Feeds:
Posts
Comments

Archive for February 15th, 2009

Terbitan terbaru: Fikir dan Zikir

Pengarang: Profesor Dr. Sidek Baba

Fikir dan Zikir

Fikir dan Zikir

Penerbit: Dewan Bahasa dan Pustaka

Sinopsis:

Buku “Fikir dan Zikir” menghuraikan cara berfikir manusia yang bertunjangkan Islam sebagai landasannya.

Pemikiran berasaskan Barat banyak menghubungkan akal atau minda dengan asas-asas yang rasional, logik, kritikal, analitis dan strategik berdasarkan pendekatan empiris.

Pemikiran yang berteraskan Islam menghubungkan apa yang difikirkan dengan nilai dan etika. Sesuatu yang bernilai dan beretika adalah bersumberkan agama.

Dalam Islam, nilai-nilai Islam merupakan sandaran berfikir yang utama untuk menghubungkan pemikiran dengan keupayaan akal berasaskan al-Quran sebagai petunjuk.

Buku ini mengambil pendekatan sederhana, iaitu tidak terlal ilmiah agar mudah difahami oleh pembaca umum.

*******************************

Boleh didapati di Alam Akademik dengan harga RM20.00 senaskah

Advertisement

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU, 15 Feb (Bernama) — Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Senator Datuk Maznah Mazlan cedera ringan apabila terlibat dalam satu kemalangan jalan raya melibatkan sebuah kenderaan Jabatan Kesihatan di Jalan Tengku Tengah Zaharah di Kuala Terengganu tengah hari ini.

— BERNAMA

***********

Maznah Mazlan Patah Tangan Kiri Kemalangan Di Terengganu

<!–

By: Ramjit

–>

KUALA TERENGGANU, 15 Feb (Bernama) — Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Maznah Mazlan patah tangan kirinya setelah kenderaan yang beliau naiki dilanggar sebuah kenderaan pacuan empat roda milik Jabatan Kesihatan negeri di Jalan Tengku Ampuan Intan Tengah Zaharah di sini hari ini.

Ketika kejadian kira-kira pukul 1.30 tengah hari itu, Maznah yang menaiki kenderaan tersebut bersama pengawal keselamatannnya dilaporkan dalam perjalanan menuju ke Kuala Terengganu setelah menghadiri satu majlis penyampaian sumbangan di Batu Rakit sebelum terlibat dalam kemalangan yang berlaku berhampiran pintu masuk ke kem Batalion Kesembilan Pasukan Gerakan Am itu.

Ketua Jabatan Kententeraman Awam dan Trafik Terengganu Supt Farid Mahmud berkata ketika kejadian kenderaan Mitshubishi Pajero milik Jabatan Kesihatan itu yang dalam perjalanan menuju ke Besut dikatakan cuba mengelak sebuah kenderaan lain yang berhenti secara mengejut di hadapannya sebelum terbabas ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kenderaan yang dinaiki Maznah itu.

“Ketika cuba mengelak Mitsubishi Pajero berkenaan telah masuk ke laluan kanan lalu bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda Toyota Fortuner milik Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) yang dinaiki Maznah,” katanya kepada pemberita di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini hari ini.

Ekoran kejadian itu, katanya Maznah bersama tiga orang lagi yang menaiki kenderaan yang sama dan dua orang yang menaiki kenderaan Jabatan Kesihatan telah dibawa ke HSNZ untuk mendapatkan rawatan oleh Jabatan Pertahanan Awam (JPA3).

Sementara itu, Timbalan Pengarah Kesihatan negeri Dr Mohammad Omar berkata setelah ujian sinar X dijalankan petang ini, Maznah disahkan patah tangan kirinya.

“Beliau mungkin akan dimasukkan ke wad sehari untuk menerima rawatan lanjut bergantung kepada keadaan kesihatan,” katanya.

Katanya tiga orang menaiki kenderaan yang sama dengan Maznah iaitu Ketua Kerani JPS Kuala Terengganu Norizan Salleh, 50, pengawal keselamatan Maznah Mohd Azhar Kamaruddin, 25, dan pemandu JPS Mohammad Muda, 55 mengalami cedera ringan, masing-masing di dahi, terseliuh peha kiri dan dada.

Dua kakitangan Jabatan Kesihatan iaitu Pegawai Pendidikan Kesihatan Nurul Ashikin Abdullah, 41, dan pemandu Unit Pendidikan Kesihatan Mohd Suhaimi Abdullah juga mengalami cedera ringan.

Turut kelihatan melawat Maznah di HSNZ adalah suaminya Ahmad Razif Abdul Rahman, Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Perdagangan dan Alam Sekitar Negeri Toh Chin Yaw dan Anggota Parlimen Kuala Nerus Datuk Mohd Nasir Ibrahim Fikri.

— BERNAMA

Read Full Post »