Feeds:
Posts
Comments

Archive for December 7th, 2008

KUALA LUMPUR, 7 Dis (Bernama) — Hujan sederhana dan kadangkala lebat dijangka turun dari semasa ke semasa di Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor Timur sehingga Selasa ini.

Di Kelantan, daerah yang terbabit termasuk Kota Baharu, Tumpat, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Jeli dan Kuala Krai, kata Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, Ahad.

Di Terengganu pula ia meliputi daerah Kuala Terengganu, Besut, Setiu, Dungun, Kemaman, Marang dan Hulu Terengganu, sementara di Pahang meliputi daerah Jerantut, Kuantan, Maran, Rompin, Bera, Temerloh dan Pekan serta Mersing di Johor Timur.

Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan tanah rendah dan tebing-tebing sungai, kata jabatan itu.

— BERNAMA

Read Full Post »