![]() |
wan Harujan Sulaiman (dua dari kiri) menerima zakat daripada Ahmad Zalem Ismail di pejabat Maidam, Kuala Terengganu, semalam.
|
KUALA TERENGGANU (Utusan Malaysia) 11 Feb. – Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam) menerima pembayaran pelbagai jenis zakat berjumlah RM4.749 juta sejak awal bulan lalu.
Ketua Pegawai Eksekutif Maidam, Wan Harujan Sulaiman berkata, daripada jumlah tersebut kira-kira RM2.165 juta kutipan zakat pendapatan.
”Kita menjangka menerima kutipan zakat lebih atau sama banyak dengan kutipan dalam tempoh yang sama tahun lepas iaitu sebanyak RM5.3 juta,” katanya selepas majlis penyerahan zakat daripada Etiqa Takaful Berhad Terengganu dan Takaful Malaysia.
Maidam menerima sebanyak RM155,417.95 daripada Ketua Divisyen Syariah Etiqa, Ahmad Zalem Ismail dan RM231,191.63 daripada Eksekutif Pembangunan Perniagaan Takaful, Rosli Muhammad.
Wan Harujan berkata, Maidam mengutip sebanyak RM66.2 juta pelbagai jenis zakat sepanjang tahun lepas berbanding kira-kira RM50.274 juta pada tahun sebelumnya.
Katanya, zakat yang diterima merupakan zakat pendapatan iaitu sebanyak RM23.265 juta dan kira-kira RM20.47 juta adalah zakat perniagaan.
”Kita juga mengutip sebanyak RM12.685 juta zakat wang simpanan, RM5.048 juta zakat fitrah (wang tunai) dan RM3.316 juta zakat harta sepanjang tahun lepas,” katanya.
Beliau memberitahu, kesemua zakat yang dikutip telah diagihkan mengikut asnaf.
”Sebanyak RM8.3 juta telah diagihkan kepada asnaf fisabilillah, amir (RM9.4 juta), fakir (RM3.2 juta), miskin (RM13.5 juta), mualaf (RM1.05 juta), ibnu sabil (RM0.13 juta) dan al-gharimin (RM0.68 juta),” katanya.
Leave a Reply