Feeds:
Posts
Comments

Archive for February 6th, 2009

KUALA TERENGGANU (Harian Metro):  “Dia tak menjerit meminta tolong seolah-olah bertarung nyawa seorang diri, malah ketika pautan kami terlepas, dia sempat memandang dan tersenyum sebelum hilang daripada pandangan,” kata Shafiq Zamri, 19, rakan kepada Abdullah Iskandar Mohd Yusuf, 19, yang dikhuatiri lemas di Lagun Kuala Ibai dekat Masjid Tengku Tengah Zaharah di sini, kelmarin.

Ketika menceritakan detik cemas itu kira-kira jam 6.30 petang, Shafiq berkata, sebaik melihat mangsa terkapai-kapai, dia dan rakan segera menghampirinya.

Ketika kejadian, tujuh pelajar jurusan kejuruteraan elektrik Kolej Komuniti Kuala Terengganu mandi di kawasan berkenaan.

Katanya, dia dan seorang lagi rakan, Mohd Shaifuddin Abdullah, 19, hanya mampu melihat mangsa hanyut dibawa arus sebelum kembali ke darat mendapatkan pertolongan.

“Kami cuba memaut lehernya untuk ditarik ke darat, tapi terlepas,” katanya.

Advertisement

Read Full Post »