Feeds:
Posts
Comments

Posts Tagged ‘peta lokasi zoo’

dari: http://akarimomar.wordpress.com/2009/04/13/taman-rekreasi-mini-zoo-kemaman/

Kini tercapai sudah hasrat Kerajaan Negeri Terengganu untuk mengadakan sebuah Taman Rekreasi dan Mini Zoo untuk rakyatnya. Taman yang baru dibuka pada 11 April 2009 tersebut terletak di Kampung Ibok/Bukit Takal (sesetengah mengejanya dengan Bukit Takar).

Dalam pada mengendalikan blog Alam Akademik (kedai buku tertua di Terengganu), saya dapati carian yang tertinggi yang melungsuri blog tersebut dalam beberapa hari ini ialah mencari lokasi dan peta Mini Zoo tersebut. Setelah saya sendiri membuat carian yang sama saya dapati tidak ada laman yang menyediakan panduan sedemikian dalam internet [termasuk laman rasmi dan tidak rasmi kerajaan]. Demi untuk kemudahan mereka dan orang ramai di masa kan datang, saya sediakan di bawah ini:

peta-lokasi-zoo-kemaman2[klik pada peta untuk imej yang lebih besar]

simpang-kijal-ke-zooUntuk ke sana, bagi mereka yang tinggal di Cukai mungkin tidak mempunyai sebarang masalah.

Bagi mereka dari luar, kalau dari utara [melalui jalan pantai – Jalan Persekutuan Laluan 3] boleh belok ke kanan [Laluan T6] di persimpangan lampu isyarat selepas pekan Titian Berayung, Kijal. Terdapat papantanda besar di tepi jalan. Terus dengan Laluan T6 melepasi Kg. Bukit Anak Dara dan Kampung Jong Berlabuh hingga ke persimpangan Laluan T13, belok kanan. Di Laluan T13, selepas ‘pekan’ Kg. Ibok terus ke Laluan T131.

kelip-kelip-yah-yahDari sini, anda tidak akan terlepas zoo tersebut yang terletak kira-kira 5km dari kawasan kelip-kelip Sungai Yak-Yah – satu lagi tempat menarik di Kemaman.

signage-zoo-kemamanKalau dari selatan, apabila memasuki bandar Cukai, anda akan belok ke kiri ke Jalan Air Putih [Laluan T8] di persimpangan “digital” [itu yang dipanggil oleh orang Kemamang – yang mempunyai jangkamasa digital lampu hijau/merah]. Kira-kira 2km terdapat persimpangan lampu isyarat ke kanan [Laluan T131] untuk ke Kg. Mak Chili dan Kg Ibok.

Taman Rekreasi dan Mini Zoo [sepatutnya Zoo Mini – para pakar bahasa tolong tegur!] Kemaman terletak di sebelah kanan sekitar 5-6km dari persimpangan tersebut.

pintu-masuk-zooPintu masuk utama jelas menandakan tempat yang anda cari. Tempat letak kereta terletak di sebelah kiri seberang jalan. Saya tertanya juga bagaimana mereka hendak pastikan keselamatan para pengunjung yang terpaksa melintasi jalan besar yang agak sunyi dan membolehkan pemandu yang lalu memecut laju.

Pada hari perasmian terdapat deretan kereta sepanjang hampir satu kilometer di kiri kanan bahu jalan walaupun di kawasan letak kereta nampak masih kosong.

Gambar-gambar diambil sekitar pukul 12 tengahari [kami tidak singgah kerana mengejar masa untuk ke Majlis Hari Perkasa Ilmu di SMK Barul Alam Shah, Kemasek] – majlis perasmian pembukaan zoo oleh MB Dato’ Ahmad Said dikatakan bermula jam 10.30 [bermakna kami melalui kawasan tersebut sekitar satu jam setengah selepas perasmian – sepatutnya itulah waktu kemuncak bilangan pelawat].

deretan-kereta

Jangan nanti zoo ini jadi projek gajah putih – bukan kerana ada gajah putih di dalamnya tetapi kerana kekurangan pelawat dan tidak diselenggara dengan baik [sepertimana kebanyakan projek-projek yang gah pada awalnya dipenuh rumput lalang dan semak tidak sampai setahun selepas itu].

Read Full Post »