Feeds:
Posts
Comments

Archive for December 2nd, 2008

02 Disember, 2008 18:18 PM

KUALA LUMPUR, 2 Dis (Bernama) — Jabatan Meteorologi hari ini mengeluarkan “nasihat peringkat kuning” mengenai hujan sederhana kadangkala lebat yang dijangka berlaku di beberapa kawasan sekitar Kelantan, Terengganu dan Pahang.

“Keadaan ini mungkin menyebabkan banjir di sekitar tebing sungai dan kawasan kawasan rendah,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Menurutnya ia dijangka berlaku dari 4 Disember, Khamis, pada sebelah malam, sehingga 8 Disember, Isnin.

Kawasan-kawasan yang terlibat adalah daerah Tumpat, Kota Baharu, Bachok, Pasir Puteh, Pasir Mas, Tanah Merah, Machang, Jeli dan Kuala Krai di Kelantan.

Di Terengganu pula termasuk daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman, di Pahang membabitkan daerah Jerantut, Kuantan, Maran, Bera, Rompin dan Pekan.

Sementara itu dalam satu lagi kenyataan jabatan itu berkata ribut petir, hujan lebat beserta angin kencang di Pahang (daerah Kuantan dan Pekan), Selatan Terengganu, Sabah (bahagian Kudat, Pantai Barat, Sandakan dan Tawau) serta Sarawak (Kuching, Sri Aman, Sarikei, Limbang, Miri, Bintulu dan Sibu) dijangka berterusan sehingga malam ini.

— BERNAMA

Advertisement

Read Full Post »

02 Disember, 2008 19:38 PM

PUTRAJAYA, 2 Dis (Bernama) — Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan bermesyuarat Jumaat ini bagi menetapkan tarikh pilihan raya kecil Parlimen Kuala Terengganu berikutan kematian penyandangnya, Datuk Razali Ismail, Jumaat lepas.

Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar ketika dihubungi Bernama di sini hari ini, berkata mesyuarat akan bermula pukul 9.30 pagi dan pengumuman mengenai tarikh penamaan calon dan tarikh pilihan raya kecil bagi kawasan itu dijangka diumumkan kira-kira pukul 11.30 pagi pada hari yang sama.

“Saya sudah menerima surat yang memaklumkan kekosongan kerusi kawasan itu daripada Speaker Dewan Rakyat tengah hari tadi. Susulan itu SPR menetapkan Jumaat ini untuk bermesyuarat,” katanya yang turut memaklumkan satu sidang media akan diadakan untuk mengumumkan perkara itu.

Mengenai situasi banjir di Terengganu, Wan Ahmad berkata ia mungkin tidak akan menimbulkan masalah memandangkan tempoh sah untuk mengadakan pilihan raya ialah 60 hari dari tarikh kekosongan.

“Jadi masih ada tempoh yang mencukupi untuk banjir di negeri itu pulih,” katanya.

Razali meninggal dunia secara mengejut akibat serangan jantung ketika bermain badminton di Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands, Jumaat lepas.

Pada pilihan raya umum Mac lepas, beliau mengekalkan kerusi yang dimenanginya pada 2004 selepas menewaskan calon PAS Mohamad Sabu dengan majoriti 628 undi.

Ia merupakan pertandingan tiga penjuru yang turut membabitkan seorang calon bebas, Maimun Yusof, 89, yang hilang wang pertaruhan selepas hanya memperoleh 685 undi.

Sementara itu, di KUALA LUMPUR, Timbalan Speaker Dewan Rakyat Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar, berkata Parlimen telahpun menghantar notis kekosongan kerusi Parlimen Kuala Terengganu kepada SPR selepas Dewan Rakyat menerima dokumen rasmi berhubung kematian Razali, yang juga Timbalan Menteri Pelajaran.

“Selepas menerima notis daripada Parlimen, SPR mempunyai masa 60 hari mulai hari ini untuk mengadakan pilihan raya kecil di kawasan tersebut,” jelasnya kepada pemberita di lobi Parlimen.

— BERNAMA

Read Full Post »

December 02, 2008 11:13 AM

KUALA TERENGGANU, Dec 2 (Bernama) — The situation in flood-hit Terengganu has deteriorated with the evacuation of more victims in four villages, bringing the total to 3,281 as at 7am today, compared with 1,966 Monday.

A Terengganu National Security Council spokesman said Kuala Terengganu and Marang were the worst hit, with the number of evacuees having risen to 1,531 and 999, from 1,147 and 686 respectively Monday.

Besut had 643 victims (69 Monday) and Setiu, 108 (seven Monday).

The spokesman said 39 relief centres had been opened — 17 in Kuala Terengganu, nine each in Besut and Marang and four in Setiu.

Jalan Pengkalan Kubur-Kampung Tembila, Jalan Permaisuti Hulu Seladang, Chalok-Telaga Papan, Jalan Marang-Wakaf Tapai, Jalan Kuala Terengganu-Kota Baharu, Jalan Kuala Terengganu-Kota Baharu (at Lingai) and Jalan Kampung Bahagia-Kampung Jeram were under 0.5m to 1.5m of water and were closed to all vehicles.

Four roads — Jalan Guntung Luar ke Saujana, Jalan Kampung Padang Air, Simpang 3 Kampung Tepoh and Bukit Petiti were closed to light vehicles while Jalan Bukit Payong at Km 9-10 had one lane closed, he said.

— BERNAMA

Read Full Post »