah, operasi anggota penguatkuasaan berkenaan turut menjadi plot-plot rancangan drama yang ditayangkan di kaca televisyen.

Justeru, pasti ramai akan bertanya bagaimana pula dengan operasi yang dilancarkan APMM, adakah ia berbeza dengan operasi yang dilaksanakan di darat dan di laut?

Ketua Penguat Kuasa APMM Wilayah Timur, Datuk Hamzah Ismail berkata, operasi APMM bermula sama seperti agensi penguatkuasaan lain iaitu dengan melakukan pemantauan dan rondaan di sekitar kawasan perairan.

“Kebanyakan kes dan kegiatan haram yang dilakukan dikesan melalui rondaan yang dilakukan di sekitar kawasan yang telah diketahui menjadi lokasi-lokasi kegiatan tersebut.

“Kami juga melakukan pemantauan di kawasan tertentu selepas menerima maklumat dan informasi daripada komuniti maritim terutama nelayan,” katanya.

Jelas Hamzah, senario pemeriksaan dan penggeledahan yang dilakukan apabila sebuah bot atau kapal nelayan yang disyaki melakukan aktiviti menangkap ikan secara haram, satu perintah operasi akan dikeluarkan dan satu pasukan menggeledah akan ditubuhkan.

“Anggota pasukan menggeledah akan menaiki dua bot lalu menghampiri dan mengelilingi bot nelayan disyaki dan jumlah keanggotaan pasukan ini bergantung kepada saiz bot atau kapal yang akan ditahan.

“Selepas mengelilingi bot nelayan itu, anggota pasukan bersedia untuk menaiki bot berkenaan,” katanya.

Beliau menambah, apabila menaiki bot nelayan tersebut, empat anggota pasukan itu akan berpecah kepada dua kumpulan dan memeriksa bot berkenaan.

Jelasnya, satu pasukan akan memeriksa geladak atas bot manakala satu lagi pasukan melakukan pemeriksaan di bilik enjin bot.

“Ketua pasukan akan mengarahkan tekong dan awak-awak bot nelayan tersebut untuk berkumpul di bahagian hadapan bot untuk pemeriksaan.

“Tekong dan awak-awak berkenaan akan diperiksa badan sekiranya terdapat senjata bahaya. Ini dilakukan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini,” katanya.

Beliau memberitahu, anggota pasukan pemeriksaan dan penggeledahan kemudian akan memeriksa dokumen-dokumen yang diperlukan untuk membolehkan mereka menangkap hasil laut di kawasan perairan negara.

“Antara dokumen yang akan diperiksa ialah lesen, permit bagi pekerja nelayan asing, peralatan menangkap ikan, jumlah krew bot dan buku pendaftaran bot.

“Anggota pasukan juga akan memastikan bot nelayan melakukan aktiviti menangkap ikan di zon penangkapan ikan yang dibenarkan,” tambahnya.

Kata Hamzah, kesemua krew bot tersebut akan ditahan jika didapati melakukan kesalahan di bawah Akta Perikanan 1985.

“Bot nelayan berkenaan kemudian akan ditunda ke jeti APMM,” katanya.

Beliau menambah, sekiranya APMM menemui kegiatan jenayah lain yang berlaku di bot berkenaan seperti penyeludupan diesel dan dadah, kes berkenaan akan diserahkan kepada agensi penguatkuasaan berkaitan.

Read Full Post »

Peta Mercutanda Bandar Kuala Terengganu

Peta Mercutanda Bandar Kuala Terengganu

Untuk imej yang lebih besar:

http://alamakademik.bravehost.com/peta_mercutandaKT.JPG

Read Full Post »