Feeds:
Posts
Comments

Archive for November, 2008

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2008&dt=1108&pub=Utusan_Malaysia&sec=Timur&pg=wt_01.htm

GAMBAR Majlis upacara Diraja Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin bersama Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah pada pameran Tiga Abad Kesultanan Terengganu di Muzium Negeri, Kuala Terengganu. – Gambar FAUZI BAHARUDIN


KUALA TERENGGANU 7 Nov. – Dalam usaha mengelak sejarah Kesultanan Terengganu dilupakan dan dipinggirkan, Lembaga Muzium Negeri mengambil inisiatif mengadakan beberapa kempen dalam memartabatkan kembali sejarah kegemilangan kesultanan negeri ini.

Menurut Pengarah Muzium negeri, Mohd. Yusof Abdullah, pameran Tiga Abad Kesultanan Terengganu itu diharapkan dapat memberi gambaran tentang sejarah dan juga kehebatan sultan-sultan dalam mentadbir negeri ini.

Katanya, pameran itu bukan sahaja memberi pengetahuan tentang susur galur Kesultanan Terengganu kepada rakyat tetapi memberi pendedahan mengenai asal- usul Sultan Terengganu.

‘‘Melalui pameran ini, kita dapat mengetahui salasilah keluarga Kesultanan Terengganu yang merupakan antara negeri yang paling awal menerima kedatangan Islam di Tanah Melayu,” katanya ketika ditemui di pejabatnya baru-baru ini.

Beliau berkata, pameran yang diadakan sejak 13 Oktober lalu sehingga 31 Disember ini turut mempamerkan gambar-gambar sultan Terengganu yang mentadbir negeri ini.

‘‘Ia juga turut menceritakan susur galur Kesultanan Terengganu yang bermula dari tahun 1708 sehingga kini.

‘‘Turut dipamerkan pada pameran tersebut ialah barang-barang milik sultan dan raja permaisuri, alat-alat kebesaran DiRaja, pertabalan sultan, bintang-bintang kebesaran dan darjah kebesaran serta khazanah istana yang sebelum tidak pernah dipamerkan kepada umum,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd. Yusof memberitahu pameran ini juga turut menceritakan riwayat hidup sultan dan permaisuri mengikut tahun yang ditadbirnya.

‘‘Hanya melalui pameran ini sahaja, ia mampu memberi pendedahan tentang dunia istana yang penuh dengan keistimewaan yang tersendiri.

‘‘Pameran ini mampu memberi impak yang besar kepada pengunjung terutama generasi muda.

‘‘Jika sebelum ini, kita hanya mengetahui kehidupan sultan kita melalui pembacaan semata-mata namun melalui pameran yang dianjurkan memberi peluang kepada kita untuk melihat secara dekat,” ujarnya.

Selain itu, katanya, ia juga memberi pengetahuan baru mengenai kehidupan sultan di istana yang penuh dengan kemewahan.

‘‘Pameran ini juga turut meriwayatkan kisah Yang Dipertuan Agong Sultan Mizan sejak kecil sehinggalah ditabalkan menjadi Yang di-Pertuan Agong,” katanya.

Turut dipamerkan pada pameran ini juga gambar dan ilustrasi peristiwa-peristiwa penting yang berlaku kepada Kesultanan Terengganu sejak tahun 1708 lagi.

Advertisement

Read Full Post »

Keleklah Awe

Suatu sajak yang dibaca oleh “Atukreading” khas untuk penulis buku “Growing Up in Trengganu” Sdr. Awang Goneng – termasuk menceritakan suasana orang ramai datang ke kedai Alam Akademik hingga melempah ke luar jalan semasa pelancaran buku tersebut pada 25 Disember 2007.

http://www.youtube.com/watch?v=mHaKdyjhwIU

Read Full Post »