Feeds:
Posts
Comments

Archive for January, 2009

KUALA TERENGGANU, 31 Jan (Bernama) — Seorang lelaki maut setelah motosikal yang ditungganginya merempuh sebuah kenderaan pacuan empat roda milik Polis Diraja Malaysia dalam satu kemalangan yang berlaku di Jalan Sultan Mahmud, Kuala Ibai, di sini pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.40 pagi itu, mangsa Abdul Qahar Mansor, 23, yang merupakan anak saudara kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang, dari Rusila, Marang meninggal dunia di tempat kejadian berikutan kecederaan serius di leher dan kepala.

Ketua Polis Terengganu Datuk Mohd Shukri Dahlan berkata kejadian dipercayai berlaku apabila motosikal yang ditunggangi oleh mangsa merempuh Honda CRV dipandu oleh seorang anggota polis dari Bukit Aman yang ketika itu sedang keluar dari bahu kiri jalan arah Kuala Ibai menuju Kuala Terengganu.

“Mangsa yang bekerja sebagai buruh kilang batu bata dipercayai gagal mengawal motosikalnya lalu merempuh bahagian tepi sebelah kanan kenderaan pacuan empat roda itu menyebabkan mangsa mengalami kecederaan serius sebelum meninggal di tempat kejadian,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Berikutan kejadian itu, anggota polis berkenaan yang datang ke sini atas tugasan rasmi membawa seorang pegawai kanan polis membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Terengganu.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

— BERNAMA

Advertisement

Read Full Post »

KUALA LUMPUR, Jan 18 (Bernama) — Services application provider, SOAK Technologies Sdn Bhd will invest RM200 million over three years to establish a high speed broadband access network to meet the demands of present day customers.

Its chief executive officer, Norhisham Mohamad Noor said SOAK planned to offer sophisticated telecommunication services that met the demands of customers whose priority was fast and beyond border communications.

“Our vision is to built a broadband access that is safe and can be relied on based on a 2.3 gigahertz spectrum in collaboration with foreign and local partners to maximise infrastructure capacity and current partnership,” he told reporters after the launch of SOAK’s brand here today.

Norhisham said as a supplier of network applications, SOAK will provide additional services such as Internet Protocol (IP) telephony services, IP management, virtual private network and information communiation application services.

He said SOAK’s target markets including residential homes, business premises and mobile customers were expected to boost the company’s prospects and income in the next few years.

SOAK Technologies, which received its service provider license last year, was established by Datuk Syed Omar Abdul Kadir, a member of the Terengganu Islamic Religious Council committee.

— BERNAMA

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU, 30 Jan (Bernama) — Program Tahun Melawat Terengganu 2008 [TMT 2008] berjaya menarik 3.528 juta pelancong ke negeri itu sepanjang tahun lepas, meningkat sebanyak 24 peratus berbanding 2.8 juta pada tahun sebelumnya.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri Datuk Za’abar Mohd Adib berkata peningkatan itu adalah hasil pelbagai aktiviti dan program yang dianjurkan termasuk 25 program besar sempena TMT 2008.

Beliau berkata antara program besar yang menarik pelancong ke negeri ini ialah Pesta Mencandat Sotong, Kejohanan Kuda Lasak Dunia di Lembah Bidong, Kejohanan Kapal Layar Piala Monsun dan cabaran Rain Forest.

“Pada awal tahun saja, Terengganu telah dikunjungi beribu-ribu pelancong dari dalam dan luar negara sempena perasmian Taman Tamadun Islam (TTI) di Pulau Wan Man di sini,” katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, Jumaat.

Beliau berkata kira-kira 380,000 daripada jumlah pelancong itu terdiri daripada pelancong asing, kebanyakannya dari Singapura, China, Taiwan dan Eropah.

Za’abar berkata Terengganu mensasarkan untuk menarik empat juta pelancong pada tahun ini dan bagi tujuan itu kerajaan negeri akan mengadakan promosi bergerak di Pulau Pinang dan Singapura.

“Kita juga akan mengadakan iklan di pintu-pintu masuk negara seperti Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan tempat-tempat yang strategik bagi menarik pelancong ke Terengganu,” katanya.

— BERNAMA

Read Full Post »

Program Combi mampu kawal wabak, turunkan bilangan penghidap

KUALA TERENGGANU: Sejumlah 103 kes demam denggi, termasuk empat denggi berdarah dilaporkan di Terengganu sehingga 25 Januari lalu, berbanding 127 kes dengan lima denggi berdarah bagi tempoh sama tahun lalu.

Pengarah Kesihatan Negeri, Dr Nordiyanah Hassan, berkata walaupun berlaku penurunan kes sebanyak 18.9 peratus sepanjang tempoh itu, jumlah kes masih dianggap tinggi dengan Kuala Terengganu mencatat kes terbanyak iaitu 42.7 peratus, Kemaman (20.4 peratus) dan Dungun (15.5 peratus).

Katanya, walaupun pelbagai usaha dan langkah pencegahan diambil pihak berkuasa, jumlah kes denggi terus meningkat apabila 1,713 kes dicatatkan dengan tiga kematian tahun lalu, berbanding 1,279 kes dengan tiga kematian pada 2007.

Beliau berkata, pemantauan dan siasatan jabatan mendapati, 80 peratus daripada lokaliti yang melaporkan kes demam denggi mempunyai kadar pembiakan nyamuk aedes yang tinggi.

“Seperti diketahui, demam denggi berjangkit melalui gigitan nyamuk aedes. Justeru, langkah pencegahan yang berkesan dan mengawal jangkitan denggi adalah dengan menghapuskan tempat pembiakan nyamuk.

“Jentik-jentik atau larva tidak akan mati oleh kesan kerja mengasap. Oleh itu, orang awam diminta mengambil tindakan aktif untuk memeriksa dan memusnahkan semua tempat pembiakan nyamuk aedes di dalam dan luar rumah.

“Musim hujan serta kurangnya penjagaan kebersihan persekitaran meningkatkan lagi kewujudan nyamuk aedes. Kepadatan penduduk yang tinggi juga menyumbang pertambahan bilangan kes denggi,” katanya dalam kenyataan di sini, semalam.

Beliau berkata, Jabatan Kesihatan mendapati kawasan yang mengadakan gotong-royong membersihkan persekitaran kediaman dan memusnahkan tempat pembiakan aedes secara rutin melalui Program Komunikasi Untuk Perubahan Tingkah Laku (Combi) berjaya menurunkan bilangan kes.

Katanya, ketika ini terdapat seramai 260 sukarelawan Combi di 13 penempatan di seluruh negeri bagi memantau dan mengaktifkan program itu di kawasan mereka dengan bantuan Pejabat Kesihatan Daerah masing-masing.

Dr Nordiyanah berkata, pada masa ini, hanya 38.6 peratus pesakit denggi mendapatkan rawatan dalam tempoh tiga hari selepas mengalami demam dan langkah rawatan awal yang diambil membolehkan pencegahan dengan melakukan kerja mengasap kawasan terbabit.

“Orang ramai yang disyaki menghidap denggi hendaklah segera mendapatkan rawatan di klinik atau hospital. Rawatan awal ini akan memastikan rawatan segera boleh diberikan. Ia juga akan memudahkan pengesanan kes dan seterusnya aktiviti pencegahan dan kawalan denggi yang lebih berkesan.

Beliau berkata, sepanjang tahun lalu, Jabatan Kesihatan mengadakan pemeriksaan dan penguatkuasaan berterusan di 173,877 premis yang dilaporkan ada pembiakan jentik-jentik dengan 1,004 atau 0.6 peratus didapati positif dengan pembiakan aedes.

Read Full Post »

MB Iring Jenazah Pelajar Ke Tanah Perkuburan (http://www.terengganu.gov.my/)


MENTERI Besar, Dato’ Ahmad Said bersama penduduk Kampung Pulau Manis mengangkat jenazah pelajar Malaysia yang meninggal dunia di Mesir, sebaik kereta jenazah dari Kuala Lumpur tiba kira-kira jam 8.30 pagi. – Gambar oleh ZULKIPLI PUTRA.

Menteri Besar, Dato’ Ahmad Said, mengiringi jenazah pelajar Malaysia yang meninggal dunia di Mesir, empat hari lalu, ke Tanah Perkuburan Kampung Pulau Manis, Manir, pagi ini (27 Januari 2009).

Sebelum itu, kira-kira jam 9 pagi, beliau turut menyertai lebih 100 penduduk tempatan menunaikan solat jenazah Alahyarham Mohd Hatta Mohd Hanafi, 22, di masjid kampung berkenaan.

Dato’ Ahmad yang diiringi isteri, To’ Puan Norliza Mahmud, tiba di rumah keluarga Alahyarham Mohd Hatta, kira-kira jam 8 pagi. Hadir sama, Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran, Pengajian Tinggi, Sains, Teknologi dan Sumber Manusia Negeri, Encik Ahmad Razif Abdul Rahman dan Pengarah Yayasan Terengganu (YT), Haji Md Kamarul Al-Amin Ismail.


Dato’ Ahmad Said mengaminkan doa sebaik jenazah pelajar mesir dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pulau Manis.

Alahyarham yang memulakan pengajian di universiti berkenaan September tahun, tinggal di Asrama Darul Iman Hayyuhasir di Kaherah dan mendapat tajaan YT.

Menteri Besar berkata, sebagai tanda simpati kerajaan negeri terhadap keluarga, YT akan menanggung semua perbelanjaan penghantaran jenazah alahyarham ke tanah air.

Unit Komunikasi Negeri

Read Full Post »

MB dedah terima laporan bantuan diagih di kalangan kroni

KUALA TERENGGANU (Berita Harian): Kerajaan negeri sedang menyiasat dakwaan bahawa beberapa Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) di negeri ini melakukan penyelewengan terutama membabitkan pengagihan bantuan.

Menteri Besar, Datuk Ahmad Said, berkata pihaknya melakukan siasatan terperinci setiap aduan diterima kerana ia berkemungkinan hanya spekulasi untuk mencemarkan imej Pengerusi JKKK.

“Saya juga menerima laporan ada Pengerusi JKKK memberi bantuan kepada ahli keluarga mereka yang terdiri daripada penyokong kuat parti pembangkang.

“Kami akan menyiasat secara keseluruhan dakwaan berkenaan bagi memastikan agihan bantuan disalurkan sampai kepada mereka yang memerlukan,” katanya ketika ditemui pada majlis rumah terbuka Tahun Baru Cina anjuran MCA negeri di Dewan Tunku Abdul Rahman, di sini, kelmarin.

Hadir sama Penasihat MCA, Tan Sri Lau Yin Pin; Pengerusi MCA negeri, Toh Chin Yaw; Setiausaha Kerajaan negeri, Datuk Mokhtar Nong; Datuk Bandar Kuala Terengganu, Datuk Mat Razali Kassim dan Ketua Umno bahagian Kuala Terengganu, Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh.

Ahmad berkata, justeru Pengerusi JKKK perlu lebih bertanggungjawab dan tidak menyalahgunakan kuasa mereka kerana ia akan memberikan kesan tidak baik kepada masyarakat setempat.

Mengulas dakwaan bahawa segelintir Pengerusi JKKK tidak membantu calon Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu hingga mengakibatkan kerusi itu gagal dipertahankan, Ahmad berkata, siasatan menyeluruh akan dilakukan bagi mengenal pasti punca kekalahan sebenar.

Katanya, beberapa tindakan akan diambil termasuk tidak menyambung perkhidmatan beberapa Pengerusi JKKK yang didapati memang tidak memainkan peranan mereka sepanjang tempoh berkempen.

Pada pilihan raya kecil 17 Januari lalu, calon Pas, Mohd Abdul Wahid Endut memperoleh 32,883 undi menang dengan majoriti 2,631 undi, calon Barisan Nasional (BN), Wan Ahmad Farid (30,252), manakala calon Bebas, Azharudin Mamat @ Adam hanya meraih 193 undi.

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU, 27 Jan (Bernama) — Sebagai usaha melahirkan generasi nelayan moden di negara ini, Institut Perikanan Malaysia Chendering (IPMC) di sini menawarkan kursus bidang teknologi perikanan dan tangkapan kepada lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Melalui kursus itu, peserta didedahkan dengan pelbagai kemahiran termasuk menjalani kursus selama sebulan di perairan negara untuk mengalami sendiri selok-belok perikanan laut dalam.

Penolong Pegawai Laut (IPMC) Tengku Makhtar Raja Husein berkata kursus itu penting untuk membolehkan generasi pelapis nelayan mampu bersaing dalam industri perikanan yang semakin mencabar.

Langkah itu juga bagi mengurangkan pergantungan kepada tenaga kerja asing dalam industri perikanan negara sekarang, katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya kursus itu terbahagi kepada tiga tahap dengan tahap satu dan dua, masing-masing selama enam bulan manakala tahap tiga mengambil masa setahun.

Katanya pada Oktober tahun lepas, seramai 29 pelatih IPMC termasuk lima wanita telah belayar sejauh kira-kira 800 batu nautika merentasi samudera Selat Melaka bagi menjalani latihan sebagai nelayan di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

Beliau berkata kini terdapat seramai 24 lulusan SPM sedang mengikuti kursus itu bermula 11 Jan lepas.

Tengku Makhtar berkata selain itu IPMC juga menawarkan kursus pertanian, akuakultur dan penternakan haiwan.

— BERNAMA

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU 26 Jan. – Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu akan membeli kira-kira 5,000 ekor induk kambing spesies kaprima membabitkan kos RM5 juta pada tahun ini bagi tujuh projek penternakan kambing di negeri ini.

Pengarah JPV negeri Dr. Azizol Mohd. Sharom berkata, tujuh projek penternakan itu ialah di Kemaman, Hulu Terengganu, Besut, Setiu, Marang, Dungun dan Kuala Terengganu, masing-masing membabitkan kawasan seluas 50 hektar.

Pegawai JPV akan ke Indonesia pada April atau Mei ini untuk membeli baka kambing itu, katanya di sini hari ini. Dr. Azizol berkata, projek tersebut yang dibiayai Kerajaan Persekutuan bertujuan untuk membantu mengurangkan kadar kemiskinan di kalangan peserta Program Pembangunan Rakyat Termiskin (PPRT). Beliau berkata, projek itu akan diuruskan oleh agensi kerajaan atau swasta dengan 30 peratus daripada hasil keuntungan akan disalurkan kepada peserta.

Katanya, kerajaan negeri juga memperuntukkan RM1 juta untuk skim mikro kaprima tahun ini iaitu program ternakan kambing secara kecil-kecilan di kawasan rumah untuk rakyat termiskin di negeri ini.

– BERNAMA

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU (NST): The Year of the Ox has brought a lot of luck for a turtle volunteer programme here or maybe showered it with a bit too much fortune!

The Save Our Turtles Outreach Programme (STOP), conducted by Universiti Malaysia Terengganu, recently received more than 700 applications, with over 500 submitted on the first day of registration.

However, only 336 volunteers have been accepted, which is an increase compared with last year’s 215.

STOP, based in Chagar Hutang which is part of the Redang Island, involves gotong-royong, tagging of turtles and in situ egg incubation. It runs from April to October every year.

Apart from the volunteer programme, STOP also has three adoption schemes, namely, terrapin, turtle and turtle nest adoption. Since its inception in 1998, more than 1,000 local and 100 foreign volunteers have participated.

STOP research and public outreach officer Chen Pelf Nyok said she was surprised to see so much interest despite expecting a lot of applications.

“We did not expect so many applications. It took me five hours to reply 100 emails, telling them we had to turn them down as we are overbooked.”

Chen believes the surge in applications is due to good word of mouth though it was unfortunate that they could not accommodate more participants.

As it is, they have increased the number of participants from eight to 12 for each slot. There are 28 slots this year.

However, Chen said, there is never too much of a good thing as more participants mean more people to help raise awareness.

“As the majority of the participants are youngsters, this means we are planting the conservationist seeds early for the future generation.”

Read Full Post »

KUALA TERENGGANU, 25 Jan (Bernama) — Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin muncul juara bagi kategori 80 kilometer selepas menewaskan 25 peserta lain pada Kejohanan Kuda Lasak Royal Terengganu Endurance Stable Ride (RTES) 2009 di Lembah Bidong di sini, Ahad.

Baginda, yang menunggang kuda Jakim Murphy, ternyata tidak mempunyai masalah untuk menamatkan perlumbaan apabila mencatatkan masa empat jam 48 minit 11 saat.

Pelumba jemputan dari Australia, Anton Reid, muncul naib juara dengan catatan masa 4:48:20s diikuti oleh Datuk Abdullah Taib dari Institut Sukan Negara (ISN) dengan catatan masa 4:48:29s.

Menurut Pengurus Besar Royal Terengganu Endurance Stable (RTES) Che Mat Din Ismail, keadaan cuaca mendung, hujan renyai dan berangin telah membantu baginda menamatkan perlumbaan lebih awal iaitu dua jam setengah dari masa maksimum yang dihadkan.

Dalam pada itu, Pemangku Raja Terengganu Tengku Muhammad Ismail dan kekandanya, Tengku Nadhirah Zahrah, yang menyertai dalam kategori 40 kilometer masing-masing berjaya menamatkan perlumbaan dengan menduduki tangga ke-14 dan 18.

“Adinda Tuanku Mizan, Tengku Seri Temenggung Raja Tengku Baharuddin, pula menduduki tempat ke-15 daripada 25 peserta yang mengambil bahagian dalam kategori 40 kilometer,” katanya ketika dihubungi di sini.

Pelumba muda Muhammad Alif Sabidi, 15, dari pasukan Terengganu Endurance, menjuarai kategori 40 kilometer dengan menamatkan perlumbaan dalam masa 2:09:41s.

Beliau menerima tentangan sengit dari rakan sepasukan Wan Mohd Kamaluddin yang menduduki tempat kedua diikuti seorang lagi pelumba dari pasukan sama, Ahamad Azura Abdul Ghani.

Seramai 51 peserta memulakan perlumbaan dalam kedua-dua kategori tersebut dan 41 peserta berjaya menamatkan saingan.

— BERNAMA

Read Full Post »

Older Posts »