Feeds:
Posts
Comments

Archive for December 18th, 2008

http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsgeneral.php?id=379111

KUALA LUMPUR, 18 Dis (Bernama) — Angin kencang Timur Laut dan laut bergelora yang berlaku di perairan Kelantan, Terengganu, Pahang, Johor Timur, Sarawak, Labuan, Sabah Barat dan Kudat dijangka berterusan hingga Rabu depan.

Jabatan Meteorologi berkata keadaan angin kencang Timur Laut dengan kelajuan dari 50 hingga 60 km sejam serta ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter di perairan tersebut berbahaya kepada aktiviti perkapalan termasuk menangkap ikan, perkhidmatan feri dan aktiviti pantai.

Sementara itu, angin kencang serta ombak mencapai ketinggian sehingga 5.5 meter di perairan Condore, Palawan, Reef North dan Pulau Layang-Layang juga dijangka berterusan hingga Rabu depan, katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Jabatan itu berkata keadaan ini bukan sahaja berbahaya kepada aktiviti perkapalan dan aktiviti pantai, tetapi juga pekerja di pelantar minyak.

— BERNAMA

Advertisement

Read Full Post »